Opel Manta akan kembali sebagai SUV Coupe EV tengah dekad ini, jadi jenama elektrik penuh pada 2028

Opel Manta akan kembali sebagai SUV Coupe EV tengah dekad ini, jadi jenama elektrik penuh pada 2028

Sebagai sebahagian usaha peralihan ke era elektrifikasi, Opel bakal memperluaskan barisan model-model sifar emisi mereka dengan ‘menghidupkan’ kembali model Manta. Namun Manta generasi baharu ini tidak lagi akan tampil sebagai sebuah coupe dua pintu biasa, tetapi ia dijelmakan sebagai model yang dijana oleh kuasa elektrik penuh dengan rupa sebuah SUV Coupe.

Model yang akan digelar sebagai Manta e berkenaan bakal diperkenalkan pada pertengahan dekad ini, dedah video yang disiarkan dalam pembentangan Stellantis EV Day. Sebelum ini, Opel sudahpun mendedahkan model retromod yang dihasilkan hanya sebuah, Manta GSe ElektroMOD yang diasaskan dari Manta klasik 1970’an yang dijana motor elektrik 147 PS/225 Nm, bersama kotak gear manual dan memacu roda belakang.

Opel juga mensasarkan untuk aktif dalam sukan permotoran elektrik sepenuhnya. Usaha berkenaan sudah pun bermula apabila mereka memperkenalkan kereta rali elektrik sepenuhnya Corsa-e Rally pada 2019. Kereta berkenaan kemudian digunakan dalam siri perlumbaan one-make Opel e-Rally Cup.

Sebanyak sembilan model dengan teknologi elektrifikasi akan diperkenalkan oleh Opel tahun ini, sebelum kesemua barisan model mereka menerima elektrifikasi menjelang 2024 nanti. Opel mensasarkan untuk menjadi jenama elektrik sepenuhnya di Eropah pada tahun 2028.

CEO Opel, Michael Lohscheller menyatakan bahawa sasaran yang dibuat ini adalah melambangkan komitmen syarikatnya terhadap mobiliti elektrik. “Kami menuju kearah masa hadapan CO2 sifar sepenuhnya, memandangkan CO2 adalah ‘matawang’ baharu dalam industri kami,” katanya.

Selain dari Eropah, Opel juga bakal masuk semula ke pasaran China dengan barisan model-model elektrik sepenuhnya dari mereka. “Kami janjikan bahawa Opel akan ke peringkat global, dan kami akan lakukannya. China merupakan pasaran automotif terbesar di dunia dan kami pasti bahawa keuntungan kami akan berkembang di sana,” kata Lohscheller.

GALERI: Opel Manta G Se ElektroMOD

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required