Hyundai Kona bakal mendarat di Australia dengan enjin 2.0 liter NA dan 1.6 turbo, harga bermula RM80k

Hyundai Kona bakal mendarat di Australia dengan enjin 2.0 liter NA dan 1.6 turbo, harga bermula RM80k

Ayam tambatan Hyundai untuk pasaran SUV segmen-B, Hyundai Kona bakal tiba ke pasaran Australia tidak lama lagi. Bersaing dalam kelas yang sangat kompetitif ketika ini, Kona bakal dijual dengan harga bermula AUD$24,500 (RM80,564) atau 10% lebih murah dari model asas Toyota C-HR, dan lebih kurang sama harga dengan Mazda CX-3 pada pasaran berkenaan.

Tiga tahap spesifikasi bakal ditawarkan di Australia iaitu Active, Elite dan Highlander. Namun, walaupun pembeli memilih varian asas Active, mereka turut boleh mengenakan opsyen pakej Safety Pack yang terdiri dari sistem amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang serta brek kecemasan automatik. Untuk varian lebih tinggi Elite dan Highlander, pakej keselamatan tersebut dipadankan secara standard.

Dua jenis enjin bakal menjana Kona di Australia iaitu dari versi 2.0 liter NA empat silinder MPI berkuasa 150 hp/180 Nm dipadankan bersama transmisi enam-kelajuan automatik memacu roda hadapan, dan juga enjin 1.6 liter turbo empat silinder menjana 178 hp/265 Nm digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan bersama sistem pacuan semua roda.

Hyundai Kona bakal mendarat di Australia dengan enjin 2.0 liter NA dan 1.6 turbo, harga bermula RM80k

Kedua-dua unit janakuasa berkenaan diberikan tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Eco dan Sport – kesemuanya akan melaras talaan pendikit, tukaran gear dan juga stereng berdasarkan mod yang dipilih. Kesemua varian juga akan menerima skrin sesentuh bagi sistem infotaimen bersaiz tujuh-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto serta pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi.

Sistem Hyundai Autolink yang boleh menghantar data kenderaan ke telefon pintar turut dipadankan pada Kona, manakala varian lebih tinggi turut dilengkapi dengan paparan Head-up dan juga lampu hadapan LED.

Hyundai Kona telah diperkenalkan pada pada peringkat global pada Jun lalu. Ia bukan sahaja bakal berhadapan dengan C-HR dan CX-3, malah pada berberapa pasaran, ia turut perlu bersaing dengan Honda HR-V, Mitsubishi ASX dan juga Nissan Qashqai. SUV segmen-B kini turut sedang berkembang di Malaysia berdasarkan prestasi jualan Honda HR-V yang sangat menggalakkan. Jadi, adakah Kona turut akan di bawa oleh Hyundai-Sime Darby Motors ke sini?

GALERI: Hyundai Kona

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required