Spoon sedang bina Honda Civic Type R talaan khas

Spoon sedang bina Honda Civic Type R talaan khas

Seperti biasa, selepas mana-mana model berprestasi tinggi dilancarkan oleh Honda, peminat-peminat jenama ini tentunya tertunggu-tunggu versi lebih pantas yang dihasilkan antara penala terunggulnya dari Jepun iaitu Spoon. Menurut laman rasmi Type One (salah satu divisi Spoon yang memfokuskan talaan sah untuk kegunaan jalan raya), mereka kini sedang membangunkan peralatan dan talaan prestasi untuk Type r terbaharu Honda iaitu Civic FK8 Type R.

Sama seperti jentera-jentera Spoon sebelumnya, pembangunan FK8 ini turut diselia dan diuji pengasasnya sendiri – Ichishima Tatsuru. Dalam ujian musim sejuk ini, Spoon menguji sistem suspensi Type R berkenaan dan menemui geometri asalnya sangat ideal dan talaan baharu yang akan diberikan nanti tidak memerlukan sudut camber yang agresif.

Berita baik, dalam ujian ini, Spoon bukan sahaja membina peralatan prestasi untuk Type R, malah turut membangunkan produk untuk Civic Hatchback standard FK7 yang dijana enjin 1.5 liter VTEC Turbo. Model tersebut mempunyai banyak persamaan dengan model sedan empat pintu pasaran Malaysia, berkemungkinan ada peralatan boleh dipadankan terus pada Civic FC kelak.

Menurut Spoon lagi, proses penghasilan produk-produk mereka masih lagi sama sejak ditubuhkan pada era 80’an ketika membina Civic SB3, EG6, EK9 dan sebagainya – iaitu dihasilkan di garaj dan kemudian diuji di litar.

Berbeza dengan model-model talaan Spoon sebelum ini, FK8 tidak dijana enjin DOHC VTEC dengan jeritan rpm tinggi, sebaliknya diberikan suapan pengecas turbo dari enjin K20C1 berkuasa 320 PS/400 Nm. Namun ini bukan masalah bagi Spoon kerana Spoon USA kini bertanding dipelbagai perlumbaan time attack dengan menggunakan Type R FD2 yang dijana enjin asal K20A yang turut digabungkan dengan pengecas turbo.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required