Perodua Axia generasi baharu bakal guna enjin 1.0L turbo seperti Ativa, muncul seawal tahun depan?

Perodua Axia generasi baharu bakal guna enjin 1.0L turbo seperti Ativa, muncul seawal tahun depan?

Portal automotif Indonesia, OtoDriver melaporkan bahawa kembar untuk Perodua Axia bagi pasaran negara berkenaan iaitu Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal diperkenalkan pada bulan Mac tahun hadapan. Dan apa yang menarik, hatchback segmen-A tersebut bakal dilengkapi enjin 1.0 liter tiga-silinder turbo yang sama seperti Perodua Ativa!

“Tahun depan model serba baharu akan muncul. Kemungkinan pada bulan Mac 2023,” kata sumber yang boleh dipercayai kepada OtoDriver, dan turut menambah model berkenaan juga akan menerima enjin baharu yang sama seperti kembar Ativa di Indonesia iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

Pada pasaran negara berkenaan, Rocky dan Raize ditawarkan dalam dua varian enjin iaitu 1KR-VET 1.0 liter tiga-silinder turbo berkuasa 98 PS dan tork maksima 140 Nm, serta pilihan enjin NA generasi baharu WA-VE 1.2 liter tiga-silinder DOHC Dual VVT-i berkuasa 88 PS dan tork maksima 112 Nm.

Untuk model generasi sedia ada, Toyota Agya dan Daihatsu Ayla menerima dua pilihan enjin iaitu unit 1.0 liter 1KR-FE tiga-silinder berkuasa 67 PS dan tork maksima 89 Nm, dan juga unit 1.2 liter 3NR-FE empat silinder menghasilkan 88 PS dan tork maksima 108 Nm. Manakala untuk Perodua Axia di Malaysia, ia hanya ditawarkan dengan enjin enjin 1KR-VE VVT-i yang ditingkat taraf menghasilkan 68 PS dan tork maksima 91 Nm.

Perodua Axia generasi baharu bakal guna enjin 1.0L turbo seperti Ativa, muncul seawal tahun depan?

Walaupun ada kemungkinan Perodua Axia generasi baharu ini berkongsi “resipi” yang sama iaitu menerima enjin 1.0 liter turbo seperti Ayla dan Agya, tidak mustahil juga Axia pasaran Malaysia kelak hanya menerima enjin 1.2 liter tiga-silinder WA-VE bagi memastikan ia boleh dijual pada harga yang lebih mampu milik, setara dengan kedudukan model generasi sedia ada.

Seperti model-model generasi baharu Daihatsu-Toyota-Perodua yang lain, Ayla-Agya-Axia serba baharu ini mungkin diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture. Ayla dan Agya sudahpun berada sembilan tahun dalam pasaran Indonesia, manakala Axia pula sudah berumur hampir lapan tahun di sini – sememangnya hatchback kompak ini memerlukan model gantian generasi baharu.

Sekiranya ia benar-benar diperkenalkan di Indonesia pada bulan Mac tahun hadapan, mungkin Perodua Axia generasi baharu ini akan muncul di Malaysia seawal suku keempat 2023. Apa pun buat masa sekarang, kita tunggu dan lihat dahulu segala perkembangan dan pengumuman rasmi dari Daihatsu atau Perodua.

GALERI: Daihatsu Ayla Turbo Concept di GIIAS 2018

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Michael Druce on Oct 14, 2022 at 8:58 am

    Malaysia shall replace all eth car go for Turbo version due to current without Turbo car no longer able to support current situation high fuel consumption higher engine better performance Engine capacity and slow moving on the road causing traffic jammed.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
  • Bringbackmanual on Oct 19, 2022 at 11:18 am

    Hope there will be 6mt 1.0 turbo. A new affordable hot hatch

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • DirPaccom on Dec 12, 2022 at 9:42 am

    will be next car king on the road after myvi, with 1.0 litre turbo engines and lights body chasis this car will hit the sales of the year 2023

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required