Bangkok 2019: Suzuki Jimny masuk pasaran Thai, harga bermula RM199k hingga RM212k, CBU Jepun

Bangkok 2019: Suzuki Jimny masuk pasaran Thai, harga bermula RM199k hingga RM212k, CBU Jepun

SUV kompak Jimny generasi baharu merupakan produk ‘panas’ dari Suzuki, dan kami sendiri terkejut apabila ia memenuhi banyak ruang pameran Tokyo Auto Salon (TAS) 2019 pada Januari lalu. Untung la orang Thailand, kerana model ini telah dilancarkan secara rasmi pada pasaran negara berkenaan minggu lepas ketika berlangsungnya Bangkok International Motor Show (BIMS) 2019.

Namun Jimny tidak dijual dengan harga rendah di Thailand. Ia ditawarkan dalam varian Sierra 1.5 liter, diimport sepenuhnya dari Jepun dengan versi manual lima kelajuan dijual pada harga bermula 1.55 juta baht (RM199k) dan versi automatik empat-kelajuan pula berharga 1.65 juta baht (RM212k).

Suzuki Jimny Sierra adalah versi dengan enjin lebih besar berbanding model JDM yang dikelaskan dalam kategori K-Car dengan enjin tiga-silinder 660 cc turbo. Enjin 1.5 liter NA pada model ini berupaya menjana 102 hp/130, dan ia turut hadir dengan bampar lebih agresif serta over fender yang lebih lebar.

Bangkok 2019: Suzuki Jimny masuk pasaran Thai, harga bermula RM199k hingga RM212k, CBU Jepun

SUV ini bukan sahaja menampilkan masih mengekalkan rupa retro, malah ia masih lagi sebuah jentera off-road sebenar. Suzuki Jimny tidak dibekalkan dengan sistem AWD moden, sebaliknya ia dilengkapkan denga sistem 4WD dengan gear 2H, 4H dan nisbah rendah 4L membolehkan ia mengharungi permukaan yang leboh lasak.

Walau bagaimanapun, kelengkapan moden untuk keselesaan seperti lampu LED automatik bersama pembersih, roda stereng balutan kulit dengan butang audio dan telefon, cruise control, penghawa dingin automatik dan juga skrin sesentuh tujuh-inci hubungan Bluetooth bersama sistem navigasi serta sokongan Apple CarPlay/Android Auto/Mirror Link.

Tiada balutan kulit mahupun larasan elektrik pada tempat duduk, tetapi bahagian belakang masih boleh dilipat dengan nisbah 50:50 bagi memberikan lebih ruang kargo. Jimny Sierra pasaran Thailand ini diberikan rim 15-inci dengan tayar AT 195/80R15, manakala ciri keselamatan yang terdiri dari ESP, bantuan mendaki dan kawalan menurun bukit serta dua beg udara hadir sebagai ciri standard.

Bangkok 2019: Suzuki Jimny masuk pasaran Thai, harga bermula RM199k hingga RM212k, CBU Jepun

Tujuh warna ditawarkan, termasuk tiga pilihan dengan bumbung berwarna hitam. Model berwarna biru dipamerkan kali ini adalah versi yang menerima aksesori-aksesori tambahan yang termasuk panel pelindung bawah berwarna perak, rak bumbung, mud flap berwarna merah, serta gril menyerupai Toyota Land Cruiser BJ40 yang tampil pada model konsep Jimny Sierra Pick-Up di TAS 2019.

Model-model CBU Jepun ini bakal digantikan dengan unit-unit dari Indonesia setelah produksinya bermula kelak, dan ia mungkin akan dijual lebih murah selepas itu. Kalaulah Suzuki Malaysia masih ada, agaknya Jimny ni boleh jadi hangat macam pasaran luar juga ke di sini?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required