Hyundai nafi henti bangunkan enjin pembakaran dalam

Hyundai nafi henti bangunkan enjin pembakaran dalam

Akhir bulan lalu, Hyundai Motor Group (HMG) dilaporkan telah menutup pusat pembangunan enjin pembakaran dalamannya yang terletak di Namyang Technology Research Center, sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa jenama automotif Korea berkenaan tidak akan menghasilkan enjin-enjin bahan api konvensional generasi baharu.

Walau bagaimanapun, respon terus Hyundai kepada portal automotif Amerika Syarikat, Motor1.com baru-baru ini telah menafikan khabar angin berkenaan.

“Hyundai Motor Group boleh mengesahkan bahawa ia tidak menghentikan pembangunan enjinnya susulan spekulasi media baru-baru ini. Kumpulan (HMG) berdedikasi untuk menyediakan portfolio yang kuat terhadap unit rangkaian kuasa untuk pelanggan global, yang termasuk kombinasi enjin yang sangat efisien dan motor elektrik sifar emisi,” menurut pengurus kumpulan senior Hyundai Motor Group America menerusi satu kenyataan yang diemelkan terus kepada Motor1.

Dalam pengumuman yang dibuat ketika acara IAA Mobiliti 2021 yang dilangsungkan September lalu, Hyundai menyatakan bahawa mereka akan menghentikan penjualan enjin pembakaran dalaman pada semua barisan modelnya bermula pada 2035.

Hyundai nafi henti bangunkan enjin pembakaran dalam

Hyundai turut menafikan laporan Chosun Ilbo bahawa mereka kini menghentikan pembangunan stack sel bahan api generasi ketiganya. “Hyundai menafikan spekulasi, berkenaan rancangan pembangunan sel bahan api generasi seterusnya dan elektrifikasi barisan model Genesis adalah masih kekal,” kata jurucakap syarikat tersebut kepada portal berita Maeil Business.

Pada Januari tahun lalu, HMG dilaporkan telah menghentikan pembangunan unit-unit rangkaian kuasa serba baharu yang menggunakan enjin diesel bermula separa kedua 2020, namun enjin-enjin diesel sedia ada masih akan diberikan penambahbaikkan.

HMG telah memulakan plan elektrifikasi mereka dengan tiga model untuk 2021, bermula dengan Ioniq 5 pada Februari, Kia EV6 pada Mac dan Genesis GV60 pada Ogos.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required