Toyota Vios facelift 2023 muncul di Vietnam – RM91k-RM112k, bukan model DNGA, muka Yaris facelift

Toyota Vios facelift 2023 muncul di Vietnam – RM91k-RM112k, bukan model DNGA, muka Yaris facelift

Ketika kebanyakkan negara di rantau ASEAN termasuk Malaysia sudahpun menerima Toyota Vios generasi baharu yang dibangunkan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), pasaran Vietnam nampaknya masih kekal dengan model generasi terdahulu dengan kerangka yang sudah pun berumur 10-tahun; terbaharu, Vios berkenaan sudahpun diperkenalkan dalam versi facelift 2023 untuk negara tesebut.

Vios facelift 2023 di Vietnam ini menerima beberapa perubahan rupa pada sebelah luar dan juga peningkatan dari segi perincian. Ia ditawarkan dalam tiga varian bermula varian asas E MT berharga VND479 juta (RM90,934), diikuti varian pertengahan E CVT berharga VND528 juta (RM100,236) dan varian tertinggi G CVT berharga VND592 juta (RM112,386).

Untuk facelift kali ketiga ini, Vios pasaran Vietnam tersebut diberikan muka baharu seiras dengan hatchback Yaris facelift yang baru diperkenalkan di Thailand Mac lalu. Ia terdiri dari lampu hadapan LED baharu yang kini nampak lebih berintegrasi dengan bampar, disesuaikan dengan gril atas yang menampilkan liang udara lebih nipis.

Toyota Vios facelift 2023 muncul di Vietnam – RM91k-RM112k, bukan model DNGA, muka Yaris facelift

Gril bawah untuk muka yang diinspirasikan dari hammerhead ini pula lebih besar dan menonjol. Tiada perubahan besar dilihat pada bahagian belakang, cuma kemasan bawah bampar diberikan sedikit kemaskini rekaan. Kabin Vios facelift ini juga masih nampak sama dari sebelumnnya, cuma konsol tengah diubah sedikit bagi menempatkan skrin infotainmen lebih besar.

Dari segi kelengkapan, varian asas E MT menerima perincian standard seperti lampu hadapan projektor LED, rim aloi 15-inci, sistem pendingin hawa manual, port USB Type-C untuk penumpang belakang, upholsteri fabrik, roda stereng urethane, tiga-beg udara (termasuk untuk lutut pemandu), kamera undur, sistem brek ABS bersama EBD dan BA, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA), traction control dan bantuan mula mendaki.

Varian E CVT pula dipertingkat dengan lampu hadapan LED automatik, roda stereng balutan kulit dan juga paparan meter jenis Optitron. Manakala varian tertinggi G CVT pula menerima penambahan ciri termasuk paparan pelbagai info dengan skrin 4.2-inci, pedal penukar gear, pendingin hawa automatik, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, cruise control, tujuh beg-udara serta penderia parkir hadapan dan belakang.

Toyota Vios facelift 2023 muncul di Vietnam – RM91k-RM112k, bukan model DNGA, muka Yaris facelift

Vios G CVT pasaran Vietnam ini juga diberikan skrin sembilan-inci untuk sistem infotainmen, menggantikan skrin tujuh-inci sebelum ini, dan ia turut menyokong hubungan Apple CarPlay dan Android Auto. Juga baharu untuk Vios facelift di Vietnam ini, ia akhirnya menerima sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense dengan diberikan fungsi seperti amaran pra-pelanggaran, brek kecemasan automatik dan amaran keluar lorong.

Tiada perubahan diberikan pada aspek mekanikal. Toyota Vios facelift 2023 pasaran Vietnam ini masih menerima enjin 2NR-FE 1.5 liter NA Dual VVT-i berkuasa 107 PS (106 hp) pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 140 Nm pada takat 4,200 rpm. Bergantung pada varian, ia masih lagi digandingkan dengan kotak gear CVT automatik atau lima-kelajuan manual.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required