VIDEO: Lynk & Co 03 WTCR Cyan Racing lengkapkan ujian awalan di Mantorp, Sweden dan Estoril, Portugal

Oktober lalu, juara FIA World Touring Car Championship (WTCC) 2017 iaitu pasukan Cyan Racing telah mengumumkan untuk kembali ke perlumbaan yang telah dijenamakan semula (dengan menggunakan undang-undang TCR) sebagai FIA World Touring Car Cup (WTCR). Tetapi mereka tidak lagi akan menggunakan asas dari Volvo, sebaliknya satu lagi jenama di bawah payung Zhejiang Geely iaitu Lynk & Co.

Model yang dipilih dari divisi mewah tersebut adalah sedan 03, dan ia dibina berdasarkan spesifikasi TCR yang telah ditetapkan oleh FIA. Oleh itu, kereta yang dihasilkan oleh Geely Group Motorsport ini di jana oleh enjin 2.0 liter empat-silinder turbo yang mampu menghasilkan kuasa 350 hp dan tork maksima 420 Nm. Badan kereta ini juga dilengkapi dengan rollcage spesifikasi FIA, manakala berat keseluruhan jentera ini pula adalah 1,260 kg.

Cyan Racing telah melengkapkan ujian-ujian awalan jentera ini di Sweden dan Portugal, bersama video pertama yang telah disiarkan ini. Selepas ini pasukan tersebut akan menjalankan ujian musim sejuk di Sepanyol pula.

VIDEO: Lynk & Co 03 WTCR Cyan Racing lengkapkan ujian awalan di Mantorp, Sweden dan Estoril, Portugal

Untuk musim WTCR 2019, Cyan Racing masih menggunakan khidmat pemandu Sweden dan juga juara WTCC 2017 dengan memandu Volvo S60 iaitu Thed Björk. Malah pasukan berkenaan turut telah mengesahkan Björk akan dibantu juara dunia empat-kali Yvan Muller dari Perancis, dan juga juara dunia tiga-kali Andy Priaulx dari Britain sebagai rakan sepasukan.

“Ujian pertama ini memberikan keyakinan dan kereta tersebut menunjukkan banyak potensi pada peringkat awal pembangunan. Tiada rehat kerana WTCR musim 2019 nampak seperti salah satu musim yang paling mencabar dalam berberapa tahun dan kami mempunyai jadual yang ketat sehingga permulaan musim di Maghribi,” kata Thed Björk.

Andy Priaulx (kiri) dan Yvan Muller (kanan)

FIA WTCR 2019 akan bemula di Maghribi April 2019, kemudian bergerak ke Hungary, Slovakia, Belanda, Jerman, Portugal, China, Jepun, dan Macau pada bulan November. Apa yang menarik, pusingan terakhir WTCR musim ini akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia dengan satu dari tiga perlumabaan pusingan berkenaan akan dijalankan pada waktu malam. Walau bagaimanapun pusingan terakhir tersebut masih lagi belum ditetapkan tarikhnya.

Selain dari jentera lumba sebenar ini, Cyan Racing turut telah mengumumkan akan membina Lynk & Co 03 TCR ini untuk versi jalan raya biasa, dengan bekalan kuasa buas 500 hp.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required