Hyundai Kona N 2021 – gambar penuh pertama disiar

Hyundai Kona N 2021 – gambar penuh pertama disiar

Hyundai telah mendedahkan Kona N lebih awal sebelum ia dilancarkan tidak lama lagi. Versi prestasi tinggi bagi SUV segmen B ini mulanya ditunjuk dalam teaser Januari lalu, tapi kini, kita dapat melihatnya tanpa sebarang pelekat samaran. Ia juga adalah model SUV pertama yang mendapat talaan prestasi N.

Semasa diberikan facelift September tahun lalu, Kona telah didatangkan buat pertama kalinya dengan pilihan kemasan N Line yang lebih sporty. Dengan muka yang sangat berlainan jika dibandingkan dengan Kona biasa, model N Line ini sudah nampak lebih agresif dan tentunya, model N penuh baru ini pula bakal menaikkan lagi tahapnya lebih tinggi.

Gambar sedikit gelap yang disiarkan ini menampakkan gril yang besar dengan logo N serta rekaan bahagian dalam gril berbeza. Tiga jalur bukaan udara berada atas daripada gril tersebut, dan ia kemudiannya diapit dengan lampu utama LED yang duduk sekali dengan bukaan udara di bucu bampar. Pada bahagian atas terdapat DRL LED.

Hyundai Kona N 2021 – gambar penuh pertama disiar

Menurut Hyundai, mereka mendapat inspirasi untuk bahagian bawah gril Kona N ini daripada badan pesawat dan ia bersambung sehingga ke tepi kereta, menunjukkan kecekapan aerodinamik serta kelajuan. Apabila dibandingkan model N dengan model N Line, semuanya kelihatan sama kecuali bahagian dalam gril atas dan bawah, serta jalur merah pada lip bawah.

Perbezaan di bahagian belakang adalah lebih menonjol, di mana model N ini mendapat spoiler bumbung dua sayap untuk memperbaiki daya tolakan ke bawahnya (downforce). Sayap yang besar ini juga mempunyai lampu brek berbentuk bulat serta cop N seperti pada Veloster N dan i30 N. Diffuser adalah sama seperti model N Line, tetapi model N ini ditambah lagi dengan dua muncung ekzos yang besar serta jalur merah.

Sama seperti model N Line, kemasan plastik keliling fender model N penuh ini diganti daripada yang berwarna hitam kepada warna sama mengikut badan, dan menurut Hyundai, ia memberi gambaran visual seperti ia lebih dekat kepada lantai. Melengkapkan penampilannya adalah rim eksklusif daripada N.

Kona N akan dipacu oleh enjin empat silinder 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan. Pada i30 N facelift, enjin ini mampu menghasilkan kuasa 250 PS/353 Nm dalam keadaan standard, sementara apabila dipasang dengan Performance Package, ia mampu menghasilkan 280 PS/392 Nm.

Transmisi automatik itu adalah tambahan yang baru diberikan sebagai pilihan kepada model N tahun lepas, dan ia mempunyai mod N Grin Shift, N Power Shift dan N Track Sense. Hyundai juga telah mengesahkan Kona N akan mempunyai Launch Control serta “runut bunyi emotif”.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required