Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Proton sasar jual 330k unit kereta setahun pada 2030, akan ‘gegar’ pasaran eksport bermula 2026 – CEO

    Proton sasar jual 330k unit kereta setahun pada 2030, akan ‘gegar’ pasaran eksport bermula 2026 – CEO

    Selepas terjalinnya kerjasama Proton dan Geely pada 2017, Proton yang diterajui oleh CEO Dr. Li Chunrong telah menetapkan sasaran 10-tahun, di mana pada 2027 jenama automotif nasional pertama itu disasarkan untuk memintas Perodua sebagai jenama paling laris dalam negara serta menjadi pengeluar automotif nombor tiga dalam rantau ASEAN.

    Sekarang sudahpun masuk tahun 2025, atau dua tahun sebelum sasaran itu dijangka dicapai. Namun berdasarkan rekod jualan, Proton masih lagi jauh di belakang Perodua – untuk 2024, Perodua sudahpun mencapai jualan tahunan sebanyak 358,102 unit, sementara Proton merekodkan jualan sebanyak 152,352 unit.

    Walau bagaimanapun Dr. Li masih lagi optimis dengan sasaran yang dibuat sebelum ini. Menurutnya dalam satu majlis bersama media sempena sambutan Tahun Baru China semalam, Proton mempunyai rancangan besar untuk melancarkan sekurang-kurangnya tiga model baharu tahun ini, serta mensasarkan jualan tahunan mencecah 330,000 unit menjelang 2030.

    “Kami telah melancarkan banyak kereta, tetapi skala ekonomi masih belum sangat tinggi kerana kami masih di tahap 150,000 unit setahun. Ya, itu adalah tepat, tetapi berdasarkan rancangan kami, kami sekarang telah menetapkan kepada kerajaan bahawa menjelang 2030, kami mahu mencapai 330,000 unit. Saya harap kami dapat lakukan lebih awal sebelum itu,” kata Dr. Li.

    “Dari 2022 hingga 2024, kami di atas platform sekitar 150,000 unit, dan tahun ini saya percaya ia masih akan sama. Saya sifatkan situasi ini sebagai “sekolah menengah”, dan 2025 merupakan tahun terakhir Proton berada di sekolah menengah. Tahun depan, kami akan masuk ke universiti, dan kami akan meningkat, naik dengan banyak.”

    Proton sasar jual 330k unit kereta setahun pada 2030, akan ‘gegar’ pasaran eksport bermula 2026 – CEO

    Bagi mencapai sasaran berkenaan, Proton tidak boleh bergantung semata-mata dalam pasaran tempatan. Untuk itu, Dr Li menjelaskan bahawa Proton akan mula membuat perancangan eksport yang lebih agresif bermula tahun ini.

    “Saya percaya kami ada peluang yang sangat baik (untuk berjaya) dalam pasaran antarabangsa, kerana kami akan mempunyai produk yang betul. Saya ingat lagi ketika saya tiba pada 2017, jualan antarabangsa Proton hanya mencatatkan 248 unit, kerana kami tidak mempunyai produk yang baik. Sekarang, produk yang baik sedang bakal tiba tidak lagi!” jelasnya.

    Sebagai perbandingan, tahun lalu Proton berjaya mengeksport sebanyak 4,765 unit kenderaannya ke-18 negara berbeza, atau naik sebanyak 31% berbanding 2023, serta menjadi pengeluar dengan jumlah eksport tertinggi di Malaysia. Dari jumlah berkenaan, 2,906 unit daripadanya adalah model paling mampu milik jenama itu iaitu Proton Saga.

    Dari keseluruhan Saga yang dijual di luar negara pula, Mesir merupakan pasaran paling besar Saga dengan terjual sebanyak 1,748 unit di sana. Prestasi itu dipacu oleh operasi pemasangan tempatan (CKD) di negara tersebut menerusi kilang di Taman Perindustrian Al Oula di Giza yang telah mula beroperasi lewat tahun lalu.

    Proton sasar jual 330k unit kereta setahun pada 2030, akan ‘gegar’ pasaran eksport bermula 2026 – CEO

    Rancangan asal Proton untuk memperkuatkan pasarannya di ASEAN mungkin agak sukar buat masa sekarang kerana Geely telah mula masuk ke dua pasaran terbesar rantau ini iaitu Thailand dan Indonesia. Malah Geely juga telah mula bertapak di dua negara pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) yang berpotensi untuk dimasuki kembali oleh Proton iaitu di Australia dan New Zealand.

    Jadi rancangan Proton untuk memperkasakan pasaran eksportnya mungkin akan bergantung pada Saga dan kilangnya di Mesir. Menurut Proton, fasiliti yang bernilai USD35 juta berkenaan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 50,000 unit kenderaan setahun. Saga pemanduan sebelah kiri (LHD) yang dihasilkan kilang tersebut bukan hanya untuk dijual pada pasaran Mesir, malah ia turut akan dieksport ke rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

    Baru-baru ini Geely turut telah membuka kilangnya di Mesir untuk memasang model Coolray (X50) dan Emgrand (S70), namun fasiliti tersebut hanya mampu untuk memasang sebanyak 30,000 unit kenderaan setahun. Kemampuan kilang Proton di Mesir itu juga adalah kira-kira 1/3 dari jumlah produksi kilang utamanya di Tanjong Malim buat masa sekarang.

    Saga generasi baharu turut dijangka akan dilancarkan tahun ini, dibina berdasarkan platform AMA yang lebih moden berbanding generasi sedia ada. Mungkin ini yang disifatkan oleh Dr. Li berkenaan ‘produk baik yang bakal tiba tak lama lagi’?

     
     
  • Geely akan buka kilang di Vietnam pada 2025 – 200 unit ‘X50’ LHD sebenarnya Coolray untuk unit awalan

    Geely akan buka kilang di Vietnam pada 2025 – 200 unit ‘X50’ LHD sebenarnya Coolray untuk unit awalan

    Ingat lagi pengumuman dari CEO Geely Auto sebelum ini yang menyebut bahawa Proton telah mengeksport 200 unit X50 dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD) ke Vietnam ketika pelancaran eMas 7 bulan lalu? Kami cuba meninjau apa kerjasama yang telah dibuat oleh Proton untuk masuk ke pasaran negara tersebut, namun apa yang sebenarnya berlaku adalah 200 unit X50 LHD berkenaan sebenarnya dipasang oleh Proton di Tanjung Malim dengan logo Geely.

    Menerusi pembentangan yang ditunjuk oleh timbalan pengurus besar Geely Auto Evin Ye ketika majlis pelancaran kembar Proton eMas 7 iaitu Geely EX5 di Indonesia semalam, Vietnam merupakan antara negara yang akan mempunyai kilang pengeluaran Geely untuk memproduksi model pemasangan tempatan (CKD), selain dari kilang di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia di dengan operasi pengeluarannya akan bermula suku kedua tahun ini.

    Di Vietnam, Geely telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Tasco Auto dan Lembaga Pengurusan Zon Ekonomi Thai Binh pada September 2024, serta perjanjian untuk menjadi pengedar Geely di negara berkenaan. Menurut laporan Vietnam Investment Review, perjanjian dengan Tasco Auto adalah untuk pembinaan fasiliti pemasangan dengan kos yang dianggarkan $168 juta (RM747 juta) dan ia mampu untuk menghasilkan sebanyak 75,000 unit kenderaan setahun.

    Geely Coolray LHD yang dipasang oleh Proton di Tanjung Malim dilihat di hantar ke Pelabuhan Klang untuk dieksport ke Vietnam

    Perjanjian itu juga akan menyaksikan Tasco dan Geely bekerjasama untuk menarik lebih ramai pelabur bagi melengkapkan rantaian bekalan komponen dan alat ganti, untuk melabur dalam pembinaan pusat penyelidikan dan pembangunan automotif untuk Asia Tenggara, menubuhkan universiti untuk latihan teknikal automotif, dan untuk melabur dalam pengeluaran telefon pintar berorientasikan ketersambungan kenderaan-manusia di Zon Ekonomi Tien Hai.

    Kenderaan yang dihasilkan oleh kilang tersebut adalah untuk memenuhi permintaan dari pasaran domestik Vietnam, serta pasaran eksport LHD. Pecah tanah pembinaan kilang itu dijangka akan dibuat pada separuh pertama tahun ini, dengan kenderaan pelanggan pertama dari kilang ini akan dihantar pada awal 2026, tambah laporan itu.

    Sebelum unit awalan berkenaan siap, pelanggan akan menerima kembar Proton X50 iaitu Geely Coolray yang dipasang oleh Proton di Tanjung Malim terlebih dahulu. Unit-unit berkenaan baru-baru ini dilihat dibawa dari Tanjong Malim ke Pelabuhan Klang menggunakan lori pengangkut, di mana gambarnya telah tular menerusi hantaran yang dibuat di laman Facebook Proton X50 Community Malaysia.

     
     
  • Geely EX5 dilancar di Indonesia – kembar Proton eMas 7 akan dipasang di Bekasi, bermula suku kedua 2025

    Geely EX5 dilancar di Indonesia – kembar Proton eMas 7 akan dipasang di Bekasi, bermula suku kedua 2025

    Geely kembali memasuki pasaran Indonesia dengan melancarkan SUV elektrik EX5, yang mana adalah kembar kepada Proton eMas 7. Model ini juga sudah dilancarkan di Thailand, sama sebagai Geely EX5.

    Untuk pasaran Indonesia, SUV ini ditawarkan dalam dua varian iaitu EX5 Max dan EX5 Pro. Harga bagaimanapun masih belum diberitahu, dan akan diumum sewaktu Indonesia International Motor Show 2025 (IIMS 2025) Februari nanti.

    Turut diumumkan adalah Geely EX5 ini akan dikeluarkan dari kilang baru PT Handal Indonesia Motor (HIM) di Bekasi, Jawa Barat, dan pengeluaran akan bermula suku kedua tahun ini. Langkah lain yang akan diambil bersempena kemasukan semula Geely ke negara ini adalah penubuhan rangkaian jualan dan servis sehingga 100 pengedar dalam masa tiga tahun.

    Melihat kepada garis masa pemasangan di Indonesia ini, ia menunjukkan model tersebut akan keluar dahulu dari kilang di Bekasi berbanding eMas 7 pemasangan tempatan (CKD) kerana rancangan CKD di Malaysia masih belum diumumkan. Buat masa ini, eMas 7 diimport sepenuhnya dari China. Satu lagi perkara yang diberitahu, EX5 pasaran Indonesia akan menerima sistem infotainmen yang dikuasakan oleh OS Flyme Auto yang menawarkan fungsi kawalan suara “Halo Geely” yang boleh menggunakan Bahasa Indonesia.

    Sebagai versi global untuk Galaxy E5, EX5 ini akan mendapat penggerak yang sama, iaitu motor hadapan tunggal yang mampu menghasilkan 218 PS dan 320 Nm, dan memberikan masa pecutan 0-100 km/j dalam 6.9 saat.

    Geely EX5 datang dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) yang ditawarkan dalam dua saiz; bateri 49.52 kWh mmeberikan jarak gerak 345 km, manakala bateri 60.22 kWh mampu memberikan sehingga 410 km dengan sekali cas penuh. Jumlah ini adalah mengikut standard ujian WLTP.

    GALERI: Proton eMas 7 Premium 2025

     
     
  • Geely akan perkenal barisan model ICE dan EV di Indonesia, CKD Q2 2025 — rancangan Proton tak jadi?

    Geely akan perkenal barisan model ICE dan EV di Indonesia, CKD Q2 2025 — rancangan Proton tak jadi?

    Geely telah memasuki pasaran Indonesia dengan pengenalan model EX5 (Proton eMas 7), yang akan dipasang secara CKD di sana, di Bekasi pada suku kedua tahun ini. Turut dirancang adalah 100 cawangan jualan dan servis dalam tempoh tiga tahun.

    Syarikat China itu juga ada perancangan untuk memperkenalkan barisan penuh kenderaan ICE dan EV keluarannya di republik itu. Imej yang disamarkan di atas adalah seperti berikut (dari kiri): Coolray (X50 facelift), EX5 (eMas 7), Monjaro, Okavango (X90 facelift), Xingyuan (eMas 5), Galaxy Starship 7 (eMas 7 PHEV) dan satu lagi Coolray (edisi khas?).

    Namun, ketika Proton dan Geely bergabung pada 2017, antara janji yang dinyatakan adalah untuk menggunakan jenama Proton bagi pasaran pemanduan sebelah kanan dan ASEAN, dengan menjadikan Malaysia sebagai hab RHD untuk Geely. Pada 2020, Geely meminta Proton untuk memperluaskan capaiannya dalam pasaran ASEAN, terutama Thailand dan Indonesia.

    Geely akan perkenal barisan model ICE dan EV di Indonesia, CKD Q2 2025 — rancangan Proton tak jadi?

    Kemudian, pada 2021, Proton mengesahkan syarikat itu akan kembali ke kedua-dua pasaran tersebut — yang menjadi satu-satunya cara untuk mencapai matlamat sebagai industri automotif ketiga terbesar di ASEAN.

    Namun, empat tahun kemudian dan selepas lapan tahun Proton dan Geely bergabung — Geely kini berada di Thailand, Australia/New Zealand dan dengan berita terbaru ini, Indonesia secara bersendirian dan bukannya melalui Proton. Semua ini merupakan pasaran pemanduan sebelah kanan yang utama. Ada juga ura-ura yang Geely akan masuk ke pasaran Afrika Selatan dengan EX5.

    Baru bulan lalu pengeluar China itu menegaskan komitmennya terhadap Malaysia sebagai hab R&D dan pengeluaran serantau, terutamanya melalui Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

    Geely akan perkenal barisan model ICE dan EV di Indonesia, CKD Q2 2025 — rancangan Proton tak jadi?

    Dinyatakan sebelum ini bahawa Geely akan mewujudkan rangkaian pengedar di pasaran di mana Proton belum bertapak, sebaliknya syarikat itu telah membuka kilang di Mesir minggu lalu untuk mengeluarkan kereta dengan lencana Geely, bermula dengan Emgrand dan Coolray.

    Sekali pandang, kini nampaknya Proton seperti hanya akan digunakan untuk menjual kereta bajet, seperi Saga dan mana-mana produk dengan platform AMA selepas ini, ke pasaran luar dengan kemungkinan pegecualian untuk Afrika Selatan, di mana model Proton dari asas kenderaan Geely seperti X50, X70 dan X90 menggunakan lencana Proton; begitu juga dengan Maurituis dengan Proton X90; dan Pakistan di mana Proton X70 ada dijual.

    Proton juga hadir dalam pasaran pemanduan sebelah kanan lain seperti Bangladesh, Kenya dan Brunei, namun semua itu bukanlah pasaran yang besar untuk Proton. Menarik dan penting untuk dilihat nanti sama ada lencana Proton akan digunakan untuk memasarkan model EV di pasaran selain yang telah dimasuki Proton ketika ini.

     
     
  • Touch n Go eWallet ‘SOS Balance’ dilancarkan — tangguh bayaran untuk 24 jam, elakkan baki kurang

    Touch n Go eWallet ‘SOS Balance’ dilancarkan — tangguh bayaran untuk 24 jam, elakkan baki kurang

    Touch n Go eWallet hari ini melancarkan secara rasmi ciri SOS Balance dalam aplikasinya. Ini adalah bagi memudahkan lagi pengguna yang tidak mempunyai baki yang cukup ketika keluar dari tol dengan menangguhkannya bagi tempoh 24 jam (dengan maksimum RM80 setakat ini). Ini bagi mengelakkan mereka daripada terkandas di plaza tol kerana baki kurang.

    Ditawarkan secara percuma melalui aplikasi eWallet itu bermula hari ini, SOS Balance hanya akan ditawarkan kepada “pengguna yang setia” yang dengan secara berterusan telah menunjukkan mereka mampu melangsaikan semua bayaran tertunggak mengikut waktunya, kerap menambah nilai jumlah dalam eWallet dan kerap menggunakan eWallet itu untuk melakukan transaksi. Pengguna yang layak akan didaftarkan secara automatik dan dimaklumkan melalui notifikasi di telefon mereka.

    Touch n Go eWallet ‘SOS Balance’ dilancarkan — tangguh bayaran untuk 24 jam, elakkan baki kurang

    Sebaik sahaja SOS Balance dimaklumkan, pengguna mempunyai 24 jam untuk menambah nilai eWallet mereka, yang mana baki tertunggak bayaran tol berkenaan akan ditolak. Sekiranya tempoh 24 jam itu tamat, ciri berkenaan akan digantung dan pengguna perlu menambah nilai baki untuk menggunakan eWallet itu kembali. Menariknya, tiada sebarang yuran tambahan atau faedah dikenakan untuk bayaran lewat tersebut.

    Pengguna boleh menyemak baki tertunggak SOS Balance mereka dengan menekan ikon kereta di bahagian atas dalam menu utama aplikasi tersebut. Sama seperti wallet anda, SOS Balance hanya berfungsi di plaza tol dengan lorong RFID dan diaktifkan ciri PayDirect: dalam maksud lain, ia tidak akan membantu anda sekiranya baki kad TNG anda rendah.

    Touch n Go eWallet ‘SOS Balance’ dilancarkan — tangguh bayaran untuk 24 jam, elakkan baki kurang

    Berkenaan lebuh raya yang menyokong bayaran melalui RFID dan PayDirect, TNG Digital memaklumkan yang 31 daripada 33 lebuh raya di Malaysia kini menyokong sekurang-kurangnya satu daripadanya, dengan majoriti menyokong kedua-dua kaedah tersebut. Ini terutama sekali bagi Lebuh raya utama yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Elite dan Lebuhraya Lembah Klang Utara.

    Semua lebuh raya berkenaan memang menyokong RFID, sementara pelaksanaan PayDirect disifatkan “sedang diusahakan”, seperti dalam kes Lebuhraya Pantai Barat (WCE). Hanya Lebuhraya Pantai Timur 1 & 2 belum ada perancangan untuk melaksanakan mana-mana sistem tersebut.

     
     
  • Proton akan dilancar minima 3 model baru untuk 2025; Saga AMA, eMas 5 GMA, X50 facelift dan banyak lagi?

    Proton akan dilancar minima 3 model baru untuk 2025; Saga AMA, eMas 5 GMA, X50 facelift dan banyak lagi?

    Ketika majlis bersama media sempena sambutan Tahun Baharu China yang berlangsung malam tadi, Proton telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan sekurang-kurangnya tiga model baharu tahun ini, yang dilihat merangkumi model mampu milik, pertengahan dan juga satu lagi model EV selepas eMas 7.

    Menerusi slaid yang ditunjukkan oleh CEO Proton Dr. Li Chunrong, Proton akan melancar sebuah model berasaskan platfrom baharu yang digelar sebagai AMA, sekurang-kurangnya satu (atau lebih) model yang diasaskan dari platform GMA, serta sekurang-kurangnya satu (atau lebih) model tingkat taraf dari siri X atau S sedia ada.

    Bagi model yang berasaskan platform AMA, ia sudah pasti adalah Proton Saga generasi baharu yang digembar-gemburkan sebelum ini. Baru-baru ini Proton dilihat menguji unit prototaip Saga yang mengenakan lampu hadapan berlainan serta dilengkapi dengan kamera sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) pada cermin hadapan, namun ia masih menampilkan badan yang sama seperti model sedia ada.

    Proton akan dilancar minima 3 model baru untuk 2025; Saga AMA, eMas 5 GMA, X50 facelift dan banyak lagi?

    Boleh jadi unit prototaip tersebut merupakan satu lagi versi facelift untuk model generasi sedia sebelum model baharu sepenuhnya dilancarkan. Namun tidak mustahil ia hanyalah prototaip untuk menguji sistem ADAS dan juga unit rangkaian kuasa baharu terdiri dari enjin dan kotak gear yang dibekalkan oleh Geely bagi digunakan pada model generasi baharu kelak.

    Untuk model yang berasaskan platform GMA, Dr. Li secara spesifik menyatakan ia sama ada eMas 5 atau eMas 3 – menunjukkan Proton mempunyai perancangan bagi memperkenalkan model EV yang lebih kecil dan lebih murah berbanding eMas 7 yang telah dilancarkan hujung tahun lalu.

    Namun pada Julai tahun lalu, Proton ada menyiarkan teaser berkenaan model-model eMas lain yang akan diperkenalkan pada masa akan datang, antaranya sebuah hatchback EV yang lebih kecil dari eMas 7. Model berkenaan berkemungkinan akan dikenali sebagai eMas 5, dan bayangan badan yang ditunjuk pada teaser berkenaan agak mirip dengan satu lagi model EV Geely yang bakal dilancarkan ditidak lama lagi iaitu Geometry Xingyuan.

    Geely Geometry Xingyuan (kiri) dan Galaxy Starship 7 (kanan)

    Walau bagaimanapun tidak mustahil juga Proton akan melancarkan eMas 7 dalam versi unit rangkaian kuasa PHEV. Kembar model berkenaan sudahpun didedahkan oleh Geely di China, dan ia dikenali sebagai Galaxy Starship 7. Model ini menerima unit rangkaian kuasa generasi kedua NordThor 2.0 yang akan diperkenalkan sebagai EM-i, yang menggandingkan enjin 1.5 liter empat silinder turbo serta transmisi hibrid terdedikasi (E-DHT) bagi membentuk teknologi motor 11-dalam-1.

    Beralih kepada model-model siri X dan S, yang pasti Proton kini dilihat sedang menguji unit prototaip bagi X50 facelift. Prototaip tersebut nampaknya menggunakan penggayaan luaran Geely Binyue L yang diperkenalkan di China tahun lalu. Sekiranya Proton ‘menyalin’ sepenuhnya Binyue L untuk menghasilkan X50 MC ini, ia mungkin turut akan menggunakan unit rangkaian kuasa yang sama, menampilkan enjin baharu 1.5 liter empat-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus.

    Enjin ini menjana 180 PS pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 290 Nm bermula 2,000 hingga 3,500 rpm, atau 3 PS/35 Nm lebih berkuasa berbanding enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo pada X50 sedia ada. Dan dengan kemungkinan lebih dari satu model X/S ini akan menerima versi kemaskini, mungkin ada model siri X lain turut akan menerima tingkat taraf enjin empat silinder berkenaan.

    Buat masa sekarang, SUV dengan tiga-baris tempat duduk iaitu X90 masih belum menerima sebarang kemaskini sejak ia dilancarkan pada Mei 2023. Atau dengan secara spesifik Dr. Li menyatakan siri S iaitu S70 mungkin akan menerima kemaskini yang akan dilancarkan tahun ini, tidak mustahil sedan berkenaan akan diperkenalkan dalam versi prestasi dengan lencana R3 seperti yang sudah disebutkan sebelum ini bukan?

    Apa pun, kita masih berada dalam bulan Januari 2025. Dengan bayangan-bayangan yang telah disebut, tahun ini mungkin akan menjadi satu lagi tahun yang mengujakan buat Proton dengan pelbagai model baharu yang bakal diperkenalkan dalam pasaran.

     
     
  • BYD Performance Day tunjuk prestasi sedan EV Seal

    BYD Performance Day tunjuk prestasi sedan EV Seal

    Dalam barisan model kenderaan elektrik dari China yang telah diperkenalkan di pasaran Malaysia, BYD Seal merupakan antara model yang sangat meyakinkan dan menonjol — dan berjaya mengatasi jualan Tesla Model 3 di sini — dari segi rupa dan prestasi.

    Dan, ketika bercakap tentang prestasi bagi EV, walaupun ia bukanlah dalam pengalaman yang sama sepertimana untuk kereta dengan enjin pembakaran dalaman biasa, ia tetap menarik untuk melihat sejauh mana kemampuan EV boleh diunjurkan.

    Untuk tujuan ini, BYD Sime Motors minggu ini telah menganjurkan BYD Performance Day untuk menunjukkan sejauh mana prestasi dan kemampuan BYD Seal, yang turut telah mendahului sebagai sedan elektrik paling laris jualannya sepanjang 2024 di Malaysia. Untuk aktiviti tersebut, BYD Seal Performance AWD ditampilkan untuk pihak media merasakan sendiri apa yang ada untuk ditawarkan oleh kereta terbabit dari segi prestasi.

    Pandu uji ringkas ini bermula dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur dan menelusuri lebuhraya dan jalan lama menuju ke Sepang. Di kerusi pemandu, BYD Seal Performance kami rasakan memberi maklum balas yang cekap ketika mengendalikannya. Tenaga dan kuasanya tiba segera. Kabin juga sangat selesa dan luas. Bagaimanapun, ketika duduk sebagai penumpang belakang, kerap dan mudah terasa penat kerana tetapan suspensinya keras dan tidak selesa dirasakan di situ.

    Tiba di perkarangan Litar Antarabangsa Sepang, aktiviti gymkhana menanti untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mencabar. Walaupun EV secara umumnya bukanlah direka untuk tujuan seperti ini, namun Seal Performance dirasakan cukup dinamik untuk dikendalikan — terutama dengan penyampaian kuasa yang besar dan segera.

    BYD Performance Day tunjuk prestasi sedan EV Seal

    Demonstrasi drift juga ada dipersembahkan. Walaupun kelihatan sukar dan tidak naturalnya model terbabit untuk melakukan aksi tersebut, namun ia berjaya menunjukkan kegunaan kuasa 530 PS (523 hp dan 390 kW) dan 670 Nm tork yang dimilikinya — ia mampu menggalas cabaran drift tersebut. Di sudut lain, Seal ini juga digunakan sebagai sumber kuasa V2L untuk penyediaan mesin membancuh kopi di lapangan.

    Continental Tyre Malaysia (CTM) juga hadir mempamer serta memberi penerangan bagi produk EcoContact 6Q keluaran syarikat itu, yang khusus dibangunkan untuk EV menggunakan kompaun Green Chilli 2.0. Ini memberikan rintangan golekan yang rendah sekaligus menjadikan jarak yang ditempuh lebih baik bacaannya.

    Acara ini bertujuan untuk mempamerkan penawaran BYD Seal sebagai game changer dalam pasaran EV, yang menggabungkan teknologi canggih dengan prestasi pemanduan yang tidak kurang kecekapannya.

     
     
  • Bank Negara kekalkan OPR 3% selepas mesyuarat Januari 2025 — kadar sewa beli tidak berubah

    Bank Negara kekalkan OPR 3% selepas mesyuarat Januari 2025 — kadar sewa beli tidak berubah

    Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi mengekalkan kadar polisi semalaman (OPR) pada tahap 3% susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Kewangan (MPC) yang diadakan semalam, 22 Januari 2025. Kali terakhir OPR ini dinaikkan atau ada perubahan adalah pada 3 Mei 2023, ketika ia naik 25 mata asas daripada 2.75% kepada 3%.

    Perubahan OPR akan memberi kesan kepada pinjaman bank, dengan makin tinggi kadarnya, maka makin mahal juga pinjaman wang diberikan. Kesannya, peminjam akan berdepan dengan kadar pembiayaan lebih tinggi, yang menjadikan perkara seperti pinjaman pembiayaan kenderaan lebih mahal dengan kelulusan untuk mendapatkannya lebih ketat.

    Menurut Bank Negara, mengekalkan kadar OPR 3% adalah selari dengan keadaan ekonomi Malaysia yang sihat ketika ini, serta dapat membantu meneruskan pertumbuhannya. MPC juga terus peka dengan sebarang perkembangan global dan kesannya terhadap ekonomi negara. Selain itu, pertumbuhan kredit yang sihat juga berterusan, memandangkan pembiayaan terus ditawarkan kepada isi rumah serta perniagaan. Mesyuarat NPC seterusnya akan berlangsung pada 6 Mac 2025.

     
     
  • PANDU UJI: Xpeng G6 menyerlahkan pengendalian impresif dan mempertaruhkan sentuhan imej minimalis

    PANDU UJI: Xpeng G6 menyerlahkan pengendalian impresif dan mempertaruhkan sentuhan imej minimalis

    Perkembangan dunia kenderaan elektrik (EV) boleh dikatakan cukup pesat sejak lima tahun kebelakangan ini. Apatah lagi syarikat pengeluar kenderaan dari China yang seakan berlumba-lumba memproduksikan model baharu EV dan semakin kencang menembusi pasaran dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam senarai negara yang rancak menjual EV setelah ia dilihat semakin diterima masyarakat di sini, lebih-lebih lagi apabila kerajaan menggalakkan pemilihan dan pemilikan EV termasuk memperbanyakkan pemasangan stesen pengecasan di seluruh negara.

    Di Malaysia sendiri, jenama EV global antaranya Tesla, BYD, Chery, Zeekr, Neta, MG dan Leapmotor begitu mudah menembusi pasaran tempatan. Jenama automotif gergasi termasuk Kia, Hyundai, Mercedes-Benz, BMW, Nissan, Lotus dan lain-lain juga tidak kurang hebatnya apabila saling berlumba-lumba memperkenalkan model EV masing-masing. Tidak ketinggalan juga, Proton yang baru saja melancarkan EV pertamanya, eMas7, manakala Perodua juga bakal muncul dengan EV sulungnya Selepas memperkenalkan model konsep eMO-II di KLIMS pada December lalu.

    Ya, EV boleh disifatkan sebagai tsunami automotif yang kian meledak dan mungkin juga tidak surut. Dengan senarai EV yang disebut di atas, jangan terlupa dengan kewujudan Xpeng, yang dibawa masuk oleh Bermaz Xpeng Sdn Bhd selaku pengedar tunggal jenama Xpeng dari China di Malaysia. XPeng membawa masuk Smart Coupe SUV EV G6 ke pasaran tempatan yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

    Baca artikel selanjutnya di sini

     
     
  • Proton X50 facelift 2025 dijumpai – versi MC dengan rupa berlainan; enjin 4-silinder, dilancar tahun ini?

    Proton X50 facelift 2025 dijumpai – versi MC dengan rupa berlainan; enjin 4-silinder, dilancar tahun ini?

    Setelah lama menghilang, prototaip ujian untuk model Proton X50 facelift dengan perubahan rupa lebih besar kini dilihat mula merayap semula di atas jalan raya awam untuk diuji. Proton sebelum ini dilihat mula menguji model MC (Minor Change) berkenaan pada November 2023, namun pada Jun 2024 hanya model RC (Running Change) dilancarkan, menampilkan rupa yang masih sama seperti versi asal.

    Imej unit prototaip terbaharu ini disumbangkan oleh pembaca paultan.org iaitu Chun Yin Chan dan Giinfa, dan ia mungkin unit yang berbeza dilihat muncul lebih setahun yang lalu. Hanya bahagian belakang dapat dilihat menerusi kedua-dua imej, dan ia nampaknya menerima pelekat penyamaran yang lebih menyeluruh.

    Satu perubahan yang jelas dapat dilihat adalah spoiler bumbung belakang di mana ia adalah unit yang lebih besar dan agresif berbanding model sedia ada, dan menyerupai spoiler yang dipadankan pada Geely Binyue facelift yang diperkenalkan di China pada 2022. Namun untuk bampar, bayangan disebalik pelekat penyamaran tersebut menunjukkan ia mungkin menggunakan rekaan Geely Binyue L yang diperkenalkan di China tahun lalu.

    Proton X50 facelift 2025 dijumpai – versi MC dengan rupa berlainan; enjin 4-silinder, dilancar tahun ini?

    Jadi ada kemungkinan bahagian muka Proton X50 MC ini juga turut akan menggunakan model lebih terkini Binyue L. Model tersebut menampilkan lampu hadapan yang lebih nipis bersama rekaan bampar yang diberikan gril sepenuhnya memenuhi apron. Unit prototaip ujian ini juga dilihat mengenakan rim dengan corak turbin berdiameter 18-inci yang sama seperti Binyue L 2024.

    Sekiranya Proton ‘menyalin’ sepenuhnya Binyue L untuk menghasilkan X50 MC ini, ia mungkin turut akan menggunakan unit rangkaian kuasa yang sama, menampilkan enjin baharu 1.5 liter empat-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus. Enjin ini menjana 180 PS pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 290 Nm bermula 2,000 hingga 3,500 rpm, atau 3 PS/35 Nm lebih berkuasa berbanding enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo pada X50 sedia ada.

    Geely Binyue L 2024

    Binyue L juga menerima perubahan pada sebelah dalam menampilkan rekaan corong udara penghawa dingin, panel suis kawalan, konsol tengah dan juga tombol gear yang berbeza. Model tersebut juga diberikan sistem Flyme Auto yang telah pun turut diberikan pada model EV Proton eMas 7.

    Adakah semua ini akan diberikan pada Proton X50 MC ini nanti? Sama-sama kita tunggu. Memandangkan model RC masih sekitar enam bulan dalam pasaran, jadi kami menjangkakan X50 MC 2025 ini mungkin akan dilancarkan pada lewat tahun ini.

    GALERI: Geely Binyue L 2024

     
     
  • Harga minyak 23-29 Jan – petrol RON 97 naik 5 sen seliter, diesel di Semenanjung juga naik 5 sen seliter

    Harga minyak 23-29 Jan – petrol RON 97 naik 5 sen seliter, diesel di Semenanjung juga naik 5 sen seliter

    Sekali lagi berita yang kurang menyenangkan bagi pengguna petrol RON 97 dan juga diesel harus diuar-uarkan juga apabila Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan harga bagi kedua-dua bahan api berkenaan dinaikkan sekali lagi untuk minggu bertarikh 23 hingga 229 Januari 2025.

    Di mana harga runcit petrol RON 97 dinaikkan sebanyak lima sen seliter menjadi RM3.43 seliter, berbanding RM3.38 seliter pada minggu sebelum ini.

    Walau bagaimana pun, harga runcit RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter.

    Manakala harga runcit bagi diesel untuk pasaran Semenanjung Malaysia juga dinaikkan sebanyak lima sen seliter, daripada RM3.08 seliter kepada RM3.13 seliter. Namun harga diesel untuk Sabah dan Sarawak masih dikekalkan pada RM2.15 seliter.

    Baru-baru ini, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata kriteria kelayakan subsidi RON95 serta kaedah pelaksanaannya akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Menurut beliau, kementeriannya akan membentangkan hal-hal berkaitan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk mendapatkan kelulusan sebelum diumumkan kepada umum.

    Pengumuman ini juga akan meliputi peralihan kelayakan dari set sedia ada yang berasaskan pendapatan kasar, yang dikelaskan mengikut segmen B40, M40 dan T20, kepada berdasarkan pendapatan boleh dibelanjakan (disposable income).

     
     
  • Denza D9 dibuka untuk tempahan di M’sia — hingga 374 PS, jarak 520 km; harga mula bawah RM300k?

    Denza D9 dibuka untuk tempahan di M’sia — hingga 374 PS, jarak 520 km; harga mula bawah RM300k?

    Sehari selepas mengumumkan pembukaan peluang pekerjaan di cawangannya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, Denza Sime Darby Motors kini mengumumkan pula mula mengambil tempahan bagi model MPV elektrik Denza D9. Ini selari dengan rancangan untuk memperkenalkan jenama premium BYD di pasaran Malaysia pada suku pertama. Ini juga menjadi petunjuk yang model berkenaan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

    Denza D9 merupakan sebuah MPV elektrik mewah yang bakal menjadi pesaing Toyota Alphard dan Vellfire, serta Zeekr 009. Ia mempunyai dimensi ukuran 5,250 mm panjang, 1,950 mm lebar dan 1,920 mm tinggi dengan jarak roda 3,110 mm. Ini lebih panjang, tinggi dan kurang lebar berbanding 009, dengan jarak roda D9 100 mm lebih pendek — kedua-duanya lebih pendek berbanding dua model Toyota itu yang mempunyai panjang sekitar lima meter.

    Di China, D9 ditawarkan sebagai EV dan juga plug-in hybrid: tetapi untuk pasaran luar, hanya model elektrik yang dijual, dan Malaysia juga akan menerima model tersebut. Dua varian ditawarkan di pasaran lain, pertama ialah model pacuan roda depan dengan output 313 PS (230 kW) dan 360 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat.

    Versi kedua, dengan pacuan semua roda menerima tambahan motor di belakang dengan janaan 374 PS (275 kW) and 470 Nm dan 2.5 saat lebih pantas untuk pecutan 0-100 km/j dengan 6.9 saat.

    Kedua-dua model dilengkapi dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) 103 kWh Blade yang memberikan jarak WLTP 520 km untuk model asas, dan 480 km untuk AWD. MPV ini menerima pengecasan pantas hingga 166 kW DC dan juga 11 kW bagi AC. D9 juga dilengkapi dengan DiSus-C Intelligent Damping Body Control System oleh BYD, yang merupakan ciri penyerap hentak adaptif.

    Denza D9 dibuka untuk tempahan di M’sia — hingga 374 PS, jarak 520 km; harga mula bawah RM300k?

    Spesifikasi untuk pasaran Malaysia mungkin menyerupai yang ada di pasaran Thailand — lengkap dengan paparan instrumen digital 10.25-inci, skrin sentuh infotainmen 15.6-inci, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, kerusi kapten di barisan kedua dengan larasan kuasa dengan penyokong lumbar serta fungsi liang dan urut, tiga pengecas tanpa wayar Qi 50-watt di depan dan barisan kedua, dan sistem bunyi Dynaudio dengan 14-pembesar suara.

    Belum ada sebarang petunjuk tentang harga untuk pasaran Malaysia, namun ia dijangka tidak akan lari jauh dari harga di Thailand. Harga promosi di Thailand bagi versi Premium ialah 1,999,900 baht (RM262,700), manakala versi Performance AWD dengan harga 2,699,900 baht (RM354,700) hingga hujung bulan ini.

     
     
  • Pengecualian cukai EV CBU perlu dilanjutkan hingga 2030 untuk capai 15% penggunaan di Malaysia — MAA

    Pengecualian cukai EV CBU perlu dilanjutkan hingga 2030 untuk capai 15% penggunaan di Malaysia — MAA

    Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjelaskan yang pengecualian cukai bagi EV yang diimport penuh (CBU) ketika ini memerlukan lanjutan sehingga 2030 bagi membolehkan sasaran penggunaan EV 15% daripada jumlah jualan kenderaan keseluruhan menjelang 2030.

    “Teknologi dan penggunaan EV kini masih dalam peringkat awal. Ada keperluan untuk kerajaan memupuk dan menyokong pertumbuhan EV, terutamanya melalui insentif. Jadi, kerajaan patut mempertimbangkan lanjutan tempoh pengecualian cukai, terutama untuk EV CBU. Jangkaan kami, untuk mencapai matlamat kerajaan terhadap 15% jualan tahunan EV itu mungkin boleh dicapai pada 2030,” jelas Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain.

    “Sasarannya adalah menjelang 2030, jualan EV akan mencapai 15% daripada keseluruhan kenderaan. Untuk itu tempoh pengecualian cukai juga perlu dilanjutkan sama untuk mengekalkan momentum berkenaan. Bagi MAA, kami akan terus berbincang dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melihat adakan perkara ini boleh dicapai,” tambahnya.

    Ketika ini, EV CBU dikecualikan daripada duti import dan eksais sehingga 31 Disember 2025, seperti yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2023. Ia sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2023, sebelum dilanjutkan kepada 31 Disember 2024.

    Menurut MAA, jualan EV menerima manfaat daripada insentif tersebut serta pengenalan model baru, yang membolehkan angka jualannya melonjak 45% pada 2024. Bagaimanapun, jumlah jualan kenderaan elektrikfikasi — termasuk EV dan hibrid — hanya menyumbang 5.6% daripada jualan keseluruhan tahun lalu, yang merekodkan 816,747 unit. Jualan EV tersebut juga lebih tinggi berbanding 2023, yang mencatatkan 4.8%. EV pemasangan tempatan (CKD) pula ketika ini dikecualikan daripada duti eksais dan cukai jualan hingga 31 Disember 2027, selepas tambahan dua tahun daripada tarikh akhir asalnya, 31 Disember 2025.

     
     
  • Proton eMas 7 – pengeluaran ditambah 3,000 unit lagi

    Proton eMas 7 – pengeluaran ditambah 3,000 unit lagi

    Proton menambah jumlah pengeluaran SUV EV eMas 7 sebanyak 3,000 unit lagi bagi memenuhi permintaan pasaran, seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah memberitahu, sebelum ini syarikat mensasarkan tempahan 3,000 tempahan dalam masa enam bulan, tetapi dalam masa sebulan sahaja ia sudah dicapai.

    “Permintaan sedang meningkat, menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kenderaan EV. Saya yakin dalam masa tiga ke empat tahun lagi, orang akan berebut-rebut untuk menggunakan EV dan pergi jauh daripada membeli kenderaan petrol atau diesel,” kata beliau dalam satu sidang media semasa pelancaran pusat pameran EV Proton di Wakaf Siku, Kota Bharu semalam.

    “Harga (eMas 7) tidak jauh beza berbanding Proton X50 atau X70. Apa yang lebih penting adalah peralihan negara ke arah mobiliti sifar karbon,” kata Roslan sambil menambah bahawa EV ini mensasarkan mereka yang berminat dengan teknologi terkini.

    Buat masa ini, EV pertama daripada Proton tersebut diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan ditawarkan dengan rebat pengenalan RM4,000, bersama pakej istimewa bernilai RM8,000 untuk 6,000 pelanggan pertama (jumlah ditambah lagi kerana sebelum ini hanya untuk 3,000 unit pertama).

    Pakej istimewa tersebut termasuk pengecas rumah 7 kW percuma, adaptor sistem V2L percuma, kadar faedah serendah 1.98% melalui Proton Commerce, pakej data internet tanpa had untuk lima-tahun dan rebat tukar beli RM1,200.

    Melalui rebat RM4,000 yang diberi, harga varian Prime menjadi RM105,800 manakala varian Premium pula RM119,800. Kedua-duanya dipacu oleh motor elektrik tunggal 218 PS dan 320 Nm tetapi Prime mendapat bateri 49.52 kWh dan jarak gerak WLTP 345 km, sementara Premium menggunakan bateri 60.22 kWh dan jarak gerak 410 km.

    Proton memberikan perlindungan waranti kenderaan selama enam-tahun tanpa had perbatuan dan juga waranti untuk bateri dan komponen-komponen terlibat selama lapan-tahun atau 160,000km untuk eMas 7.

     
     
  • Ketua pembangunan EV Honda akui agak sukar untuk hasilkan Type R EV yang benar-benar seronok dipandu

    Ketua pembangunan EV Honda akui agak sukar untuk hasilkan Type R EV yang benar-benar seronok dipandu

    Sebelum ini Honda sudah menyatakan bahawa Civic Type R FL5 sedia ada merupakan model terakhir Type R dengan enjin pembakaran dalaman – sekiranya ada lagi model Type R selepas ini, ia akan digerakkan dengan unit rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya.

    Namun model sedemikian mungkin lambat lagi akan ditawarkan. Ini kerana menurut ketua pusat pembangunan kenderaan elektrik bateri (BEV) Honda, Toshihiro Akiwa menyatakan bahawa agak sukar untuk menghasilkan EV dengan karekter yang sesuai dilekatkan dengan lencana Type R.

    “Bateri dan motor mempunyai karekter yang berbeza jadi kami tak boleh hasilkan sesuatu yang sama seperti sebelum ini,” katanya kepada AutoExpress.

    “Sebagai sebuah EV, bagaimana kita boleh berikan keseronokan memandu? Sudah tentu kami belum putus asa, tetapi ia bukan hanya berkaitan dengan kuasa, ia berkaitan dengan bunyi, getaran, pecutan dan pengalaman manusia. Ini semua merupakan keseronokan memandu,” jelasnya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Honda kini dalam fasa pembangunan terakhir untuk model generasi baharu Prelude yang akan dilancarkan tahun ini. Sebelum ini coupe berkenaan telah disahkan akan menggunakan unit rangkaian kuasa hibrid e:HEV di mana enjin 2.0 liter NA yang dibekalkan dalam kebanyakkan masa hanya akan berfungsi untuk mengecas bateri, sementara tayar hadapan dipacu oleh motor elektrik, dan dalam masa tertentu seperti pada kelajuan tinggi motor dan enjin berfungsi bersama menerusi klac lock-up di dalam transmisi e-CVT.

    Prelude bukanlah model yang akan dihasilkan dengan prestasi hardcore seperti Type R, namun ia masih dibina sebagai sebuah kereta yang diberikan unsur sporty dan seronok dipandu. Jadi selain dari suspensi hadapan dengan sistem topang dua paksi yang sama seperti Civic Type R diberikan, Prelude generasi baharu tersebut juga diberikan bunyi dan rasa tukaran gear walaupun ia bergerak dengan motor elektrik dan tanpa kotak gear. Mungkin unsur-unsur begini akan diberikan pada Type R EV kelak?

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.21 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 24, 2025