Honda HR-V 2023 pasaran AS ditunjuk dalam teaser

Honda HR-V 2023 pasaran AS ditunjuk dalam teaser

Tahun lepas, Honda telah mengumumkan bahawa mereka akan mengasingkan pembangunan HR-V, seterusnya memberikan Amerika Utara model yang berbeza berbanding negara lain. HR-V versi global kita sudah lihat – dilancarkan di Thailand November tahun lalu – sementara model untuk Amerika ini baru sahaja didedahkan, dan itupun hanya melalui dua gambar teaser.

Rupanya memang sangat berbeza berbanding HR-V versi global yang juga akan sampai di negara kita tidak lama lagi, dan langsung tidak kelihatan seperti sebuah Honda pada bahagian hadapan. Ramai yang mengatakan, ia nampak lebih seperti sebuah Ford.

Honda HR-V 2023 pasaran AS ditunjuk dalam teaser

Selain daripada itu, HR-V untuk Amerika ini juga nampak lebih besar dan boleh dibuktikan dengan terdapat tambahan cermin segi tiga di belakang. Mungkin Honda mahu mensasarkan Toyota Corolla Cross sebagai saingan apabila masuk ke dalam pasaran nanti. Lampu belakang nampak lebih seperti sebuah Acura.

Perincian teknikal masih belum didedahkan, tetapi kita boleh menjangka HR-V Amerika ini berkongsi enjin yang sama dengan Civic. Ini termasuklah unit empat silinder i-VTEC NA 2.0 liter 150 hp dan VTEC Turbo 1.5 liter 180 hp sama seperi Civic yang dilancarkan di negara kita semalam. Kedua-duanya mungkin dipadankan bersama transmisi CVT dan sistem pacuan semua roda dijangka diberi sebagai pilihan.

GALERI: Honda HR-V 2022 pasaran Thailand

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required