Nissan Almera 1.0 Turbo 2020 tiba di Filipina – harga bermula RM60k, ada pilihan manual lima-kelajuan!

Nissan Almera 1.0 Turbo 2020 tiba di Filipina – harga bermula RM60k, ada pilihan manual lima-kelajuan!

Kebanyakkan negara dalam pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia sudah pun menerima Nissan Almera generasi baharu. Namun model sedan segmen B yang kini dijana enjin turbo berkenaan baharu sahaja di lancarkan di Filipina. Pada pasaran berkenaan Almera ditawarkan dalam empat varian berbeza.

Seperti di Malaysia, ke semua varian dijana dengan enjin HRA0 1.0 liter tiga-silinder Turbo berkuasa 100 PS (97 hp) pada takat 5,000 rpm. Namun apa yang menarik, pelanggan di Filipina turut menerima pilihan kotak gear manual lima-kelajuan selain versi CVT automatik.

Bagi model dengan transmisi manual, tork yang ditala bagi enjin berkenaan adalah lebih tinggi iaitu 160 Nm bermula 2,400 hingga 4,000 rpm. Manakala versi CVT automatik tork yang dibekalkan adalah 152 Nm. Namun versi CVT datang dengan sistem idling stop secara eksklusif.

Nissan Almera 1.0 Turbo 2020 tiba di Filipina – harga bermula RM60k, ada pilihan manual lima-kelajuan!

Dari segi pecahan varian dan harga, ia ditawarkan bermula model paling asas EL Turbo MT berharga 728,000 (RM59,914), diikuti model VE Turbo MT berharga PHP938,000 (RM77,195). Model dengan kotak gear automatik paling murah adalah varian VE Turbo CVT berharga PHP998,000 (RM82,133), dan model tertinggi adalah VL Turbo N-Sport CVT berharga PHP1.098 juta (RM90,363).

Kecuali model paling asas EL Turbo MT yang hanya diberikan lampu halogen, kesemua varian Almera pasaran Filipina ini menerima lampu hadapan dan lampu nyalaan siang LED, tetapi Lampu belakang LED adalah standard untuk semua. Bagi roda pula, model asas menerima rim besi 15-inci, manakala VE Turbo MT dan CVT diberikan rim aloi dengan diameter yang sama.

Model tertinggi VL Turbo N-Sport CVT datang dengan rupa paling garang – bukan sahaja diberikan rim aloi 16-inci, ia juga dipadankan dengan kit badan yang terdiri dari splitter hadapan, apron bampar hadapan yang direka semula, penutup cermin sisi serlahan perak, dan juga gril V-Motion dengan kemasan krom gelap berbanding krom biasa pada model lain.

Nissan Almera 1.0 Turbo 2020 tiba di Filipina – harga bermula RM60k, ada pilihan manual lima-kelajuan!

Dalam kabin, model VL ini diberikan roda stereng balutan kulit (urethane untuk varian lain) dan juga upholsteri kulit hitam bersama serlahan jahitan kontras (hanya fabrik untuk varian lebih rendah). Model asas EL Turbo hanya diberikan paparan meter analog dengan paparan MID di tengah dan juga radio 2-DIN biasa bersama empat pembesar suara.

Manakala tiga varian tertinggi Almera pasaran Filipina ini diberikan paparan instrumen digital tujuh-inci dan juga sistem infotainmen dengan skrin sesentuh lapan-inci bersama sokongan Apple CarPlay, dihubungkan kepada enam pembesar suara.

Nissan Almera 1.0 Turbo 2020 tiba di Filipina – harga bermula RM60k, ada pilihan manual lima-kelajuan!

Sistem pendingin hawa zon tunggal automatik dan juga bantuan mula mendaki adalah kit standard diberikan kepada semua varian. Manakala sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin, monitor pemantau sekeliling (dengan pengesan objek bergerak serta sistem Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar dan Brek Kecemasan Automatik Pintar Nissan hanya diberikan pada tiga varian tertinggi.

Model VL Turbo N-Sport CVT pula menerima dua lagi tambahan sistem keselamatan iaitu amaran titik buta dan amaran lintasan trafik belakang. Kesmua varian hanya dilengkapi dengan dua beg udara, kecuali varian tertinggi yang menerima enam-beg udara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required