Toyota Raize ditampilkan dalam video komersial Jepun

Toyota Raize ditampilkan dalam video komersial Jepun

Toyota telah menyiarkan satu video komersial untuk Raize di Jepun, di mana ia menunjukkan beberapa kelebihan SUV segmen B tersebut. Raize sebelum ini didedahkan buat pertama kali semasa Tokyo Motor Show tahun lepas dan model sama tetapi dengan sedikit perubahan kecil turut dijual oleh Daihatsu sebagai Rocky (rebadge).

Selain daripada itu, Raize juga dijangka digunakan sebagai asas untuk SUV baru Perodua yang dilapor akan tiba di pasaran Malaysia tahun ini dan sekarang ini dipanggil menggunakan nama kod D55L. Perodua tidak mengesahkan perkara ini, tetapi tanda-tanda yang diberi cukup meyakinkan (SUV Perodua juga menggunakan platform DNGA, sama seperti Rocky dan Raize).

Di Jepun, Raize ditawarkan dalam beberapa varian iaitu X, X S, G dan Z, dengan harga yang bermula 1,679,000 yen (RM67,724). Kesemuanya menggunakan enjin petrol tiga silinder 1.0 liter turbo 1KR-VET yang mampu menghasilkan kuasa 98 PS dan 140 Nm tork. Transmisi standard adalah unit CVT dan pacuan roda hadapan, tetapi pengguna juga diberikan pilihan versi pacuan empat roda.

Melihat kepada dimensi, Raize mempunyai panjang 3,995 mm, lebar 1,695 mm, tinggi 1,620 mm, dan jarak roda 2,525 mm. Dalam video ini anda boleh melihat bagaimana ia mudah dikendalikan dengan radius membelok 4.9 meter (5.0 meter bagi versi 4WD) serta ruang bahagian dalam yang luas dan praktikal. Tempat duduk baris kedua boleh dilipat dan ruang simpanan di belakang turut mempunyai satu lagi bahagian di bawah pelapik lantai (tempat yang biasanya digunakan untuk tayar simpanan).

SUV ini juga mempunyai pelbagai ciri keselamatan dan bantuan pemandu termasuk Autonomous Emergency Braking dengan pengesan pejalan kaki, Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist, Erroneous Start Prevention Function depan dan belakang, serta Smart Panorama Parking Assist yang memberikan bantuan stereng, visual serta bunyi apabila hendak meletakkan kereta.

Apa pandangan anda kalau Perodua benar-benar memperkenalkan SUV baru mereka yang menggunakan asas daripada Raize ini nanti? Adakah ia cukup menarik? Kalau tidak, cuba anda lihat pula beberapa lagi versi lebih sport yang diperkenalkan seperti yang menggunakan pakej TRD dan Modellista. Cukup sporty?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required