Mitsubishi Mirage generasi baharu bakal berkongsi platform dengan Renault Clio dan Nissan March

Mitsubishi Mirage generasi baharu bakal berkongsi platform dengan Renault Clio dan Nissan March

Mitsubishi nekad untuk menjadi pengeluar SUV yang dedikasi setelah menamatkan riwayat sedan segmen-C Lancer, dan Eclipse juga sekarang dijelmakan menjadi crossover digelar Eclipse Cross. Namun dengan permintaan global terhadap kereta kecil segmen-B yang masih lagi tinggi, jenama berkenaan menegaskan mereka akan meneruskan legasi hatchback Mirage, lapor Auto Express.

Naib presiden korporat dan perancang produk Mitsubishi Vincent Cobee berkata kepada portal dari UK tersebut pada Tokyo Motor Show baru-baru ini, pelancaran barisan SUV seperti Outlander sememangnya menjadi keutamaan, namun permintaan sehingga 30% terhadap kereta segmen-B pada peringkat global bermaksud ini sesuatu yang perlu dilihat semula.

Cobee yang berpindah dari Nissan ke Mitsubishi setelah Pakatan Renault-Nissan mengambil alih jenama Jepun berkenaan dengan menguasai 34% pegangan saham tahun lalu turut menegaskan, untuk menghasilkan model sedemikian bukannya sesuatu yang mudah.

“Untuk merekabentuk dan menghasilkan sebuah platform khas adalah mahal, dan margin dalam sektor kereta kecil lebih kecil. Jadi adakah kami akan menggunakan platform Renault dan Nissan dalam segmen ini? Jawapannya ya,” jelas Cobee.

Renault Clio dan Nissan March

Untuk pasaran kereta segmen-B, buat masa ini Renault mempertaruhkan model Clio manakala Nissan pula dengan model Micra (atau dikenali sebagai March di Asia) – kedua-duanya berkongsi platform yang sama. Renault Clio generasi seterusnya dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan dan Mirage generasi baharu akan dilahirkan dari platform tersebut bersama enjin petrol turbo tiga-silinder Pakatan Perancis-Jepun berkenaan.

Sebelum ini boss Mitsubishi UK Lance Bradley mengesahkan Mirage generasi baharu kelak turut akan ditawarkan dalam versi janakuasa elektrik sepenuhnya.

Mirage generasi sedia ada direka dengan imej sangat feminin menenggelam imej sporty terutamanya pada model-model berprestasi tinggi seperti Colt Mirage Turbo pada era 80’an dan juga Mirage Cyborg R (platform yang sama dengan Proton Satria) dan Mirage Cyber pada era 90’an dan Y2K. Adakah dengan kembalinya Mirage dengan enjin petrol turbo dan juga dengan muka agresif ‘Dynamic Shield’ Mitsubishi (seperti pada Outlander dan Xpander) akan membawa semula ‘semangat’ yang hilang dahulu?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required