Hyundai i30 Fastback N sah diperkenalkan tahun 2019

Hyundai i30 Fastback N sah diperkenalkan tahun 2019

Selepas imej spyshot muncul, Hyundai telah mengesahkan ia sedang membangunkan i30 Fastback N, yang merupakan model ketiga dalam barisan N prestasi tinggi selepas i30 N dan Veloster N. i30 N ini diperkenalkan pada hujung tahun ini.

Imej rasmi bagi i30 Fastback N ini adalah dalam peringkat terakhir peringkat akhir pembangunan, menjalani ujian prestasi dan ketahanan di pusat teknikal Nurburgring Hyundai, trek yang terkenal, dan jalan awam di sekeliling.

Diperkenalkan setahun lalu, i30 Fastback merupakan kereta unik dan hanya lima-pintu coupe dalam segmennya, menurut Hyundai. Berbanding i30 hatchback, Fastback adalah 115 mm lebih panjang dan 30 mm lebih rendah, termasuk 25 mm dari garisan bumbungnya dan selebihnya dari suspensi, dengan 15% lebih keras.

i30 Fastback N baharu ini telah diberikan rekaan yang lebih sofistikataed berbanding model asalnya dan ia hasil kombinasi karakter BPM bagi model sekutunya i30 N lima-pintu,” ujar pengeluar kereta Korea ini.

Dijangka bakal menggunakan enjin yang sama seperti i30 N, yang dijanakan oleh 2.0 liter Theta T-GDI dengan kuasa 275 PS dan tork 353 Nm. Dipadankan bersama kotak gear manual enam-kelajuan, hot hatch ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 6.4 saat dan kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.

GALERI: Hyundai i30 Fastback

GALERI: Hyundai i30 N

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Asyraf on Jul 30, 2018 at 8:59 am

    kot2 la kalau kan.., masuk pasaran malaysia, dah boleh la buat ganti wira se…huhh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required