Mitsubishi Champion Xperience, Shah Alam pada 24-25 Jun ini – rasai SS rali sebenar, pandu uji off-road!

Mitsubishi Champion Xperience, Shah Alam pada 24-25 Jun ini – rasai SS rali sebenar, pandu uji off-road!

Jika sebelum ini Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengadakan acara Xpander Venture di mana anda berpeluang menguji MPV Xpander di laluan mencabar yang direka di kawasan tempat letak kereta, ini ada satu lagi acara yang lebih menarik iaitu acara The Champion Xperience, iaitu acara yang memberikan peluang menguji trak pikap Triton di atas laluan off-road dan juga pengalaman merasai ‘taxi ride‘ bersama pemandu rali dan laluan Special Stage (SS) sebenar!

Acara ini akan dilangsungkan pada hujung minggu ini iaitu bermula 24 hingga 25 Jun 2023, bertempat di Tanamera, Shah Alam. Ketika ia belangsung, anda berpeluang untuk duduk di tempat duduk co-driver trak pikap Triton, iaitu trak pikap yang dinobatkan sebagai juara Asia Cross Country Rally (ACXR) tahun lalu, yang juga acara rali pertama disertai oleh Mitsubishi Ralliart selepas menyepi selama 11-tahun.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memandu uji sendiri Triton Athlete di atas laluan off-road sebenar yang disediakan di Tanamera bagi merasai kebolehan trak pikap tersebut di atas permukaan lasak. MMM turut akan memberikan hadiah untuk mereka yang menyertai pandu uji ini berupa kemeja-T eksklusif Champion Xperience dan juga pin isian semula Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20.

Selain itu, peserta-peserta pandu uji juga berpeluang memenangi bag North Face Explore Bardu II menerusi cabutan bertuah yang akan dijalankan. Manakala individu yang menempah Triton ketika acara berkenaan akan menerima hadiah istimewa. Minuman percuma juga akan disediakan ketika berlangsungnya Champion Xperience.

Jadi untuk yang berminat, anda perlu mendaftar dulu kehadiran pada PAUTAN INI. Lokasi cari lokasi Tanamera, Shah Alam untuk acara ini menerusi Google Maps pada PAUTAN INI dan Waze pada PAUTAN INI. Mitsubishi Champion Xperience, Shah Alam pada 24-25 Jun ini – rasai SS rali sebenar, pandu uji off-road!


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required