Trak pikap BYD ditemui tanpa penyamaran – PHEV dahulu dan diikuti EV, akan dipanggil sebagai Shark?

Trak pikap BYD ditemui tanpa penyamaran – PHEV dahulu dan diikuti EV, akan dipanggil sebagai Shark?

Ini adalah gambar yang lebih jelas bagi trak pikap BYD, yang ditemui oleh AutoDinamico di Mexico tanpa sebarang penyamaran. Bakal pesaing Ford Ranger dan Toyota Hilux ini masih belum mempunyai nama, tetapi berdasarkan beberapa pendaftaran tanda dagang yang dilaporkan oleh carsales.com.au, antara kemungkinannya adalah ‘Shark’, ‘King’ dan ‘King L’.

Daripada tiga nama itu, Shark nampak paling sesuai kerana selari dengan konsep Ocean yang digunakan oleh BYD untuk kenderaan elektrik (EV) mereka, seperti Seal dan Dolphin. Trak pikap BYD ini dijangka menerima penggerak elektrik penuh sebagai tambahan kepada pilihan plug-in hybrid yang disediakan sewaktu pelancaran.

Perincian lain masih kabur setakat ini, tetapi tetapan PHEV yang bakal digunakan dikatakan melibatkan enjin petrol empat siilnder 1.5 liter turbo dengan sepasang motor elektrik – satu di setiap gandar. Jumlah kuasa sebenar tidak diketahui tetapi ada laporan yang mengatakan ia boleh menghasilkan 496 PS (489 hp atau 365 kW), sementara laporan lain mengatakan ia boleh mencecah 687 PS (677 hp atau 505 kW) Fang Cheng Bao 5, iaitu SUV lasak daripada satu lagi jenama di bawah BYD.

Daripada aspek rekaan, Shark mendapat bahagian hadapan yang berpetak seperti Ranger, tetapi tiada lampu siang berbentuk C, dan ia diganti dengan jalur melintang di setiap satunya. Bahagian tengah gril mempunyai huruf BYD yang besar.

Skid plate juga dibuat lebih besar dan tegap, menjadikan trak ini nampak gagah, manakala rel bumbung serta sports bar di belakang memberi gambaran ini adalah varian spesifikasi tinggi. Di belakang, lampu kiri dan kanan disambung dengan jalur lampu di bahagian tengah.

Spyshot sebelum ini pernah menampakkan bahagian dalam trak ini, di mana ia mempunyai panel instrumen digital, skrin sesentuh untuk infotainmen yang besar serta tombol gear gemuk.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required