Bangkok 2018: Toyota Yaris Ativ – Vios generasi baharu dengan enjin 1.2L, hanya untuk pasaran Thai

Bangkok 2018: Toyota Yaris Ativ – Vios generasi baharu dengan enjin 1.2L, hanya untuk pasaran Thai

Ketika menghadiri Singapore Motor Show pada awal tahun lalu, saya telah pun melihat sendiri Toyota Vios generasi terkini yang sememangnya sudah dilancarkan di republik berkenaan. Hari ini, rakan kami dari divisi bahasa inggeris, Danny Tan yang berada di Thailand untuk menghadiri Bangkok International Motor Show (BIMS) 2018 mengirimkan galeri Toyota Yaris Ativ, iaitu kembar Vios yang dipadankan dengan enjin 1.2 liter NA.

Yaris Ativ ini merupakan model khas untuk pasaran Thailand – dihasilkan mengikut undang-undang Kereta Eko Thai yang diwujudkan. Undang-undang tersebut menetapkan syarat kapasiti enjin maksima untuk kelas berkenaan pada maksimum 1,200 cc membuatkan Toyota menyumbat enjin 3NR-FE berkuasa 86 PS/108 Nm pada badan Vios bagi melahirkan Yaris Ativ ini. Enjin berkenaan kemudiannya dipadankan dengan kotak gear CVT automatik.

Versi sedan Yaris hatchback ini direka dengan dimensi 4,425 mm panjang, 1,730 mm lebar dan 1,475 mm tinggi, atau 15 mm lebih panjang dam 30 mm lebih lebar dari Toyota Vios generasi sedia ada yang masih dijual di Malaysia. Walau bagaimanapun, dengan ketinggian dan juga jarak roda (2,550 mm) yang masih lagi sama dengan Vios lama, ia tetap diletakkan sebagai sebuah sedan segmen-B.

Bangkok 2018: Toyota Yaris Ativ – Vios generasi baharu dengan enjin 1.2L, hanya untuk pasaran Thai

Yaris Ativ ditawarkan dengan lima varian berbeza iaitu J Eco, J, E, G dan S. Varian paling rendah iaitu J Eco dan J hanya akan diberikan rim besi 14-inci, manakala varian lain yang lebih tinggi diberikan rim aloi 15-inci. Dua varian tertinggi iaitu G dan S pula dibekalkan dengan lampu halogen projektor.

Untuk Bangkok Motor Show kali ini, dua varian di bawa untuk dipamerkan iaitu E (berwarna perak) dan model tertinggi S (berwarna biru). Ativ E tampil dengan warna dalaman beige, dijual pada harga 559,000 baht (RM69,583), manakala untuk Ativ S pula diberikan dalaman berwarna hitam penuh/corak berwarna merah pada tempat duduk, dijual pada harga 635,000 baht (RM79,039).

Bangkok 2018: Toyota Yaris Ativ – Vios generasi baharu dengan enjin 1.2L, hanya untuk pasaran Thai

Selain itu, model paling mahal berkenaan turut diberikan skrin utama tujuh-inci, penghawa dingin automatik, paparan pelbagai info 4.2 inci, paparan instrumen Optitron, enam pembesar suara, dan juga sistem kunci pintar bersama butang penghidup enjin. Untuk keselamatan, kesemua varian Yaris Ativ menerima tujuh beg-udara dan VSC sebagai ciri standard.

Kita di Malaysia tentunya tidak akan menerima model ini, sebaliknya model Vios sedia ada akan digantikan dengan Vios generasi baharu seperti yang diterima pada pasaran Singapura. Model tersebut dijana enjin 2NR-FE 1.5 liter Dual VVT-i berkuasa 105 hp/140 Nm, digandingkan dengan kotak gear CVT – sama dengan Vios generasi sedia ada yang dipertingkatkan untuk versi 2016.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required