Honda Malaysia sahkan tiada kenaikan harga kereta buat masa sekarang, sedang tumpu siapkan tempahan

Honda Malaysia sahkan tiada kenaikan harga kereta buat masa sekarang, sedang tumpu siapkan tempahan

Hari ini beberapa jenama automotif seperti Toyota dan Nissan telah pun mengeluarkan senarai harga baharu yang dijual di Malaysia untuk tahun 2023, yang menyaksikan beberapa peningkatan harga pada model-model tertentu. Namun untuk Honda Malaysia (HM), syarikat berkenaan mengesahkan ia masih mengekalkan tanda harga sedia ada tanpa peningkatan walaupun sedang mengharungi ‘tempoh yang mencabar’ buat masa sekarang.

“Walaupun dalam situasi semasa yang mencabar, Honda Malaysia akan mengekalkan harga keretanya buat masa sekarang. Keutamaan kami adalah untuk terus menyediakan produk berkualiti tinggi dan menyerahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” kata jurucakap HM kepada paultan.org hari ini ketika diajukan soalan berkenaan perkara tersebut.

Ini bermaksud model-model popular Honda seperti City, Civic, CR-V dan juga HR-V akan dijual pada harga yang sama walaupun menerima permintaan yang tinggi, dan Honda Malaysia akan memastikan produksi mereka dapat berjalan lancar bagi membolehkan kereta-kereta baharu berkenaan dapat diserahkan kepada pelanggan pada masa yang telah dijanjikan.

Kesemua model yang dijual di bilik-bilik pameran Honda seluruh Malaysia adalah dipasang secara tempatan (CKD) menerusi kilangnya yang terletak di Pegoh, Melaka. Ini membolehkan syarikat berkenaan ‘menyerap’ perbezaan kos sekiranya berlaku sebarang perubahan harga pada peringkat produksi.

Jika dilihat kenaikan harga untuk model-model jenama lain seperti Toyota Corolla dan Camry serta Nissan Navara, ia adalah model-model import (CBU) yang diambil dari Thailand.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required