GST-Sifar: Honda Malaysia umum harga lebih rendah untuk semua model – Civic Type R jimat RM18k

GST-Sifar: Honda Malaysia umum harga lebih rendah untuk semua model – Civic Type R jimat RM18k

Honda Malaysia telah mengumumkan harga-harga setiap modelnya bermula 1 Jun ini, di mana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikadarkan 0%, manakala Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) masih lagi belum berkuatkuasa, dijangka akan diimplementasi semula dua, tiga bulan dari sekarang.

Sebelum ini, Honda hanya menyerap GST 6% tersebut untuk empat model terpilih iaitu City (bukan hibrid), Civic, CR-V dan HR-V, dan ini merupakan program Bonus GST yang dijalankan oleh Honda Malaysia sehingga 31 Mei 2018.

Manakala untuk harga atas jalan tidak termasuk insuran baharu ini adalah untuk semua model mereka, berkuatkuasa 1 Jun ini sehingga SST diperkenalkan semula.

GST-Sifar: Honda Malaysia umum harga lebih rendah untuk semua model – Civic Type R jimat RM18k

Klik untuk besarkan

Menerusi jadual harga diatas, pelanggan bakal menikmati penjimatan terendah bernilai RM4,088 jika membeli Honda Jazz 1.5 S, dan penjimatan terbesar RM18,072 jika membeli Honda Civic Type R yang diimport dari UK. Dijangka Honda Malaysia bakal hadir dengan tawaran yang lebih menarik menerusi kempen promosi “Welcome Festive Rewards” kelak menggantikan promosi “Welcome Ramadan Rewards” yang akan berakhir 31 Mei ini.

Namun jika anda kira sendiri kadar penurunan harga menerusi jadual diatas, ia tidak lah tepat 6%. Ini kerana GST hanya ditolak pada harga jualan kereta, tidak termasuk kos-kos seperti pemeriksaan Puspakom bagi model CBU, yuran pendaftaran, dan lain-lain.

Selain dari jualan kereta, kadar GST 0% turut akan diberikan pada pembelian alat ganti serta servis berkala, termasuk kos buruh dan aksesori asli, bermula 1 Jun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required