Hyundai Veloster 2019 – bahagian dalam pula ditunjuk

Hyundai Veloster 2019 – bahagian dalam pula ditunjuk

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Hyundai Veloster generasi kedua membuat kemunculan pertama. Melalui gambar spyshot sebelum ini, rupa luarannya sudah boleh diketahui, tetapi bahagian dalam masih belum ditunjukkan.

Untuk itu, Hyundai telah mengeluarkan imej lakaran bahagian dalam kenderaan ini, dan nampaknya ia lebih minimalis berbanding satu lagi hatchback prestasi Hyundai iaitu i30 N. Lukisan ini juga menunjukkan papan pemuka Veloster 2019 lebih moden dan bergaya, dengan terdapat skrin ‘terapung’ di tengahnya dan tidak banyak butang di bawah.

Turut boleh dilihat adalah penarik brek kecemasan manual masih dikekalkan, dan ia mendapat roda stereng baru tiga cabang yang hampir menyamai unit pada Ioniq. Turut ditunjuk adalah bahagian kabinnya lebih fokus kepada pemandu, dengan terdapat pembahagi di antara penumpang hadapan. Sebahagian besar papan pemuka serta panel pintu turut menggunakan warna merah yang terang.

Hyundai Veloster 2019 – bahagian dalam pula ditunjuk

Untuk bahagian luar, Veloster baru ini boleh disahkan mempunyai konfigurasi unik pintu belakang di satu belah sahaja seperti model sebelum ini. Terdapat juga gril heksagonal besar di bahagian depan dan lampunya nampak lebih kecil dan tajam berbanding sebelum ini. Di bahagian hujung bampar pula terdapat penghadang angin.

Daripada rupa yang boleh dilihat, Veloster ini jelas menggambarkan prestasi dan ia dijangka menggunakan kuasa daripada enjin yang sama dengan Elantra GT. Asasnya adalah unit 2.0 liter NA berkemampuan 161 hp yang dipadankan dengan sama ada kotak gear automatik enam kelajuan atau manual enam kelajuan. Turut dijangka adalah kuasa dari enjin 1.6 turbo yang berkemampuan 201 hp dengan kotak gear manual enam kelajuan atau klac berkembar tujuh kelajuan.


GALERI: Spyshot Hyundai Veloster 2019

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required