Proton telah mengumumkan menerusi laman Facebook rasminya bahawa sehingga penghujung Jun, Proton eMas 7 PHEV telah menerima 11,000 tempahan, manakala sebanyak 26,492 unit Proton eMas telah berjaya dimiliki oleh rakyat Malaysia. Jenama itu juga terus mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) paling laris di negara ini.
Dilancarkan pada 4 Februari, model PHEV pertama dan setakat ini satu-satunya daripada Proton mula dibuka untuk tempahan di seluruh negara pada 13 Januari, bersamaan purata 65 tempahan sehari. Pada bulan Mei, sebanyak 1,181 unit telah didaftarkan, mengatasi jumlah pendaftaran model EV di bawah jenama yang sama. Berdasarkan pengiraan kami, kini terdapat hampir 3,000 unit eMas 7 PHEV berada di jalan raya.
Ketika ini, Proton eMas menawarkan tiga model iaitu eMas 5, eMas 7 EV dan eMas 7 PHEV. Menurut data jualan kenderaan paultan.org, Proton telah menjual 11,642 unit EV (tidak termasuk eMas 7 PHEV) dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2026, sekali gus menguasai 45.6% daripada pasaran EV Malaysia.
GALERI: Proton eMas 7 PHEV Premium Plus 2026
GALER: Proton eMas 7 EV 2025
GALERI: Proton eMas 5 Premium

Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800