Ingatkah anda beberapa bulan yang lepas, kejadian kenderaan dipandu melawan arus umpama menjangkit-jangkit. Dari Taiping ke Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) hinggalah insiden yang mengorbankan nyawa seorang pemuda selepas keretanya dirempuh oleh pemandu Proton Gen 2 yang melawan arus di Permatang Pauh pada Mac lalu, serta beberapa insiden yang sama berlaku di merata lokasi.
Terbaru, Facebook Info Roadblock Jpj/polis telah menyiarkan satu lagi aksi pemandu yang memacu laju Perodua Myvi melawan arus pagi tadi. Insiden ini dikesan di KM34 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran R&R Kulai menghala arah utara.
Menerusi rakaman video tersebut, pemandu Myvi berkenaan dilihat tidak berusaha untuk berhenti di lorong kecemasan untuk meminta bantuan peronda PLUS (tindakan yang sepatutnya dilakukan apabila tanpa sengaja tersilap jalan sebegini), sebaliknya terus memecut laju di lorong kanan. Malah kenderaan yang bertentangan dengannya pula dilihat sedaya mungkin mengelak supaya tidak tercetus pelanggaran. Bayangkan ada lori dan treler besar yang menggunakan laluan sama, dan jika tidak dapat mengelak, ia boleh mengundang risiko yang amat mengerikan!
Sehingga kini, tiada berita lebih sahih mengenai kejadian ini.

Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua QV-E
dari RM80,000
Perodua Axia
dari RM38,600
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Aruz
dari RM72,900