Kerajaan pastikan stok petroleum negara cukup dan selamat bagi tempoh Julai-Dis 2026 – Kem. Ekonomi

Kementerian Ekonomi memaklumkan bahawa kerajaan akan terus memastikan stok petroleum negara berada pada tahap yang selamat dan mencukupi bagi tempoh Julai hingga Disember 2026, laporan Bernama.

Setakat Jun 2026, kementerian terbabit berkata, bekalan minyak dan bahan api negara kekal dalam keadaan terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik, susulan tindakan proaktif kerajaan yang dilaksanakan secara berfasa sejak berlaku gangguan di Selat Hormuz mulai 28 Februari 2026.

“Harga minyak mentah Brent yang mencecah paras tertinggi AS$144.50 setong pada awal April 2026 telah menyusut kepada AS$99.29 setong bagi tempoh 1 hingga 5 Jun 2026, mencerminkan sentimen pasaran yang semakin positif berikutan perkembangan rundingan damai.

Kerajaan pastikan stok petroleum negara cukup dan selamat bagi tempoh Julai-Dis 2026 – Kem. Ekonomi

“Bagaimanapun, kerajaan tidak memandang ringan situasi ini memandangkan kekangan bekalan fizikal dan susutan inventori global masih wujud,” jelasnya bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Seri hamzah Zainudin (PN-Larut) di Dewan Rakyat semalam.

Kementerian Ekonomi memaklumkan sepanjang tempoh krisis, kerajaan komited untuk memastikan bekalan asas mencukupi, harga kekal terkawal dan rakyat terlindung daripada kesan ketidaktentuan pasaran global. Keterjaminan bekalan dijamin melalui gabungan tiga pendekatan utama iaitu kepelbagaian sumber import, pengoptimuman pengeluaran domestik melalui biodiesel, serta perjanjian bekalan jangka panjang yang telah dimeterai, tambahnya,

Dalam masa yang sama, kerajaan juga melaksanakan beberapa langkah mitigasi keterjaminan bekalan minyak iaitu mempelbagaikan sumber bekalan petroleum, mengoptimumkan bekalan bahan api domestik melalui biodiesel, kawalan ketirisan dan penguatkuasaan serta pemantauan berpandukan data.