Mazda CX-8 terima penarafan 5-bintang oleh ANCAP

Mazda CX-8 baru sahaja memasuki pasaran Australia awal bulan ini, dan kini ia telah menerima penarafan lima-bintang oleh Australasian New Car Assessment Programme (ANCAP). Untuk pasaran Australia, SUV tiga-barisan tempat duduk ini ditawarkan dengan tiga varian, dengan harga bermula AUD42,490 (RM127,186).

CX-8 antara yang pertama (selain Volvo XC40) yang diuji dengan protokol penilian terkini 2018 dan yang paling ketat oleh ANCAP, dengan beberapa ujian yang lebih kurang sama dengan Eropah termasuk bagi sistem keselamatan aktif dan skop ujian yang lebih besar (ujian whiplash bagi penumpang belakang, ujian hadapan yang lebih lengkap, ujian sisi serong dan ujian impak sisi dan pejalan kaki).

Merujuk laporan ANCAP, SUV Mazda ini menerima markah 96% bagi kategori Perlindungan Penumpang Dewasa dengan ruang yang stabil bagi ujian offset hadapan. Dalam ujian lain, CX-8 menerima penarafan “Mencukupi” dan “Bagus” bagi pelindungan penumpang. Untuk kategori Perlindungan Penumpang Kanak-kanak, CX-8 berjaya memperoleh 87%.

Untuk pasaran Australia, CX-8 didatangkan dengan sistem keselamatan standard termasuk brek kecemasan sendiri (AEB), paparan titik buta, amaran ketibaan lorong, bantuan kekal lorong dan peringatan tali pinggang keledar untuk semua barisan tempat duduk. ANCAP berkata sistem tersebut juga berkesan dalam senario kelajuan di lebuh raya dan persekitaran bandar, tetapi agak kurang dbagi fungsi pengesan penunggang basikal.

“Rintangan telah dipertingkatkan secara lebih signifikan bagi kenderaan yang diuji dari tahun 2018. Ia bagi melihat adakah kenderaan itu termasuk Mazda dan Volvo dalam menepati piawaian, dengan pencapaian model CX-8 dan XC40 menjadi yang pertama (diuji) dan mencapai lima bintang telah meningkatkan standard ujian kami,” ujar ketua eksekutif ANCAP, James Goodwin.

Laporan sebelum ini mengesahkan CX-8 akan diperkenalkan di Malaysia, walau pun belum dipastikan adakah varian diesel (seperti di Australia) akan ditawarkan. Harganya pasti akan lebih kurang sedikit berbanding CX-9 yang lebih besar walau pun berkongsi jarak roda yang sama.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required