GWM Ora Good Cat akan dilancar di Thailand Oktober ini – kereta elektrik dengan jarak gerak hingga 501 km

GWM Ora Good Cat akan dilancar di Thailand Oktober ini – kereta elektrik dengan jarak gerak hingga 501 km

Great Wall Motors (GWM) akan melancarkan kereta elektrik Ora Good Cat di Thailand bulan hadapan dan menurut Headlightmag, EV ini akan diimport terus dari China. Walaupun begitu, sebenarnya GWM telah mengambil alih kilang GM di Rayong demi menjadikan Thailand sebagai hab utama mereka di benua ini dan kilang tersebut telah beroperasi beberapa bulan lalu dan sekarang mengeluarkan SUV Haval H6.

Sementara Haval adalah satu jenama sub bagi SUV GWM, Ora pula digunakan sebagai jenama untuk kenderaan elekrik mereka. Good Cat itu sebenarnya adalah satu terjemahan daripada nama hao mao di China, dan ia mula diperkenalkan di China tahun lepas diikuti Thailand Februari lalu.

Menggunakan platform Lemon sama seperti Haval H6, Good Cat adalah sebuah hatchback lima pintu yang mempunyai ukuran 4,235 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,596 mm tinggi dan jarak roda 2,650 mm. Jika dibandingkan dengan X50, ia 95 mm lebih pendek dan 25 mm lebih lebar manakala jarak roda pula 50 mm lebih panjang.

GWM Ora Good Cat akan dilancar di Thailand Oktober ini – kereta elektrik dengan jarak gerak hingga 501 km

Terdapat dua kapasiti bateri ditawarkan, 47.8 kWh dan 59.1 kWh, masing-masing memberikan 401 km dan 501 km jarak perjalanan. Pengecasan AC standard memerlukan lapan jam untuk penuh, sementara jenis pengecasan pantas DC dari 30% hingga 80% boleh dicapai dalam masa 30 minit.

Ciri pemanduan autonomous juga sebahagiannya ada melengkapi model ini, melalui sistem yang dikenali sebagai Ora Pilot Driving, yang termasuk ciri seperti kawalan melayar adaptif, kawalan pendikit automatik dan bantuan selekoh pintar. Turut disertakan ialah ciri lain seperti Wisdom Dodge, yang akan mengalih arah kereta daripada kenderaan besar di lorong bersebelahan dan tetap kekal di lorong sendiri.

Kereta ini turut menampilkan ciri Ora Pilot Safety, yang merangkumi amaran perlanggaran depan dengan AEB, pengesanan titik buta, amaran pertukaran lorong, amaran perlanggaran belakang dan amaran lintasan trafik belakang. Di bawah ciri Ora Pilot Parking pula ialah fungsi parkir autonomous, yang termasuk memori parkir AI – kereta ini akan mempelajari dan mengingat laluan ke ruang parkir melalui tunjuk arah satelit dan radar ultrasonic.

Pecutan 0-50 km/j kereta ini dalam masa 3.8 saat, dengan laju maksimum didakwa mampu mencapai 150 km/j. Ora Good Cat mempunyai berat 1,510 kg, serta ruang 228 liter tersedia, atau 858 liter dengan kerusi belakang direbahkan. Suspensi depan pula menggunakan jenis MacPherson Strut sementara di belakang dari jenis torsion beam. Bergantung kepada tingkat kemasan, saiz tayar yang digunakan antara 205/55R17 atau 215/50R18.

Setakat ini, harga untuk pasaran Thailand masih belum didedahkan, tapi di China, Ora Good Cat dijual pada harga 103,900 yuan (RM66,853) hingga 143,900 yuan (RM92,590). Memandangkan GWM telah memilih Thailand sebagai hab pemasangan EV, model ini juga mungkin akan dipasang di negara itu tidak lama lagi.

Sementara itu di Malaysia, kereta elektrik ini juga sudah pernah dilihat diuji atas jalan, tapi kita masih belum mengetahui atas sebab apa dan oleh siapa. Apa pendapat anda dengan EV ini? Cukup menarik untuk dilancarkan di negara kita?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required