Mitsubishi Mirage facelift 2020 kini di Australia – harga bermula RM44k, standard dengan AEB & 6-beg udara

Mitsubishi Mirage facelift 2020 kini di Australia – harga bermula RM44k, standard dengan AEB & 6-beg udara

Selepas diperkenalkan di Thailand tahun lalu, kini Mitsubishi Mirage yang diberikan facelift kali kedua selepas sembilan tahun dalam pasaran sudah pun mendarat di pasaran Australia. Di negara kanggaru ini, Mirage 2020 hadir dengan kelengkapan keselamatan yang lebih baik bagi memastikan ia kekal relevan.

Tiada sebarang perubahan rupa diberikan untuk pasaran ini di mana ia menampilkan muka yang menerima elemen rekaan signatur Dynamic Shield terbaharu Mitsubishi yang lebih agresif. Namun tidak seperti muka Dynamic Shield yang tajam dan nipis seperti MPV/SUV Mitsubishi Xpander atau SUV segmen-B Eclipse Cross, Mirage tampil dengan lampu hadapan lebih tebal seperti sedan Grand Lancer pasaran China dan Taiwan.

Di belakang, kluster lampu belakang Mirage masih lagi sama dan ia turut hadir dengan spoiler bumbung yang lebih besar serta bampar belakang lebih agresif bersama reflektor menegak dan juga sirip seakan diffuser di bahagian bawah.

Mitsubishi Mirage facelift 2020 kini di Australia – harga bermula RM44k, standard dengan AEB & 6-beg udara

Model tertinggi pasaran Australia iaitu Mirage LS hadir standard dengan lampu hadapan dan lampu nyalaan siang LED, lampu kabus, grafik LED baharu pada lampu belakang serta rim aloi dua tona 15-inci (model asas ES hanya diberikan rim besi 14-inci dengan penutup plastik).

Masuk ke kabin, sekali lagi tiada perubahan ketara dilihat pada rekaan. Tetapi bagi membolehkan Mirage tidak terlalu ketinggalan berbanding pesaing lain dalam pasaran, ia diberikan upholsteri fabrik baharu. Sistem hiburan juga dikemaskini dengan skrin sesentuh tujuh-inci yang menyokong fungsi Apple Carplay dan Android Auto, serta semua varian datang standard dengan kamera undur. Model tertinggi LS juga diberikan sistem cruise control dan paparan meter kontras tinggi.

Berbanding model Thailand, Mirage di Australia ini menerima kelengkapan keselamatan lebih baik. Kesemua varian diberikan standard dengan sistem kestabilan elektronik dan enam-beg udara (hanya dua di Asia Tenggara). Sistem brek kecemasan automatik juga adalah standard untuk semua varian, tetapi model LS lebih istimewa dengan menerima sistem tambahan seperti Amaran Keluar Lorong dan lampu hadapan automatik.

Mitsubishi Mirage facelift 2020 kini di Australia – harga bermula RM44k, standard dengan AEB & 6-beg udara

Seperti model yang diperkenalkan pada tahun 2011, Mirage 2020 masih kekal dijana 1.2 liter tiga silinder NA berkuasa 78 hp/100 Nm. Model LS hanya hadir dengan kotak gear CVT automatik, mana versi ES masih boleh dipilih dengan transmisi lima-kelajuan manual.

Di Australia, Mitsubshi Mirage 2020 ini dijual pada harga bermula AU$16,490 (RM43,600) untuk model ES manual, AU$17,990 (RM47,600) untuk ES CVT dan AU$18,990 (RM50,200) bagi versi penuh LS.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required