Lakaran bayangan Proton Satria Neo generasi baharu – boleh guna enjin 1.5L Turbo, dengan platform BMA?

Lakaran bayangan Proton Satria Neo generasi baharu – boleh guna enjin 1.5L Turbo, dengan platform BMA?

Satria‘ satu nama yang telah ditinggalkan oleh Proton, namun ia masih disebutkan sehingga kini kerana reputasinya sebagai sebuah hatchback yang begitu seronok. Model asal yang diasaskan dari Mitsubishi Mirage tersebut telah dihentikan pengeluarannya pada 2006, selepas itu digantikan dengan model binaan Proton sendiri digelar Satria Neo yang jauh lebih berpotensi, dibangunkan bersama Lotus.

Namun selepas model generasi kedua berkenaan dihentikan pengeluarannya pada 2015, tiada lagi model gantian Satria dihasilkan oleh Proton. Satu-satunya pilihan hatchback yang ditawarkan oleh Proton sekarang adalah Iriz, yang sebenarnya lahir dari susur galur Tiara dan Savvy, menampilkan badan lima-pintu.

Macam mana kalau tiba-tiba Proton buat balik Proton Satria Neo untuk versi generasi baharu? Nah, ini dia buah tangan terbaharu dari pakar manipulasi automotif, Theophilus Chin menggambarkan bagaimana rupa yang mungkin dijelmakan oleh Proton untuk Satria Neo serba baharu, berdasarkan rekaan-rekaan signatur terkini Proton.

Sebenarnya pada 2017, Theo pernah menghasilkan lakaran digital bayangannya terhadap Satria Neo generasi baharu berasaskan model Geely GS Sport. Namun untuk lakaran terbaharu ini diasaskan dari Lynk & Co 02 hatchback, iaitu hot hatch terbaharu dari divisi mewah Geely berkenaan.

Lakaran bayangan Proton Satria Neo generasi baharu – boleh guna enjin 1.5L Turbo, dengan platform BMA?

Langkah pertama yang Theo buat adalah ‘membuang’ pintu belakang 02 berkenaan kemudian memanjangkan pintu hadapan, serta turut menggantikan rel bumbung yang kelihatan seperti SUV digantikan dengan getah perapi biasa bagi menjadikan ia sebagai hatchback tiga-pintu sebenar.

Kemudian, muka 02 tersebut digantikan dengan muka Geely Emgrand S, yang menampilkan rekaan lebih seiring dengan Geely Binyue atau Proton X50 di Malaysia, serta turut diberikan gril signatur infinite waeve bersama jalur merah di bawahnya. Manakala di belakang, Theo telah ‘menampal’ panel dan lampu yang diambil dari sedan premium Geely Xing Rui/Preface, kemudian skrip ‘Geely’ turut ditukar kepada ‘Proton’.

Dari segi mekanikal, Proton mungkin boleh membina asas Satria Neo baharu ini menggunakan platform BMA, iaitu asas yang sama digunakan pada Proton X50. Ini kerana sebelum ini, Geely telah mengumumkan bahawa Proton kini diberikan kebenaran menggunakan platform BMA berkenaan untuk membangunkan model-model sendiri di Malaysia.

Platform modular tersebut boleh dijadikan asas bukan sahaja SUV, malah apa sahaja badan model segmen-B termasuk hatchback dan sedan dengan jarak roda antara 2,550 mm dan 2,700 mm, manakala lebar trek roda pula antara 1,500 mm sehingga 1,600 mm.

Rangkaian kuasa? Sudah tentu enjin 1.5 liter tiga silinder turbo dan juga kotak gear klac berkembar automatik DCT tujuh-kelajuan sama seperti X50 boleh dimuatkan dalam Satria Neo baharu ini tanpa masalah.

Bercakap tentang enjin, baru-baru ini Proton ada memberitahu kami bahawa R&D untuk enjin Campro VVT sudahpun tamat, manakala model-model yang akan dibangunkan secara tempatan selepas ini akan menggunakan enjin 1.5 liter Turbo tiga selinder berkenaan.

Selain dari versi dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI), enjin yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo tersebut turut dihasilkan dalam versi sistem suntikan bahan api pelbagai titik (PFI), dan ia digunakan buat pertama kali pada Proton X50 dalam varian Premium dan ke bawah. Menurut Proton, versi yang menjana 150 PS/226 Nm berkenaan (berbanding 177 PS/255 Nm pada versi T-GDI) akan turut digunakan pada model-model pembangunan tempatan akan datang.

Malah enjin yang dikenali sebagai GEP3 tersebut turut telah dirancang untuk dihasilkan di kilang Proton Tanjung Malim, dan sudah ada vendor tempatan yang dilantik bagi menghasilkan pelbagai komponen dalaman bagi enjin tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Syaiful Nizam Hassan on Sep 09, 2021 at 6:27 am

    Ubah kedudukan ruang nombor plat belakang daripada bumper kepada pintu but!!!

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4
  • Dewata Raya on Sep 09, 2021 at 6:44 am

    Perghhhhh .. cun ahhh. I lyke, bravo Theophilus Chin

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Sam Loo (ori) on Sep 09, 2021 at 12:33 pm

    What? Myvi far better RV la..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 3
  • Muhd Adzim on Sep 09, 2021 at 5:29 pm

    Waw,,boleh tahan ,macam alpha romeo

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Outalingam Crap on Sep 09, 2021 at 9:51 pm

    Hi there Theo! Lengthen the boot of this design and turn it into the NEW generation Proton Putra please :D :D :D

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required