Jadi, sebelum ini pernah ada laporan yang menyatakan kononnya Toyota 86 akan dihentikan pengeluaran terbukti hanya khabar angin kosong semata. Toyota sendiri dah maklumkan bahawa model kereta sport berkenaan akan terus dihasilkan di masa hadapan.
Ini ada satu lagi perkembangan tambahan berkaitan hal itu. GoAuto melaporkan, Pengurus Perhubungan Awam Toyota Australia, Brodie Bott mengukuhkan lagi perkara itu. “Ketika cakap-cakap tentang perkara berkaitan 86 itu muncul, kami mengadakan beberapa perbualan secara dalaman dan saya boleh nyatakan sekarang, model 86 akan tetap dikeluarkan. Ketika ini, kami tidak berhasrat untuk menghentikan pengeluarannya. Ia sebuah model penting bagi kami dan ia akan menjadi ‘adik’ kepada Supra.”
Ketika ditanyakan sama ada 86 terbaru akan dibangunkan, beliau menjawab; “Akan ada, kami sudah melihatnya, ia akan diperkenalkan nanti.” Pengesahan ini terus mematikan khabar angin yang bertiup menyatakan bahawa 86 akan memberi laluan kepada model paling asas Supra untuk menjadi penawaran kereta sport paling mampu milik jenama itu.
Di dalam laporan Japan Times sebelum ini, ada disebutkan bahawa 86 akan terus dibangunkan bersama dengan Subaru BRZ, dan akan memulakan pengeluarannya pada 2021 di kilang Subaru di Gunma. Laporan itu juga menyebut, kapasiti enjin akan ditingkatkan daripada 2.0 liter kepada 2.4 liter – unit sama daripada Subaru Ascent.


Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000