Toyota Yaris ECOVan – hatchback penumpang diubah kepada kenderaan komersial, ruang barang 720 liter

Toyota Yaris ECOVan – hatchback penumpang diubah kepada kenderaan komersial, ruang barang 720 liter

Ubah suai model kenderaan penumpang kepada pengangkut barang komersial adalah sesuatu yang biasa di Eropah, seperti yang dilakukan pada Citroen My Ami Cargo dan Renault Zoe Van. Sekarang, anda boleh melihat Toyota juga melakukan perkara sama, dengan mengambil Yaris dan diubah suai untuk menjadi versi pengangkut, ECOVan.

Pada bahagian luar, Yaris ECOVan ini kelihatan sama sahaja seperti Yaris biasa, tetapi Toyota telah menyediakan pilihan pelekat untuk menutup cermin belakang, dan syarikat boleh menggunakannya untuk meletakkan promosi atau jenama syarikat.

Perbezaan utama adalah pada bahagian dalam, di mana tempat duduk belakang telah dicabut untuk menyediakan lebih banyak ruang barangan. Toyota memberitahu, kapasiti ruang yang disediakan adalah 720 liter, iaitu 286 liter lebih banyak berbanding Yaris versi penumpang. Ubah suai ini juga memberikan papan lantai kayu dengan lapis getah, serta tapak untuk mengikat barang.

Toyota Yaris ECOVan – hatchback penumpang diubah kepada kenderaan komersial, ruang barang 720 liter

Yaris ECOVan boleh membawa muatan sehingga 430 kg dan permukaan lantai yang rata mempunyai ukuran 0.9 meter persegi, dengan panjang maksimum antara belakang tempat duduk hadapan sehingga ke but 1,242.8 mm. Lebar adalah 866.8 mm, tinggi dari bumbung ke lantai 694.8 mm dan tinggi bukaan di but 670.2 mm.

Ubah suai kepada ECOVan ini memerlukan tambahan 1,300 euro (RM6,518) kepada harga model asas, dan pelanggan diberikan dua pilihan kemasan iaitu Business Plus atau Active Tech. Bagi Business Plus, ia bermula pada harga 23,373 euro (RM117,214) dan datang standard dengan Toyota Safety Sense, skrin sesentuh tujuh inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, kawalan suhu pendingin hawa, rim 15 inci, lampu kabus serta lampu utama LED dengan lampu tinggi automatik.

Pakej Active Tech juga mendapat semua kelengkapan ini, tetapi ditambah lagi dengan lampu belakang LED, roda stereng balutan kulit, sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin, kamera pandangan belakang serta skrin sesentuh lapan inci. Harganya bermula 24,498 euro (RM122,846).

Tanpa mengira versi, penggerak ECOVan ini masih lagi sama iaitu unit hibrid gabungan enjin tiga silinder NA 1.5 liter dengan motor elektrik. Kuasa keseluruhan yang mampu dihasilkan adalah 116 PS (114 hp atau 85 kW), dan 120 Nm tork, dengan kuasa dihantar kepada roda hadapan melalui transmisi e-CVT.

Toyota turut memberitahu bahawa ECOVan ini direka terutamanya untuk syarikat kecil dan pekerja bebas seperti juruelektrik, penghantar barang, wakil syarikat dan kegunaan komersial lain. Buat masa ini ia hanya ditawarkan di Sepanyol, tetapi juga mempunyai kemungkinan ditawarkan di negara Eropah lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required