Toyota Land Cruiser 2022 – tempoh menunggu cecah 4 tahun; permintaan terlalu tinggi, bekalan cip terjejas

Toyota Land Cruiser 2022 – tempoh menunggu cecah 4 tahun; permintaan terlalu tinggi, bekalan cip terjejas

Dengan sambutan yang begitu menggalakkan, tetapi dalam masa yang sama berhadapan dengan masalah bekalan cip semikonduktor yang terjejas kini mendatangkan masalah yang besar terhadap produksi Toyota Land Cruiser generasi baharu, iaitu 300 Series yang diperkenalkan Jun lalu.

Menurut portal automotif Australia, CarsGuide, pelanggan terawal yang telah menempah Land Cruiser mereka hanya akan menerima SUV tersebut pada Disember nanti, dan ada pelanggan yang menempah varian-varian tertentu mungkin perlu menunggu sehingga empat tahun sebelum menerima kenderaan berkenaan!

Australia menerima stok bekalan kenderaan baharu Toyota mereka terus dari Jepun. Sebelum ini Toyota telah mengesahkan bahawa masalah bekalan komponen dan juga cip semikonduktor telah menjejaskan operasi produksi global mereka sebanyak 40% pada September, dan produksi Land Cruiser ini adalah yang paling teruk terjejas kerana kilang mereka di Jepun terpaksa ditutup sepanjang bulan ini.

CarsGuide turut memetik laporan dari media Jepun, BestCarWeb yang menyatakan bahawa dengan tempahan 20,000 unit diterima terhadap Land Cruiser Series 300 berkenaan, Toyota terpaksa meningkatkan produksi domestik mereka sebanyak 400%. Namun usaha tersebut hanya membolehkan sejumlah 5,000 unit dihantar kepada pelanggan di Jepun setakat ini.

Toyota Land Cruiser 2022 – tempoh menunggu cecah 4 tahun; permintaan terlalu tinggi, bekalan cip terjejas

Bagi tempahan selebihnya, berberapa jaringan pengedar di Jepun menganggarkan tempoh yang diperlukan untuk penghantaran kepada pelanggan adalah sekitar dua hingga tiga tahun. Tetapi dengan penutupan kilang berkenaan, pengedar-pengedar tersebut menjangkakan pelanggan yang menempah varian tertentu seperti LC300 ZX dan GR Sport mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun – kedua-dua varian ini mewakili 90% tempahan LC300 di Jepun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota Australia, mereka masih belum boleh menjangkakan dengan jelas bila tempoh menunggu yang lama ini akan berakhir, namun menyatakan unit-unit demo akan tiba dalam jumlah terhad untuk diletakkan di bilik pameran pada Oktober ini bagi membolehkan pelanggan melihat sendiri SUV berkenaan.

“Penghantaran kepada pelanggan untuk Toyota Land Cruiser 300 yang sangat dinantikan ini akan ditangguhkan. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, produksi Land Cruiser di Jepun telah dihentikan pada sebahagian Ogos dan hampir keseluruhan September kerana sekatan pergerakan Covid-19 di Asia Tenggara yang menyebabkan bekalan komponen terjejas,” tulis kenyataan tersebut.

Toyota Land Cruiser 2022 – tempoh menunggu cecah 4 tahun; permintaan terlalu tinggi, bekalan cip terjejas

Masalah bekalan cip semikonduktor ini bukan sahaja menjejaskan Toyota, malah hampir semua pengeluar kenderaan di seluruh dunia. Dan tahukah anda bahawa “sekatan pergerakan Covid-19 di Asia Tenggara” yang disebut oleh Toyota berkenaan sebenarnya mungkin turut melibatkan Malaysia?

Sehingga kini sekitar 50 kilang komponen tersebut berada di Malaysia dan kapasiti pembungkusan dan ujian yang berada di negara kita adalah mewakili 13% dari kapasiti keseluruhan global, serta 7% semikonduktor di seluruh dunia perlu ke Malaysia terlebih dahulu kerana pelbagai sebab sebelum dieksport keluar.

Bulan lalu kilang Ford yang menghasilkan Fiesta di Jerman terpaksa ditutup selama lima hari, kerana komponen dari pembekal modul pintu tidak dapat dihantar ke kilang berkenaan, disebabkan vendor tersebut mengalami masalah bekalan cip semikonduktor dari syarikat pengeluar dari Malaysia.

GALERI: Toyota Land Cruiser 300 Series 2022

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required