Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Toyota GR Supra 45th Anniversary Edition diperkenal untuk pasaran AS – keluaran terhad 900 unit

    Toyota GR Supra 45th Anniversary Edition diperkenal untuk pasaran AS – keluaran terhad 900 unit

    Di Amerika Syarikat (AS), Toyota memperkenalkan GR Supra 45th Anniversary Edition, yang dikatakan memberi penghormatan kepada Supra Mk4. Terhad hanya 900 unit, model ini ditawarkan dalam dua warna, iaitu Mikan Blast (oren) dan Absolute Zero (putih).

    Menggunakan asas daripada GR Supra varian 3.0 Premium, bahagian mekanikal model keluaran khas ini masih dikekalkan, bermula dengan enjin enam silinder 3.0 liter turbo berkuasa 387 hp dan tork 500 Nm, dan pilihan transmisi sama ada manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan.

    Walaubagaimanapun, ia dijadikan lebih istimewa dengan beberapa kelengkapan, seperti spoiler belakang lebih besar, yang terletak tiga inci atas penutup but. Bukan sekadar satu barang estetik, spoiler ini juga boleh dilaras untuk mendapatkan daya tolakan ke bawah (downforce) yang dimahukan.

    Selain spoiler, rim 19 inci pada model ini juga dicat dengan warna hitam matte, sementara angkup brek di hadapan pula mempunyai logo GR. Di bahagian tepi kenderaan juga kelihatan terdapat pelekat dengan logo Supra, manakala di bahagian ruang enjin terdapat strut tower brace yang dicat warna oren.

    Melengkapkan eksklusiviti model sambutan ulang tahun ini, di bahagian tepi papan pemukanya terdapat plat khas yang menyatakan nombor keluaran. GR Supra 45th Anniversary Edition menyertai beberapa lagi model sports keluaran khas yang dipasarkan di AS seperti edisi Launch, A91, A91-Carbon Fibre, and A91-MT

     
     
  • JPJ kendali siri ujian penggunaan kamera badan

    JPJ kendali siri ujian penggunaan kamera badan

    Kementerian Pengangkutan (MoT) mengesahkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai penggunaan kamera badan oleh kakitangan lapangannya, dan kini sedang menjalankan satu siri ujian bukti konsep atau proof of concept (POC) mengenai perkara ini.

    Menurut Timbalan Menteri MoT Datuk Hasbi Habibollah, ujian POC ini akan menilai keupayaan kamera badan dan keberkesanannya dalam meningkatkan integriti anggota lapangan semasa aktiviti penguatkuasaan. Kajian itu juga akan mendalami aspek perundangan dan kewangan mengenai penggunaan kamera badan oleh jabatan, laporan Bernama.

    Beliau turut berkata, setakat ini terdapat tiga syarikat yang menawarkan ujian POC untuk JPJ. “Ujian telah dijalankan secara berperingkat di pejabat negeri serta cawangan terpilih dan dijangka berakhir pada 20 September, sebelum laporan penuh disediakan dan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan,” katanya di parlimen semalam.

    Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Aziz Ariffin, yang ingin tahu bila kementerian akan mewajibkan pegawai JPJ menggunakan kamera badan bagi meningkatkan integriti agensi penguatkuasaan itu.

    Rancangan untuk JPJ menggunakan kamera badan ini adalah susulan langkah yang diperkenalkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bakal menggunakan alat tersebut bagi kegunaan anggota PDRM ketika bertugas. Pada Disember tahun lalu, dilaporkan kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk pembelian kamera badan untuk PDRM.

     
     
  • Pos Malaysia jalin kerjasama strategik dengan Yinson GreenTech pasang pengecas DC di pejabat pos

    Pos Malaysia jalin kerjasama strategik dengan Yinson GreenTech pasang pengecas DC di pejabat pos

    Pos Malaysia telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Yinson GreenTech (YGT) untuk stesen pengecas EV di beberapa cawangan pejabar pos. Buat masa ini, cawangan yang terlibat ialah di
    Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Johor Bahru, stesen pengecas EV yang beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 11 malam ini dikuasakan oleh ChargEV, pengendali rangkaian pengecas EV terbesar di negara ini.

    Menurut pembekal perkhidmatan pos dan bungkusan Malaysia ini, setiap cawangan akan ditempatkan satu unit pengecas pantas DC dengan dua muncung jenis CCS2 (pengecasan pantas) dengan kuasa 40kW. Pos Malaysia berkata pihaknya akan menambah jumlah stesen pengecasan secara berperingkat, dengan rancangan untuk memperluaskan liputannya ke Pejabat Pos yang lain, memastikan akses yang lebih mudah untuk pemilik EV serta menyokong peningkatan jumlah EV di negara ini.

    Selari dengan perkembangan matlamat sifar bersih, Pos Malaysia baru-baru ini menggunakan lebih 40 e-Bike untuk menghantar mel dan bungkusan di seluruh Lembah Klang tanpa melepaskan karbon. Menjelang akhir 2023, Pos Malaysia menyasarkan untuk mempunyai gabungan lebih 200 e-Bike dan 140 e-Van, di seluruh Semenanjung Malaysia.

    “Dengan kerjasama rakan kongsi seperti Yinson, kami boleh memacu perubahan positif dalam bidang pengangkutan yang lestari dan mengurangkan kebimbangan jarak bagi pengguna EV melalui pemasangan stesen pengecas EV di Pejabat Pos Malaysia (PO) kami.

    “Ini menunjukkan komitmen kami yang teguh untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memajukan masa hadapan yang lebih hijau untuk Malaysia, dan ia dilengkapi melalui inisiatif kelestarian yang lebih besar termasuk matlamat sifar bersih kami,” kata CEO Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewe.

    CEO YGT, Eirik Barclay, pula berkata berkata berdasarkan aspirasi untuk membantu perniagaan beralih ke arah kelestarian, pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan Pos Malaysia dalam melancarkan stesen chargEV di seluruh lokasi terpilih.

    “Ia bukan saja memperluaskan rangkaian pengecasan komprehensifnya yang menawarkan pengguna EV dengan pengalaman yang mudah dan lancar semasa mereka menjalani kehidupan seharian. Malah, katanya, ia memberi manfaat kepada Pos Malaysia dengan mengurangkan jejak karbon mereka, justeru mengambil langkah pertama dalam memainkan peranan bagi mempercepatkan masa depan sifar bersih.”

     
     
  • Brixton Cromwell 1200 dilancar di Malaysia – harga dari RM56k, enjin 1,222 cc, ABS, ESC, cruise control

    Brixton Cromwell 1200 dilancar di Malaysia – harga dari RM56k, enjin 1,222 cc, ABS, ESC, cruise control

    Brixton hari ini melancarkan sebuah model baru untuk pasaran Malaysia iaitu Cromwell 1200. Model ini pertama kali didedahkan pada penghujung tahun 2021 dan sekarang terletak paling atas dalam barisan model jenama itu. Hanya satu versi ditawarkan untuk pasaran kita (di luar negara terdapat Cromwell 1200 X), dan ia dijual pada harga RM55,888 tidak termasuk insurans. Ini bagaimanapun adalah harga pengenalan untuk 100 pelanggan pertama, sebelum dinaikkan kepada RM58,888.

    Cromwell 1200 adalah sebuah model yang menggunakan bentuk klasik, seperti Triumph Speed Twin dan dipacu oleh enjin dua silinder selari 1,222 cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik. Ia dipadankan bersama transmisi enam kelajuan dan klac anti-hopping, mampu menghasilkan kuasa sehingga 83 PS pada 6,550 rpm dan tork 108 Nm pada 3,100 rpm.

    Meskipun mempunyai rupa klasik, Cromwell 1200 diterapkan dengan teknologi moden antaranya termasuk panel paparan TFT (dua mod paparan), dua mod tunggangan, cruise control serta lampu LED. Pada bahagian keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem brek ABS serta kawalan cengkaman (boleh ditutup jika mahu).

    Suspensi juga menggunakan unit daripada pengeluar ternama, iaitu Kayaba, dengan di hadapan terdapat fork 41 mm yang dilindungi dengan gegelung getah (jarak gerak 120 mm) serta dua penyerap dengan pelarasan pra beban di belakang (jarak gerak 87 mm).

    Rim jejari (spoked) Cromwell 1200 datang dalam saiz yang berbeza iaitu 18 inci dibalut tayar 100/90 di hadapan, dan 17 inci dibalut tayar 150/70 di belakang. Brek pula menggunakan unit daripada Nissin, dengan set cakera berkembar 310 mm di hadapan dan cakera tunggal 260 mm di belakang.

    Brixton Cromwell 1200 dilancar di Malaysia – harga dari RM56k, enjin 1,222 cc, ABS, ESC, cruise control

    Kelengkapan lain pada motosikal ini adalah termasuk tangki bahan api 16 liter, pengecas USB, tuil klac jenis kabel serta ekzos yang keluar pada setiap sisi. Tinggi tempat duduk Cromwell 1200 adalah 800 mm manakala berat keseluruhannya adalah 235 kg.

    Dengan harga yang disebutkan di atas, MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Brixton Motorcycles di Malaysia juga akan memberikan terus beberapa aksesori termasuk beg tepi kalis air berkapasiti 10 liter, pad tepi tangki serta pelindung bawah enjin aluminium. Jaminan motosikal ini adalah selama dua tahun atau 20,000 km manakala pilihan warna yang disediakan adalah Backstage Black atau Cargo Green.


     
     
  • Mazda 2 2023 facelift diperkenal di Thailand — sedan dan hatchback, 1.3L petrol/1.5L diesel, 10 varian

    Mazda 2 2023 <em>facelift</em> diperkenal di Thailand — sedan dan hatchback, 1.3L petrol/1.5L diesel, 10 varian

    Mula ditunjuk pada Januari lalu, Mazda 2 facelift 2023 kini telah dilancarkan di Thailand dengan penawaran rekabentuk sedan dan hatchback: versi sedan pertama kali dilihat di sini melalui foto-foto ehsan Headlight Magazine. Ini merupakan kemaskini kedua Mazda 2, yang telah berada dalam pasaran sejak 2014, selepas facelift pertama pada 2019.

    Seperti yang dapat dilihat, perubahan yang terlibat lebih cenderung kepada hal-hal kosmetik sahaja, dengan yang paling ketara ialah rekaan bahagian wajah depannnya. Panel depannya kini tampil tertutup seperti kenderaan EV, dengan rekaan gril yang berbeza, serta perincian honeycomb mesh yang menyuntik sentuhan sporty. Kedua-dua kini tampil dengan kemasan hitam baru di kelilingnya, serta bukaan udara yang condong ke bawah.

    Mazda 2 2023 <em>facelift</em> diperkenal di Thailand — sedan dan hatchback, 1.3L petrol/1.5L diesel, 10 varian

    Gril depan juga ada perincian warna, begitu juga dengan bahagian bampar belakang untuk model hatchback untuk lebih elemen kontras. Untuk sedan pula hanya ada kemasan warna di depannya sahaja. Rekaan rim juga berbeza, dengan sembilan pilihan warna badan ditawarkan di sana — dengan dua warna metalik baru Aero Grey dan Airstream Blue.

    Model hatchback menerima dua tambahan edisi khas: Rookie Drive dan Clap Pop yang diserikan pakej dengan tema khusus untuk kelainannya, melibatkan pelikat hiasan lain, elemen kontras serta pilihan perumah rim berbeza.

    Di dalam, papan pemuka kekal dengan rekaan hampir sama, walaupun kini dengan warna lebih cerah untuk disesuaikan dengan warna luaran. Skrin apungnya juga lebih besar menjadi lapan-inci, dengan perisian sistem infotainmen Mazda Connect yang sama.

    Mazda 2 2023 <em>facelift</em> diperkenal di Thailand — sedan dan hatchback, 1.3L petrol/1.5L diesel, 10 varian

    Di Thailand, ada dua pilihan enjin untuk Mazda 2 ini. Pertama, unit Skyactiv-G 1.3 liter NA petrol, yang menjana sebanyak 93 PS pada 5,800 rpm dan 123 Nm tork pada 4,000 rpm. Kedua, unit 1.5 liter turbocas diesel yang menghasilkan 105 PS (103 hp atau 77 kW) pada 4,000 rpm dan 250 Nm dari 1,500 hingga 2,500 rpm. Kedua-duanya digandingkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

    Semua sekali ada lima varian ditawarkan, dengan tiga versi petrol dan dua versi diesel untuk setiap satu model. Untuk sedan, model petrolnya terdiri daripada 1.3 C, 1.3 S dan 1.3 SP, sementara versi diesel pula 1.5 XD dan 1.5 XDL. Semua varian yang sama ini turut diberikan untuk model hatchback, dengan tanda nama Sport untuk membezakannya. Edisi Rookie Sport dan Clap Pop pula menggunakan versi 1.3 C petrol hatchback.

    Kelengkapan yang ada antaranya lampu utama dan DRL LED, sistem tanpa kunci dengan butang Push serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Saiz rim pula ialah 15-inci bagi model petrol, dan saiz 16-inci untuk model diesel.

    Harga Mazda 2 2023 di sama bermula dari 599,000 baht (RM79,850) bagi varian 1.3 C sedan/1.3 C Sports, dengan maksimum sehingga 830,000 baht (RM110,630) bagi 1.5 XDL sedan/1.5 XDL Sports.

    Mazda 2 2023 facelift 1.3 C Clap Pop Sports

    Mazda 2 2023 facelift 1.3 C Rookie Drive Sports

    Mazda 2 2023 facelift 1.3 C Sedan

    Mazda 2 2023 facelift 1.3 S Sports

    Mazda 2 2023 facelift 1.3 S Sedan

    Mazda 2 2023 facelift 1.3 SP Sports

    Mazda 2 2023 facelift 1.3 SP Sedan

    Mazda 2 2023 facelift 1.5 XD Sports

    Mazda 2 2023 facelift 1.5 XD Sedan

    Mazda 2 2023 facelift 1.5 XDL Sports Aero Grey

    Mazda 2 2023 facelift 1.5 XDL Sports Airstream Blue

     
     
  • Hari Bebas Kenderaan Subang Jaya bakal kembali, banyak acara dijangka berlangsung pada 9 Julai ini

    Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telag mengumumkan Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya bakal dianjurkan pada 9 Julai ini. Acara berkenaan akan bermula pada jam 7 pagi hingga 11.45 pagi.

    Seperti biasa, Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya akan diadakan di hadapan Subang Parade dan Aeon Big di SS15. Kalau mengikut acara yang terdahulu, sebahagian Jalan Kemajuan akan ditutup dari kegunaan trafik, iaitu dari persimpangan Jengka hingga ke persimpangan Persiaran Kewajipan.

    Selain itu, sebelum ini juga ia melibatkan Jalan SS16/1 yang ditutup iaitu laluan sekeliling Subang Parade, Aeon Big dan barisan bangunan Mesianiaga. Walau bagaimana pun ia tidak melibatkan penutupan penuh. Perincian mengenai jalan yang bakal ditutup akan diumumkan kelak.

    Antara aktiviti yang bakal dianjurkan pada 9 Julai nanti melibatkan cabaran berbasikal Run Bike dan Endurance Race, bola keranjang, abseiling, flying fox dan karaoke. Selain itu, ia juga akan menempatkan food truck dan juga cabutan bertuah. Acara ini membuka peluang kepada orang ramai untuk beraktiviti di atas jalan raya terutamanya kanak-kanak yang boleh bebas berlari di sepanjang jalan yang ditutup itu.

     
     
  • Penghantar makanan hilang ‘kerja’ selepas insiden menegur warga Singapura isi petrol RON 95 di Johor

    Penghantar makanan hilang ‘kerja’ selepas insiden menegur warga Singapura isi petrol RON 95 di Johor

    Semalam tular satu video di mana dua orang warga Singapura ‘mengamuk’ selepas ditegur oleh seorang penghantar makanan di Johor Bahru kerana mengisi petrol RON95 bersubsidi dalam sebuah tong. Selepas insiden itu berlaku, nasib malang pula menimpa penghantar makanan berkenaan kerana dia mendakwa akaun aplikasi yang digunakan untuk bekerja berkenaan digantung oleh pengendalinya, lapor Kosmo.

    Menurut laporan akhbar berkenaan, satu video yang dimuat naik pada aplikasi Tiktok menerusi akaun bernama matkibot memaparkan penghantar makanan yang berusia 44 tahun itu menyatakan bahawa akaun aplikasi pintar miliknya kini telah digantung oleh pengendali sejak pukul 6 petang semalam.

    “Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah suspended (gantung) pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.

    “Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan.

    “Melaporkan saya mengeluarkan skru driver (pemutar skru) untuk melawan, CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la check (semak),” katanya dalam video tersebut.

    Lelaki berkenaan menegaskan bahawa dia mengambil pendirian berani kerana benar selain mendakwa tidak bersalah. Dia turut kecewa kerana sikap dua individu berkenaan telah menyebabkan dia kini tidak dapat mencari rezeki kerana tidak dapat mengambil tempahan sejak semalam dan tidak tahu bila ia akan berakhir.

    “Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia,” katanya.

    Dalam video satu minit 40 saat berkenaan, dapat dilihat dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak. Rakaman tersebut juga menunjukkan salah seorang lelaki warga Singapura itu membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang penghantar makanan berkenaan.

    Kosmo melaporkan pertelingkahan tersebut berlangsung hampir 10 minit, dan ia berjaya dileraikan dua anggota polis bantuan di lokasi kejadian selepas itu.

    Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi. Menurutnya siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 8.37 malam, 16 Jun lalu dan pertelingkahan dipercayai berpunca daripada salah faham apabila pekerja penghantar makanan menegur lelaki warga Singapura mengisi minyak ke dalam tong.

    “Hasil siasatan kita mendapati terdapat salah faham, lelaki warga Singapura itu mendakwa mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.

    “Semasa kejadian, mereka (lelaki Singapura) belum lagi mengisi minyak sebelum ditegur rider dan berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan tersebut.

    Penghantar makanan hilang ‘kerja’ selepas insiden menegur warga Singapura isi petrol RON 95 di Johor

     
     
  • Moto Guzzi V100 Mandello dilancar untuk pasaran Malaysia – enjin 1,042 cc, dua versi, dari RM99,900

    Moto Guzzi V100 Mandello dilancar untuk pasaran Malaysia – enjin 1,042 cc, dua versi, dari RM99,900

    Moto Guzzi V100 Mandello yang diperkenalkan pertama kali kepada dunia November tahun 2021 kini sudah tiba di Malaysia dalam dua versi iaitu Standard dan S. Harga yang ditetapkan adalah RM99,900 untuk versi Standard dan RM117,900 untuk versi S.

    V100 Mandello adalah motosikal Moto Guzzi yang dikatakan paling canggih, dan turut didakwa sebagai motosikal pertama di dunia yang mempunyai ciri aerodinamik adaptif. Penghadang angin di bahagian tepi tangki V100 ini boleh naik dan turun mengikut kelajuan serta mod tunggangan, sekaligus memberikan lebih perlindungan udara kepada penunggang.

    Kuasa penggerak datang daripada enjin v-twin melintang 1,042 cc DOHC, yang mampu menghasilkan 115 hp dan 105 Nm tork. Ia kemudiannya dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan, yang menyampaikan kuasa ke roda belakang menggunakan sistem syaf.

    Penggunaan pendikit ride-by-wire, ECU Marelli 11MP dan IMU six axis menghasilkan tiga pemetaan enjin, empat tahap Traction Control serta empat mod tunggangan yang boleh dipilih untuk penunggang. Rekaan motosikal ini lebih ke arah touring, dan disebabkan itu, ia menyediakan posisi tunggangan lebih santai dengan tempat duduk gebu, serta penghadang angin hadapan yang boleh dikawal secara elektrik.

    Versi S yang lebih tinggi mendapat kelengkapan yang lebih berprestasi, termasuk suspensi semi aktif Ohlins Smart EC 2.0, quickshifter, pemanas tangan dan perisian Moto Guzzi MIA yang membenarkan sambungan kepada telefon bimbit untuk operasi pelbagai fungsi dan dipaparkan pada skrin TFT-LCD lima inci di bahagian kokpit.

    Melalui harga yang ditetapkan, motosikal ini tidak datang dengan beg barangan, dan ia, bersama pelbagai aksesori lain dijual secara berasingan. Versi Standard ditawarkan dalam warna Bianco Polare (putih) dan Rosso Magma (merah), manakala versi S disediakan dalam pilihan warna Verde 2121 (hijau) dan Grigio Avanguardia (hitam/kelabu).

    GALERI: Moto Guzzi V100 Mandello

    GALERI: Moto Guzzi V100 Mandello S

     
     
  • Beberapa jalan di Shah Alam ditutup 25 Jun ini untuk acara berbasikal PKNS Selangor International Race

    Makluman penting untuk penduduk sekitar bandaraya Shah Alam. Beberapa jalan di sekitar bandaraya ini bakal ditutup pada Ahad, 25 Jun 2023, bagi memberikan laluan untuk acara berbasikal PKNS Selangor International Race.

    Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), jalan yang terlibat ialah Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Kayangan, Persiaran Hishamuddin, Persiaran Sukan, Persiaran Raja Muda, Persiaran Dato’ Menteri, Persiaran Bestari, Persiaran Serai Wangi, Jalan Kristal 7/64 dan Jalan Pegaga U12/9. Di mana jalan berkenaan akan ditutup secara berperingkat mulai jam 6 pagi hingga 12 tengahari.

    Manakala Jalan Indah di Seksyen 14 pula akan ditutup sepenuhnya dari tengahmalam Sabtu hingga 6 pagi pada Ahad.

    Jadi cara terbaik ialah mengelak dari mendekati lalua berkenaan, jika boleh. Ikuti arahan petugas dan papan isyarat yang diletakkan. Untuk peserta yang terlibat dalam acara ini, berhati-hati sewaktu menunggang basikal.

     
     
  • Toyota Innova Zenix 2023 di Malaysia — dari RM165k

    Toyota Innova Zenix 2023 di Malaysia — dari RM165k

    Semalam, UMW Toyota Motor telah melancarkan secara rasmi model terbaru dalam barisan penawarannya di Malaysia, MPV Innova Zenix 2023. Model ini model serba baru, dan ditawarkan dalam dua varian, 2.0V dan juga versi hibrid, 2.0HEV. Merupakan unit CBU dari Indonesia, model generasi ketiga ini bagaimanapun tidak menggantikan model Innova sedia ada di sini.

    Innova Zenix memanfaatkan platform canggih Toyota New Global Architecture (TNGA) dan tidak lagi menggunakan binaan ladder frame sebelemnya. Ini menjadikannya lebih selesa sebagai kereta penumpang, dengan ukuran dimensi yang lebih luas.

    Ia hadir dengan 4,760 mm panjang (+20 mm), 1,795 mm tinggi dan 1,850 mm lebar (+15 mm). Lebih penting adalah pertambahan 100 mm bagi jarak antara rodanya, menjadikan 2,850 mm yang memberi kesan terhadap keluasan ruang kabin dalaman.

    Bagaimanapun, ia datang dengan tanda harga yang lebih mahal: masing-masing dengan harga RM165,000 dan RM202,000, tidak termasuk insuran. Ini angka yang agak jauh lebih mahal berbanding harga model sedia adanya. Oleh sebab itu, ketika ini, model Innova generasi kedua sedia ada masih akan dijual beriringan dengan model terbaru Zenix berkenaan.

    Dalam video ini kami ringkaskan perkara yang perlu anda tahu tentang Innova Zenix 2023. Adakah perbezaan harganya anda rasa berbaloi?

    Toyota Innova Zenix 2.0L HEV 2023

    Toyota Innova Zenix 2.0L V 2023

     
     
  • Range Rover Evoque facelift 2024 – PHEV P300e 309 PS/540 Nm; bateri 14.9 kWh, jarak gerak EV 62 km

    Range Rover Evoque facelift 2024 – PHEV P300e 309 PS/540 Nm; bateri 14.9 kWh, jarak gerak EV 62 km

    Range Rover Evoque telah menerima satu lagi naiktaraf untuk model tahun 2024, susulan peningkatan yang diterima pada pertengahan 2020. Sebelum ini, ia menerima infotainmen baharu dan enjin petrol tiga-silinder, dan terbaharu, diberikan varian yang diperkemaskan dengan reka bentuk kabin yang lebih reduktif atau penelitian yang lebih ketara.

    Naiktaraf tersebut melibatkan varian S, SE, Dynamic SE, Dynamic HSE dan Autobiography,dengan penjana kuasa D165 da D200 diesel hibrid ringkas serta enjin P160, P200 dan P250 petrol hibrid ringkas serta varian tertinggi dengan P300e petrol plug-in hybrid tiga-silinder.

    Memfokuskan pada varian P300e, ia menampilkan unit 1.598 cc petrol tiga-silinder sebaris dengan belt-integrated starter-generator dan motor elektrik gandar belakang, di mana gabungan ini mampu menghamburkan keseluruhan kuasa mencecah 309 PS pada 5,500 rpm dan tork 540 Nm dari 2,000 hingga 2,500 rpm. Ia membolehkan SUV ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.4 saat dan kelajuan maksimum cecah 213 km/j.

    Range Rover Evoque facelift 2024 – PHEV P300e 309 PS/540 Nm; bateri 14.9 kWh, jarak gerak EV 62 km

    Pacuan elektriknya disalurkan dari bateri 14.9 kWh di mana JLR berkata ia mampu menawarkan sehingga 62 km bagi pemanduan elektrik sepenuhnya, atau 48 km bagi pemanduan real-world EV. P300e boleh menggunakan pengecas pantas DC untuk mengecas bateri dalam 30 minit sekiranya menggunakan pengecas pantas DC 50 kW, atau 0-100% cas penuh dalam tempoh dua jam jika menggunakan pengecas rumah 7 kW.

    Varian penjana kuasa bagi barisan Evoque 2024 yang lain menampilkan elektrifikasi hibrid ringkas, menggunakan belt-integrated starter-generator (BISG) untuk memulihkan tenaga dan disimpan di dalam storan bateri 48-voltan.

    Kesemua varian juga menampilkan sistem AWD, kecuali model asas P160 FWD petrol dan D165 FWD diesel yang merupakan varian tunggal dalam barisan Evoque 2024 yang diberikan kotak gear manual enam-kelajuan. Selebihnya, diberikan kota gear automatik sembilan-kelajuan, kecuali P160 FWD petrol dan model tertinggi P300e PHEV yang menggunakan transmisi automatik lapan-kelajuan.

    Range Rover Evoque facelift 2024 – PHEV P300e 309 PS/540 Nm; bateri 14.9 kWh, jarak gerak EV 62 km

    Ciri baharu pada bahagian kabinnya termasuklah bahagian tengah yang diberikan skrin sesentuh ‘terapung’ 11.4-inci, sama seperti yang ada pada model Velar dan Land Rover Discovery Sport, dan lebih kecil berbanding unit 13.1-inci pada Range Rover dan Range Rover Sport.

    Rekaan kabin juga diberikan lebih penelitian termasuk menampillkan kelengkapan infotainmen Pivi Pro, di mana semua fungsi utama kenderaan boleh diakses menerusi paparan skrin sesentuh. Selain itu, kawalan suhu, audio dan tempat duduk diletakkan pada sidebar baharu dengan kawalan gelangsar pelbagai-fungsi untuk setiap sisi.

    Malahan Terrain Response 2 kini juga boleh diakses menerusi sistem infotainmen Pivi Pro, berserta dengan pemilihan mod pemanduan seperti Eco, Comfort, Grass-Gravel-Snow, Mud-Ruts, Sand, Dynamic dan Automatic.

    Butang maya juga menawarkan akses kawalan untuk suhu pendingin hawa hadapan, kamera, navigasi dan tahap audio. Ketersambungan telefon pintar pula menerusi Apple Carplay dan Android Auto, kedua-duanya tanpa wayar, sementara pengecas peranti tanpa wayar diletakkan di konsol tengah.

    Ketersepaduan Amazon Alexa antara infotainmen Pivi Pro bertindak mengawal suara, sementa kamera juga boleh memberikan paparan 3D Surround View, ClearSight Ground View dan ClearSight Interior Rear View yang menambah jarak penglihatan pemandu.

    Perisian juga menerima kemaskini untuk sistem yang secara automatik akan dihantar secara terus, selain turut menampilkan Remote App yang menawarkan pengguna untuk mengakses status kenderaan serta fungsi untuk mengunci dan membuka kunci kenderaan, pra-pendingin hawa kabin dan penjadualan pengecasan bateri menerusi telefon pintar.

    Pengurusan kualiti udara dikendalikan oleh sistem Cabin Air Purification Plus yang pertama kali diberikan untuk Evoque, yang diberikan secara standard untuk varian Autobiography atau pun yang pilih Comfort Pack. Ia menampilkan penapis PM2.5 dan pengurusan karbon dioksida, mengawal tahap CO2 antara kabin untuk membantu kepekaan pemandu. Fungsi Purify boleh diaktifkan menerusi sistem infotainmen Pivi Pro, membantu mengurangkan tahap alergen dan zarah.

    Upholstery untuk Evoque 2024 diberikan fabrik campuran Kvadrat wool dengan kulit asli sama ada dengan perincian Moonlight Chrome, yang melengkapi kemasan Technical Light Anodised atau Dark Anodised Aluminium bergantung pada varian, atau Shadow Grey Ash Veneer untuk Autobiography.

    Range Rover Evoque 2024 kini boleh ditempah di United Kingdom, dan harganya bermula dari 40,080 pounds sterling (RM236,351) di UK.

     
     
  • Toyota GR86 Trueno Edition 2024 – hanya untuk pasaran AS & Kanada, kenang AE86 Sprinter Trueno

    Toyota GR86 Trueno Edition 2024 – hanya untuk pasaran AS & Kanada, kenang AE86 Sprinter Trueno

    Toyota telah pun memperkenalkan model edisi terhad untuk kereta sport GR86 yang digelar sebagai Toyota GR86 Trueno Edition. Walau bagaimanapun, model ini dihasilkan hanya untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada, dan ia diperkenalkan sekali dengan model asas GR86 dalam varian asas yang dikemaskini untuk tahun 2024 bagi kedua-dua pasaran tersebut.

    Seperti namanya, model ini adalah untuk mengenang kembali kereta sport AE86 asli dalam versi Sprinter Trueno, yang popular dalam anime dan komik Initial D, serta sinonim dengan pelumba lagenda Jepun iaitu ‘The Drift King’ Keiichi Tsuchiya.

    Apa yang menarik, nama Sprinter Trueno ini sebenarnya tidak pernah digunakan pada AE86 untuk pasaran Amerika Utara, kerana di pasaran tersebut AE86 dijual dari tahun 1984 hingga 1987 dengan nama Corolla Sport GT-S Liftback.

    Toyota GR86 Trueno Edition 2024 – hanya untuk pasaran AS & Kanada, kenang AE86 Sprinter Trueno

    GR86 Trueno Edition ini dihasilkan hanya 860 unit untuk Amerika Utara dan 50 unit daripadanya adalah untuk pasaran Kanada. Jadi ia tidak akan dihasilkan dalam versi pemanduan sebelah kanan, dan mungkin ia tidak akan muncul dalam pasaran kereta recond yang diimport dari Jepun pada masa akan datang.

    Setiap unit model edisi terhad ini akan menerima plat khas yang akan diletak pada papan pemuka bahagian pemandu yang diberikan untuk mengesahkan keasliannya.

    Model ini diasaskan dari GR86 gred Premium untuk pasaran Amerika Syarikat. Pada sebelah luar ia diberikan perincian yang diinsipirasikan dari AE86 Sprinter Trueno, terutamanya tema warna badan dua-tona dengan bonet hadapan dan juga grafik sisi badan yang berwarna hitam.

    Toyota GR86 Trueno Edition 2024 – hanya untuk pasaran AS & Kanada, kenang AE86 Sprinter Trueno

    Hanya dua warna badan ditawarkan untuk Trueno Edition ini iaitu putih Halo (sinonim dengan warna hitam-putih ‘panda’ Trueno yang digunakan oleh hero Initial D iaitu Fujiwara Takumi) dan juga merah Track bRed. Tema dua tona pada model ini turut diserlahkan dengan kemasan hitam lain yang diberikan pada bampar hadapan, pembuka pintu, cermin sisi dan juga spoiler ‘ekor itik’ di belakang.

    Ia juga diberikan rim aloi 18-inci 10-jejari dalam kemasan hitam berkilat yang diinspirasikan dari rim ‘pisang’ RS Watanabe yang juga sinonim dengan AE86 Sprinter Trueno ‘Kedai Tauhu Fujiwara’. Rupa luaran GR86 edisi istimewa ini dilengkapkan dengan emblem Trueno Edition pada bampar hadapan dan penutup but belakang.

    Model ini masih dijana oleh enjin FA24 2.4 liter boxer NA, menghasilkan kuasa 231 PS (228 hp) dan tork maksima 249 Nm yang sama seperti GR86 standard. Untuk model Trueno Edition pasaran AS, ia diberikan pilihan kotak gear automatik enam-kelajuan dan juga kotak gear enam-kelajuan manual. Namun bagi model pasaran Kanada, ke semua 50-unit tersebut hanya datang dengan kotak gear manual

    Kuasa masih hanya dialirkan ke roda belakang dengan gandar yang dilengkapi LSD jenis Torsen. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat bagi model manual dan 6.9 saat untuk versi automatik.

    Apa yang lebih istimewa, GR86 Trueno Edition ini didatangkan standard dengan Performance Package yang terdiri dari penyerap hentak ZF Sachs dan juga set brek dari Brembo – pakej ini ditawarkan sebagai ciri opsyen sekiranya pembeli memilih GR86 gred Base atau Premium di AS.

    Menurut Toyota, penyerap hentak ZF Sachs berkenaan menggunakan nitrogen dan juga minyak bertekanan tinggi dan direka bagi menyerap getaran dalam variasi kelajuan lebih luas, memaksimakan hubungan tayar dengan permukaan jalan, serta menyokong stereng yang lebih berat dan stabil, dalam masa yang sama turut memberikan keseimbangan antara tindak balas jalan raya dan juga keselesaan.

    Toyota GR86 Trueno Edition 2024 – hanya untuk pasaran AS & Kanada, kenang AE86 Sprinter Trueno

    Manakala untuk set brek Brembo pula, ia terdiri dari angkup empat omboh di hadapan dan dua omboh di belakang (kesemuanya dalam kemasan merah), digandingkan denaan cakera 12.8 x 1.3-inci di hadapan dan 12.4 x 0.79-inci di belakang. Ini membolehkan pad brek mencengkam bahagian seluas 11.6-inci pada cakera hadapan dan 4.9-inci pada cakera belakang.

    Pada bahagian kabin, model edisi terhad ini diberikan tempat duduk sport yang dibalut oleh gabungan Ultrasuede dan kulit berwarna merah. Kemasan merah turut boleh dilihat pada panel pintu serta serlahan benang jahitan pada roda stereng balutan kulit dan juga sarung tuil gear. Tombol gear pula diberikan logo Trueno pada plat petunjuk paten tukaran gear di atasnya.

    Ia juga diberikan perincian lain yang sama seperti GR86 gred Premium termasuk skrin sesentuh sistem infotainmen lapan-inci dengan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem audio premium dengan lapan-pembesar suara.

    Bagi model GR86 Trueno Edition dan juga gred lain untuk model 2024 dengan kotak gear manual kini sudah ditawarkan dengan pakej bantuan pemanduan yang menggunakan kamera stereo. Ia termasuk sistem brek kecemasan automatik, cruise control adaptif, amaran keluar lorong, bantuan lampu tinggi, amaran mula bergerak kenderaan hadapan dan juga Sway Warning.

    Toyota GR86 Trueno Edition ini akan mula dijual di Amerika Syarikat dan Kanada bermula musim sejuk akan datang. Harganya juga akan diumumkan ketika ia mula dijual nanti.

    Sedikit lagi trivia untuk AE86, kereta sport yang diasaskan dari Corolla berkenaan dijual dalam dua bentuk badan di Jepun iaitu liftback tiga-pintu dan juga coupe dua-pintu. Ia juga sebenarnya ditawarkan sebagai kembar dengan dua muka berbeza dikenali sebagai Corolla Levin (dengan lamu hadapan tetap dan gril lebih tebal) dan juga Sprinter Trueno (lampu hadapan yang boleh dilipat kedalam untuk muncung yang lebih tirus).

    Levin adalah bahasa Inggeris lama yang bermaksud ‘kilat’, manakala Trueno pula dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘guruh’ – kedua-dua kembar ini juga dijual oleh pengedar berbeza di Jepun. Untuk sejarah yang lebih mendalam berkenaan kembar ‘Kilat dan Guruh’ ini boleh anda baca pada PAUTAN INI.

     
     
  • Toyota Innova sedia ada masih dijual bersama Zenix

    Toyota Innova sedia ada masih dijual bersama Zenix

    Dengan pelancaran model generasi ketiga Toyota Innova Zenix 2.0L V dan 2.0L HEV 2023 dengan harga masing-masing yang lebih mahal iaitu RM165k dan RM202k, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa beza harganya agak jauh dari model lama.

    Yang sebetulnya, Innova Zenix tidak menggantikan Innova sedia ada dalam pasaran tempatan — Innova 2.0E, Innova 2.0G dan Innova 2.0X — walaupun masing-masing dari generasi yang berbeza. Innova Zenix 2023 generasi ketiga ini diposisikan sebagai penawaran yang lebih premium bagi Innova sebelum ini, dan kedua-dua model berkenaan akan dijual bersekali.

    Bagi UMW Toyota, ini adalah untuk memberi pilihan kepada pasaran — Innova sedia ada merupakan model CKD dengan harga yang lebih rendah, manakala Zenix merupakan model CBU Indonesia dengan harga dan kelengkapan yang lebih premium.

    Innova 2.0E ketika ini dijual pada harga RM123,880, manakala Innova 2.0G pula dijual pada harga RM133,880. Varian paling tingginya pula, Innova 2.0X dijual pada harga RM141,880. Ketiga-tiganya belum termasuk insuran. Model yang berbeza generasi ini juga membawa kelengkapan yang berbeza, sebagai justifikasi kepada harga yang diberikan untuk masing-masing.

    Sebagai contoh, Innova generasi kedua sedia ada menggunuakan binaan ladder frame yang sama seperti Hilux dan Fortuner, sementara Innova Zenix 2023 yang terbaru pula telah beralih kepada platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang lebih canggih. Ini juga merupakan kali pertama yang membolehkan Innova ditawarkan dalam versi hibrid.

    Selain itu, Innova generasi kedua sedia ada merupakan model pemasangan tempatan (CKD), manakala Innova Zenix 2023 yang terbaru pula adalah pemasangan CBU dari Indonesia. Semua faktor ini menjadikan perbezaan penawaran yang ada diantara keduanya, dengan model Zenix terbaru menjadi penawaran dan pilihan yang lebih premium untik pasaran Malaysia.

    Toyota Innova 2.0X

     
     
  • Toyota Innova Zenix 2023 kini di M’sia — hibrid, 2.0L Dynamic Force, TNGA, 186 PS/205 Nm; dari RM165k

    Toyota Innova Zenix 2023 kini di M’sia — hibrid, 2.0L Dynamic Force, TNGA, 186 PS/205 Nm; dari RM165k

    UMW Toyota (UWMT) dengan rasminya telah memperkenalkan model terbaru dalam barisan penawaran syarikat itu untuk pasaran Malaysia, model generasi ketiga yang dikenali dengan nama Innova Zenix. Diperkenalkan pertama kali di Indonesia pada November tahun lalu, MPV dengan penggayaan SUV ini hadir dalam dua versi, iaitu petrol dan juga hybrid electric vehicle (HEV), masing-masing dengan harga RM165,000 dan RM202,000, tidak termasuk insuran. Ia merupakan unit CBU dari Indonesia.

    Berbanding Innova generasi kedua sebelum ini yang dipasang di sini (Innova 2.0E, 2.0G dan 2.0X), harga berkenaan memang banyak meningkat. Ini kerana, Innova Zenix disifatkan sebagai penawaran sebuah model baru yang lebih premium bagi Innova biasa tersebut, yang masih akan tetap dijual beriringan dengan model Zenix terbaru ini.

    Innova Zenix ini mempunyai ukuran dimensi yang lebih besar berbanding model lama, dengan 4,760 mm panjang (+20 mm), 1,795 mm tinggi dan 1,850 mm lebar (+15 mm). Lebih penting adalah pertambahan 100 mm bagi jarak antara rodanya, menjadikan 2,850 mm yang memberi kesan terhadap keluasan ruang kabin dalaman. Ini boleh dicapai kerana Zenix tidak lagi menggunakan binaan ladder frame seperti model sebelumnya, sebaliknya telah beralih menggunakan platform terkini dan maju, Toyota New Global Architecture (TNGA).

    Toyota Innova Zenix 2023 kini di M’sia — hibrid, 2.0L Dynamic Force, TNGA, 186 PS/205 Nm; dari RM165k

    Penggunaan platform TNGA ini membawa banyak kelebihan kepada Innova Zenix. Antaranya, ia membolehkan versi hibrid turut diperkenalkan. Selain itu, Innova Zenix ini juga 170 kg lebih ringan berbanding model sebelumnya, sekaligus membolehkan kecekapan bahan apinya dipertingkatkan, serta kemampuan prestasi dan pecutan diperbaiki. Untuk suspensi, Zenix memanfaatkan jenis MacPherson struts di depan manakala di belakang menggunakan jenis torsion beam. Radius pusingan MPV ini ialah 5.67 meter, dan jarak kelegaan tanahnya pula adalah 185 mm.

    Innova Zenix juga hadir dengan penampilan serba baru yang lebih menarik. Lampu utama LED dengan ciri Auto High Beam (AHB) dengan rekaan tirus serta rekaan gril yang luas dengan kemasan berkilat dan juga bahagian bampar yang lebih menonjol menyerlahkan perbezaannya berbanding yang lama. Untuk rim, kedua-dua versi yang ditawarkan ini menggunakan saiz 18-inci, dengan profil tayar 255/50.

    Bahagian belakang pula lebih cenderung untuk memperlihatkan gaya SUV dengan rekaan lebih bersegi dan ringkas, dengan lampu LED yang tirus serta cermin belakang yang lebih berpetak. Ada juga pemanas haba kabus padanya, serta pengilap cermin turut diberikan sekali. Secara keseluruhan, Zenix tampil lebih bersegi dengan penggayaan yang lebih menjuruskannya sebagai sebuah SUV.

    Toyota Innova Zenix 2023 kini di M’sia — hibrid, 2.0L Dynamic Force, TNGA, 186 PS/205 Nm; dari RM165k

    Bahagian dalam Zenix diberikan lebih banyak sentuhan premium. Banyak permukaan lembut digunakan. Rekaan papan pemukanya ringkas, tetapi tampil elegan dengan skrin sentuh di tengah bersaiz 10.1-inci untuk kawalan infotainmen. Ia juga hadir dengan samungan Apple CarPlay tanpa wayar, dan sambungan Android Auto dengan wayar. Paparan panel instrumen untuk pemandu pula bersaiz tujuh-inci dengan warna penuh untuk memudahkan pemandu melihat paparan info pemanduan yang ada.

    Corong pendingin hawa berasingan ada diberikan untuk penumpang belakang. Bagaimanapun, walaupun Zenix ini dipromosikan sebagai kenderaan dengan lapan dan tujuh-tempat duduk, barisan ketiganya hanya selesa untuk memuatkan dua penumpang dewasa dalam satu masa. Jika penumpang kanak-kanak, mungkin ia boleh menjadi selesa untuk memuatkan tiga orang. Untuk keselesaan pengguna, slot USB dan dua soket 12V turut tersedia.

    Membezakan antara model V biasa dengan model hibrid adalah beberapa perkara. Pertama, tempat duduk barisan kedua: versi HEV hadir dengan kerusi kapten yang terpisah berbanding kerusi panjang biasa. Kedua, HEV mempunyai bumbung panoramik kaca yang luas yang tiada bagi versi petrol biasa. Dan ketiga, versi HEV ada pertambahan mod pemanduan — empat keseluruhannya; Normal, Power, Eco, EV — sementara versi petrol hanya ada dua: Normal dan Eco.

    Perlu dinyatakan yang kerusi kapten bagi versi hibrid Zenix, walaupun memberikan ruang lebih selesa untuk penumpang, masih perlu dilaraskan secara manual. Tidak ada butang sekali sentuh atau larasan automatik untuk mengendalikannya. Ini akan memberikan kesan kepada pergerakan keluar-masuk untuk kerusi barisan ketiga, kerana memerlukan orang lain untuk melaraskannya dari luar, untuk lebih mudah. Ini satu kekurangan yang sepatutnya boleh di atasi, tambahan pula untuk sebuah MPV dengan tanda harga seperti itu.

    Lagi kelebihan Innova Zenix susulan ia memanggunakan platform TNGA maju ini adalah unit jana kuasa yang melengkapinya. Ia menggunakan enjin termaju Toyota ketika ini, yang turut dikongsi bersama model-model lebih premium dan berprestasi yang lain: unit Dynamic Force M20A 2.0L empat-silinder 16-injap DOHC untuk kedua-duanya. Versi petrol model ini menjana sebanyak 174 PS pada 6,600 rpm dan 205 Nm antara 4,500 hingga 4,900 rpm.

    Bagi versi hibridnya pula, Zenix dilengkapi dengan sistem janaan hibrid generasi kelima dengan Permanent Magnet Synchronous Motor bergandingan bersama enjin petrolnya. Ia jika lebih cekap kuasa dengan adanya ciri D4-S (Direct & Port Injection), serta enjin kitaran Atkinson dengan kecekapan haba 41% yang paling baik dalam kelasnya ketika ini.

    Ada juga bateri 6.5 Ahr nickel-metal hydride (Ni-Mh) yang membekalkan kuasa kepada motor elektrik. Keseluruhan sistem hibrid ini memberikan janaan kuasa sebanyak 186 PS dan 206 Nm. Untuk transmisi pula, versi petrol menggunakan unit K120 Direct Shift CVT 10-kelajuan dengan Sequential Shiftmatic, yang menawarkan lebih kecekapan dan kesenyapan. Model HEV pula memanfaatkan transmisi E-CVT.

    Bagi aspek keselamatan, Innova Zenix cukup mengkagumkan. Ia merupakan model pertama yang dilengkapi dengan ciri Toyota Safety Sense 3.0 (TSS 3.0). Ia antaranya terdiri daripada lima ciri utama — sistem pra perlanggaran (PCS); kawalan melayar radar dinamik (DRCC); lampu tinggi automatik (AHB); amaran penukaran lorong (LDA); bantuan mengekalkan lorong (LTA); dan bantuan papan tanda jalan (RSA).

    TSS 3.0 ini menggunakan kamera dan juga radar yang terletak di gril depan untuk meningkatkan kecekapannya, terutama dalam keadaan cuaca buruk. Antara kelebihan dengan sistem baru ini adalah fungsi RSA dan DRCC-nya. Dengan mengesan papan tanda di jalan raya, kelajuan DRCC yang telah ditetapkan pada awalnya, misalnya 110 km/j, boleh dikurangkan kepada 90 km/j secara automatik sekiranya sistem mengesan papan tanda di kawasan yang memerlukannya mengurangkan kelajuan seperti itu.

    Dengan ciri PCS pula, ia tidak hanya akan mengaktifkan AEB ketika berdepan dengan kenderaan, basikal atau pejalan kaki, sebaliknya ia boleh juga memberi maklum balas di persimpangan untuk menghindari perlanggaran dengan aliran trafik bertentangan arah. PSC juga telah dilengkapi dengan bantuan kecemasan stereng (ESA) dan pengurangan kelajuan dalam kelajuan rendah untuk mengelakkan perlanggaran tidak sengaja. Zenix juga dilengkapi dengan sistem peninjau titik buta dan amaran lintasan trafik di belakang.

    Untuk membantu memudahkan pemandu di ruang letak kereta, peninjau pemandangan panoramik (PVM) ada tersedia, dengan paparannya boleh diubah untuk memerhatikan beberapa sudut berlainan. Selain itu, perakan video digital juga ada diberikan. Ciri keselamatan lain yang ada termasuklah enam beg udara, VSC, ABS, kawalan bantuan mula mendaki serta ISOFIX. Innova Zenix juga datang lengkap dengan sistem telematik kenderaan (VTS) sebagai standard. Sistem ini akan memudahkan pengesanan kenderaan anda sekiranya dicuri.

    Untuk jaminan, Zenix datang dengan jaminan standard lima-tahun tanpa had perbatuan, dan boleh dipindahkan kepada pemilik berikutnya selagi masih dalam tempoh jaminan. bagi versi HEV pula, ia diberikan jaminan sehingga lapan-tahun (juga tanpa had perbatuan). Ia tidak hanya melibatkan jaminan untuk bateri hibrid saja, malahan termasuk juga untuk inverter dan Power Management Control ECU.

    Toyota Innova Zenix 2.0L HEV 2023

    Toyota Innova Zenix 2.0L V 2023

     
     
  • Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dilancar di Jepun – lebih mewah, lebih luas, guna platform TNGA

    Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dilancar di Jepun – lebih mewah, lebih luas, guna platform TNGA

    Selepas beberapa imej yang bocor, kini secara rasmi kembar MPV Toyota Alphard dan Vellfire generasi baharu didedahkan di Jepun. Kedua-dua model serba baharu ini sudah pun boleh beli oleh pelanggan di Jepun mulai hari ini dengan harga bermula 5.4 juta yen (RM177,170) hingga 8.72 juta yen (RM286,096) untuk Alphard dan antara 6.55 juta yen (RM214,900) sehingga 8.92 juta yen (RM292,658) untuk Vellfire.

    Model generasi keempat ini diasaskan dari platform Toyota New Global Architecture (TNGA), atau lebih spesifik ia menggunakan platfrom TNGA dari versi GA-K. Menurut Toyota, kerangka baharu untuk Alphard dan Vellfire ini menampilkan asas lurus serta pendakap berbentuk-V pada bahagian bawahnya bagi memberikan kadar ketegaran 50% lebih kuat berbanding model sebelumnya.

    Toyota turut mengoptimakan penggunaan perekat struktur bagi mengehadkan perubahan bentuk badan serta mencapai “kendalian dan kestabilan luar biasa”. Dengan platform TNGA ini juga, Alphard dan Vellfire menampilkan konfigurasi suspensi topang McPherson pada sebelah hadapan serta double wishbone di belakang.

    Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dilancar di Jepun – lebih mewah, lebih luas, guna platform TNGA

    Untuk varian-varian tertentu, MPV ini dipadankan dengan penyerap hentak yang mampu melaras daya redaman secara mekanikal berdasarkan frekuensi dan getaran yang dipindahkan dari permukaan jalan. Manakala pada tempat duduk, Toyota memadankan set getah bushing pada bahagian yang melekat pada kerangka kusyen serta busa bermemori bagi mengurangkan getaran sehingga 30%.

    Saiz bagi kedua-dua kembar MPV ini dilihat hampir sama seperti model generasi sebelumnya – ia lebih panjang dengan ukuran 4,995 mm, tetapi lebar dan jarak roda kekal masing-masing 1,850 mm dan 3,000 mm. Manakala tinggi untuk Alphard dan Vellfire 2023 ini adalah berbeza dari 1,935 mm dan 1,945 mm bergantung pada model dan varian.

    Menurut Toyota, saiz MPV ini perlu dikekalkan sedemikian rupa dan tidak dibesarkan lagi kerana ia perlu mengikut saiz sistem parkir automatik di Jepun dengan had panjang 5,000 mm dan lebar 1,850 mm. Namun dengan susunan semula yang dibuat, pasukan pembangunan model baharu ini berjaya memberikan ruang 5mm lebih luas antara tempat duduk hadapan dan baris kedua, serta 10 mm antara tempat duduk baris kedua dengan baris ketiga.

    Toyota Alphard (atas) dan Vellfire (bawah)

    Ia dapat dilakukan dengan mengubahsuai posisi pemanduan dan juga struktur tempat duduk baris kedua, menipiskan kedua-dua belah panel kemasan suku pada tempat duduk baris ketiga dan panel kemasan pintu belakang dengan kadar sekitar 0.1 mm, dakwa Toyota.

    Dengan dimensi ini juga membuatkan Alphard dan Vellfire masih lagi nampak ‘berkotak’ seperti model generasi sebelumnya. Toyota menyatakan bahawa model serba baharu ini direka dengan konsep “berkuasa dan memberikan impak mewah” bagi “mewujudkan rasa solid pada kenderaan, seperti seekor lembu jantan yang sedang bertempur sepenuhnya”.

    Seperti sebelum ini, Alphard tampil dengan imej lebih eksklusif dan mewah, manakala Vellfire pula datang dengan gaya lebih sporty. Untuk Alpahrd, ia menerima gril bersaiz besar bersama elemen bersalut krom, diapit dengan lampu hadapan LED yang lebih tirus serta jalur lampu nyalaan siang di bawahnya yang kelihatan seperti sebahagian dari gril.

    Toyota Alphard (kiri) dan Vellfire (kanan)

    Manakala Vellfire pula diberikan gril dengan elemen bar krom tebal yang disusun tebal melintang, dan juga lampu hadapan yang nampak lebih tebal. Ia juga menampilkan bampar dengan kemasan liang udara palsu bersaiz besar pada kedua-dua sisi.

    Di belakang pula, kluster lampu untuk kedua-dua model ini nampak sama, dibezakan dengan grafik LED di dalamnya – Alphard tampil dengan grafik seakan elemen pada gril hadapan, manakala Vellfire diberikan grafik berbentuk huruf-U berkembar.

    Profil sisi untuk kedua-dua MPV ini nampak sama dengan garis di bawah tingkap dari hadapan ke belakang yang membentuk huruf-Z. Satu lagi perubahan terbesar pada model generasi baharu ini adalah ia diberikan cermin suku pada tiang-A sama seperti kembar MPV Voxy dan Noah.

    Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dilancar di Jepun – lebih mewah, lebih luas, guna platform TNGA

    Toyota menyatakan mereka mempunyai masalah bagi mengurangkan bunyi angin pada MPV berkotak ini. Namun ia berjaya dikurangkan menerusi pelbagai usaha yang dibuat seperti mengoptimakan bentuk bahagian hud enjin, cermin sisi dan tiang-A yang terdedah pada angin. Alphard dan Vellfire 2023 ini juga diberikan tayar yang lebih senyap dan juga penambahan material penebat bunyi bagi memberikan kabin yang lebih senyap.

    “Dengan mengurangkan jumlah bunyi yang dijana, dan dengan mewujudkan frekuensi gelombang bunyi yang seimbang, bahagian dalam MPV ini menjanjikan ketenangan yang menyenangkan, seperti berada di tengah-tengah hutan,” dakwa Toyota.

    Untuk bahagian dalaman, Alphard dan Vellfire berkongsi rekaan terkini yang sama. Papan pemukanya kini menampilkan rekaan lebih ringkas di mana butang-butang fizikal untuk kawalan pelbagai fungsi kini sudah diletakkan pada skrin utama sebagai suis digital.

    Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dilancar di Jepun – lebih mewah, lebih luas, guna platform TNGA

    Skrin tersebut juga kini nampaknya lebih besar dan ia diletakkan di atas liang penghembus pendingin hawa bahagian tengah. Konsol tengah juga diatur dengan lebih kemas di mana tombol gear diletak selari dengan butang lain termasuk brek parkir elektronik (dengan fungsi auto hold), mod pemanduan dan kawalan traction. Manakala untuk pemandu, roda stereng rekaan baharu diberikan bersama paparan instrumen digital.

    Perincian untuk penumpang di kabin belakang juga kini dipertingkat jauh lebih baik dari sebelum ini. Akses untuk kabin kabin belakang kini lebih mudah dengan pemadanan Universal Steps pada kedua-dua belah pintu gelangsar, yang akan diturunkan dengan jarak sekitar 220 mm dari permukaan tanah apabila pintu dibuka.

    Bukan sahaja dengan ‘tangga’ yang lebih rendah, kanak-kanak dan orang tua juga akan lebih mudah untuk masuk ke kabin belakang berkenaan dengan pemegang panjang yang diletakkan pada kedua-dua belah tiang-C. Kabin belakang Alphard dan Vellfire ini diberikan konsol atas kepala ‘super-panjang’ yang bukan sahaja menempatkan suis kawalan adan juga liang pendingin hawa, malah ia juga menampilkan elemen lampu untuk fungsi lampu suasana.

    Untuk bumbung suria di belakang pula, ia kini menampilkan pelindung cahaya berasingan untuk penumpang kiri dan kanan bagi; sekiranya penumpang kiri mahu ‘menikmati’ cahaya matahari, ia tidak akan menggangu penumpang di sebelah kanan. Pelindung matahari manual juga kini diberikan pada cermin tingkat kiri dan kanan.

    Alpphard didatangkan dalam dua varian iaitu Z dan Executive Lounge, manakala Vellfire pula ditawarkan dalam varian Z Premier dan Executive Lounge. Kesemua varian menampilkan enam-tempat duduk dengan konfigurasi 2-2-2, di mana baris kedua diberikan tempat duduk kaptern dengan fungsi ottoman kawalan kuasa.

    Bagi varian Executive Lounge, tempat duduk kapten tersebut turut diberikan meja yang boleh dilipat serta fungsi pemanas dan aliran udara. Ia juga diberikan panel kawalan yang boleh dicabut untuk mengawal pemain media, pendingin udara dan juga pelindung cahaya matahari.

    Dua unit rangkaian kuasa ditawarkan untuk Alphard iaitu versi petrol penuh dan hybrid. Bagi model petrol sepenuhnya, Alphard dijana oleh enjin 2AR-FE 2.5 liter empat silinder NA berkuasa 182 PS (180 hp) pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 235 Nm pada takat 4,100 rpm.

    Ia digandingkan dengan kotak gear Super CVT-i dan seperti biasa, model pasaran domestik Jepun (JDM) ini ditawarkan sama ada dalam versi pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda.

    Manakala untuk Alphard Hybrid, ia menggandingkan enjin Dynamic Force A25A-FXS 2.5 liter empat silinder NA berkuasa 190 PS (188 hp atau 140 kW) pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 236 Nm bermula 4,300 hingga 4,500 rpm, bersama sistem hibrid siri-selari.

    Sistem hibrid tersebut terdiri dari motor elektrik 5NM berkuasa 182 PS (180 hp)/270, membolehkan ia menghasilkan kuasa keseluruhan 250 PS (247 hp atau 184 kW). Ia digandingkan dengan kotak gear CVT elektronik (E-CVT), juga dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda.

    Untuk model hybrid dengan sistem pacuan semua roda, ia tidak diberikan sistem AWD konvensional, sebaliknya menggunakan sistem E-Four, di mana gandar belakang digerakkan dengan satu lagi motor elektrik, secara spesifiknya motor 4NM berkuasa 54 PS (54 hp atau 40 kW) dan tork 121 Nm. Kesemua motor hibrid berkenaan menerima kuasa dari bateri nikel logam hidrasi (NiMH) 5 Ah.

    Untuk Vellfire pula, ia turut ditawarkan dalam versi hibrid dengan sistem yang sama, tetapi ia dipadankan dengan enjin T24A-FTS 2.4 liter turbo (enjin yang sama pada Lexus LM 500h) yang menghasilkan kuasa 279 PS (275 hp atau 205 kW) dan tork maksima 430.

    Ia juga menerima kotak gear lebih sporty iaitu transmisi automatik lapan kelajuan Direct Shift-8AT, juga dengan pilihan pacuan roda hadapan atau semua roda. Sifat sporty pada Vellfire ini turut dipertingkat dengan pemadanan set pendakap khas Front Performance Brace, yang menghubungkan penyokong radiator kepada kerangka sisi, bagi memberikan ketegaran badan lebih tinggi dan memberikan respon lebih baik walaupun ia sedang dipecut dari kedudukan pegun.

    Untuk sistem bantuan pemanduan pula, Alphard dan Vellfire 2023 ini diberikan sistem Toyota Safety Sense yang menampilkan sistem brek kecemasan automatik dan lain-lain. Ia juga diberikan sistem Proactive Driving Assist yang mampu meramalkan input pemandu, sistem Intra-Lane Steering Assist yang melaras semula kadar balikan semula stereng bagi memberikan pemanduan lebih lancar serta sistem Deceleration Assist when Turning at Intersections yang menawarkan bantuan untuk memperlahankan kereta bagi membolehkan pemandu membelok ke kiri atau ke kanan dengan lebih mudah.

    Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dilancar di Jepun – lebih mewah, lebih luas, guna platform TNGA

    Ia juga hadir dengan sistem yang digelar Toyota Teammate, yang memberikan fungsi termasuk Advanced Park bagi membolehkan pemandu memarkir kenderaan atau keluar dari petak parkir dengan berada di luar kenderaan menggunakan aplikasi telefon pintar.

    Alphard dan Vellfire ini juga diberikan sistem Advance Drive (cruise control adaptif dengan fungsi kelajuan rendah) bagi memberikan bantuan sokongan ketika kesesakan trafik serta mengurangkan kelesuan pemandu.

    Toyota menjangkakan Alphard dan Vellfire ini akan dijual sebanyak 8,500 unit setiap bulan di Jepun, dengan 70% daripadanya adalah Alphard serta 30% selebihnya adalah Vellfire. Kedua-dua model ini juga merupakan MPV mewah yang popular di Malaysia, kebanyakkannya adalah unit yang dibawa masuk oleh pengusaha kereta recond, dan ia turut pernah ditawarkan secara rasmi oleh UMW Toyota.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.10
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.85 (-0.05)
EURO 5 B7 RM3.05 (-0.05)
Last Updated Aug 21, 2025