Proton X50, X70 dan Exora duduki tangga teratas dalam jualan segmen SUV dan MPV, setakat April 2022

Proton X50, X70 dan Exora duduki tangga teratas dalam jualan segmen SUV dan MPV, setakat April 2022

Proton telah mengumumkan menerusi media sosial bahawa model keluarannya telah mendahului segmen masing-masing – Proton X70 untuk SUV segmen-C, Proton X50 untuk SUV segmen-B dan Proton Exora pula bagi MPV segmen-C.

Bagi empat bulan pertama 2022, Proton telah menjual sebanyak 5,768 unit bagi X70, 8,730 unit untuk X50 dan Exora pula mencecah 1,048 unit. Angka jualan ini adalah setakat April 2022. Proton turun mendakwa telah mendahului jualan bagi semua segmen berkenaan untuk ketiga-tiga moodel bagi bulan April iaitu 1,530 unit bagi X70, 1,554 unit untuk X50 dan 301 unit Exora.

Walau pun masih di belakang Perodua Bezza, Saga masih kekal sebagai model paling laris Proton dengan jualan sebanyak 4,579 unit pada April. Selain itu, sedan segmen-B Persona pula terjual sebanyak 622 unit, dan hatchback Iriz sebanyak 253 unit, iaitu berada di kedudukan ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing.

Proton X50, X70 dan Exora duduki tangga teratas dalam jualan segmen SUV dan MPV, setakat April 2022

Terdahulu, Proton mengumumkan penyusutan angka jualan sebanyak 32.2% untuk April 2022, iaitu sebanyak 8,839 unit, termasuk pasaran eksport (8,383 unit bagi domestik). Berbanding bulan yang sama pada 2021, ia menyusut sebanyak 41.1%. Perkongsian pasaran juga jatuh dari 18.6% pada Mac, walaupun angka YTD masih sekitar 17%.

“Selepas dua tahun pandemik menjejaskan jualan, pasaran automotif Malaysia terus menunjukkan potensi perkembangan utuh pada 2022, dibuktikan dengan senarai waktu menunggu yang lebih lama untuk penghantaran kereta baharu. Proton juga sedang berusaha untuk memenuhi permintaan pasaran, tetapi umum mengetahui pengeluaran agak terjejas dengan isu bekalan cip semikonduktor,” ujar CEO Proton Edar, Roslan Abdullah.

Tambah beliau, Proton telah memperoleh bekalan semikonduktor untuk Mei dan Jun serta menjangkakan “pemulihan yang cepat” dalam beberapa bulan akan datang. “Keadaan masih tidak menentu sepanjang tahun ini dan industri kereta global berada di bawah tekanan akibat kenaikan kos, tetapi syarikat sedang berusaha untuk menangani isu-isu ini untuk memastikan pelanggan kami mendapat produk dan nilai terbaik di Malaysia dan luar negara,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required