Toyota Auris (Corolla) hatchback baru – gambar bocor

Toyota Auris (Corolla) <em>hatchback</em> baru – gambar bocor

Semasa Geneva Motor Show nanti, Toyota akan memperkenalkan model generasi baru Toyota Auris, ataupun juga dikenali sebagai Corolla di beberapa pasaran. Setakat ini, hanya satu gambar bahagian sisi yang gelap disiarkan oleh Toyota, tetapi kini telah tersebar pula gambar bahagian hadapan kenderaan itu.

Jika benarlah gambar ini memang gambar rasmi, model terbaru ini nampak cukup menarik dengan rekaan moden Toyota. Lampu serta gril yang nipis digunakan, bersama gril bawah yang besar. Ia juga adalah satu evolusi bagi rekaan hadapan Auris sekarang dan Corolla Altis facelift di negara kita, tapi dengan ‘mulut’ yang lebih besar.

Bahagian ini juga mengingatkan kami kepada Camry Hybrid, dengan lampu kabus yang diletakkan betul-betul di hujung bahagian itu. Rekaan lampu yang seperti mempunyai sayap di bahagian tepi itu pula membuatkan kami teringat kepada Toyota Mark X yang dijual di Jepun.

Toyota Auris (Corolla) <em>hatchback</em> baru – gambar bocor

Pergi ke bahagian tepi, cukup jelas Auris baru ini menggunakan garisan badan yang lebih beralun berbanding sebelum ini. Garisan bahunya tidak ditarik terus ke lampu belakang, tetapi naik ke atas, ke bahagian hujung cermin pintu belakang. Ia kemudiannya menggunakan rim dua tona warna.

Platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang digunakan pada model-model seperti C-HR, Prius dan Camry akan digunakan untuk model Corolla ini juga. Toyota menjelaskan, Corolla/Auris baru ini nanti akan menampilkan enjin 2.0 liter dengan Toyota Hybrid System, yang menjadi sebahagian daripada teknologi baru yang dibangunkan untuk TNGA.

GALERI: Spyshot Toyota Corolla hatchback generasi ke-12

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required