Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Lotus Store pertama di Malaysia kini dibuka di Pavilion Damansara Heights; ruang pameran, konfigurator dll

    Lotus Store pertama di Malaysia kini dibuka di Pavilion Damansara Heights; ruang pameran, konfigurator dll

    Lotus Cars Malaysia mengumumkan bahawa Lotus Store pertamanya di sini telah pun dibuka secara rasmi, terletak di Pavilion Damansara Heights. Fasiliti dengan keluasan 173.58 m² ini dibuka selepas SUV hyper EV Lotus Eletre dilancarkan di Malaysia 10 bulan lalu dan menerima sambutan menggalakkan dari pelanggan tempatan, di mana 50 unit telah diserahkan kepada pelanggan dan sejumlah 200 unit kenderaan lagi dalam proses penghantaran.

    Secara spesifiknya, Lotus Store pertama ini berada di dalam pusat membeli belah Pavilion Damansara Heights di tingkat 1, Lot 1.47.02, dan ia dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

    Lotus Store Pavilion Damansara Heights ini menampilkan imej korporat baharu Lotus Cars dan mempunyai ruang pameran yang mempamerkan dua model iaitu Eletre dan kereta sport terakhir Lotus yang menggunakan enjin pembakaran dalam, Lotus Emira. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan satu ruang khas untuk pelanggan menggunakan konfigurator Lotus bagi menghasilkan model-model Lotus dengan spesifikasi yang dimahukan oleh mereka sebelum tempahan dibuat.

    Antara perincian yang boleh dipilih oleh pelanggan ketika menggunakan konfigurator tersebut termasuk bahagian luaran (trim, warna cat, pilihan rim dan tayar, angkup brek berwarna, brek seramik karbon, dan lencana); bahagian dalaman (tema, material, tali pinggang keledar, stereng dan tatahan karbon); tahap peralatan (cermin sisi, pakej Lotus Dynamic dengan kebolehan pemanduan stereng 4-roda dan bumbung kaca pintar); serta ciri-ciri keselamatan tambahan seperti pakej parkir dan pakej bantuan pemanduan.

    Selain itu, pelanggan yang mengunjungi Lotus Store ini juga akan disambut dengan sebuah skrin LED beresolusi tinggi berukuran 8.4 m² di pintu masuk ruang pameran, dan ia mempunyai ruang khas untuk jualan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, berserta sebuah ruang santai dan istirahat.

    Lotus Store pertama di Malaysia kini dibuka di Pavilion Damansara Heights; ruang pameran, konfigurator dll

    Menurut syarikat itu, pembukaan Lotus Store ini hanyalah sebagai permulaan sebelum pembukaan rasmi ruang pameran utama Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Shah Alam yang dijangka siap pada suku kedua 2024. Lotus juga berhasrat memperluaskan kehadiran jenamanya di wilayah Utara dan Selatan, dan akan memperkenalkan perkhidmatan penyelenggaraan mudah alih untuk menambahbaik kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya.

    “Era baharu Lotus Cars Malaysia bermula pada 2018 dengan pembukaan pusat servis dan perkhidmatan selepas jualan di Glenmarie, Shah Alam, dan apabila mengambilkira jangka masa yang telah diambil untuk pembukaan Lotus Store, ini jelas menunjukkan bahawa usaha mengembangkan dan memperkenalkan semula jenama ini dilakukan dengan teliti dan berfasa,” kata Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia Jack Zaal.

     
     
  • BMW i5 eDrive40 M Sport 2024 kini di M’sia – pengecas AC 22 kW, roda lebih kecil, tiada bumbung kaca

    BMW i5 eDrive40 M Sport 2024 kini di M’sia – pengecas AC 22 kW, roda lebih kecil, tiada bumbung kaca

    Walau pun baru empat bulan dilancarkan, BMW i5 eDrive40 M Sport kini telah pun diberikan semakan pertamanya untuk pasaran Malaysoa. Sedan eksekutif elektrik ini telah menerima senarai kelengkapan yang disemak semula untuk model 2024, termasuk melibatkan satu pertambahan baharu dan menggugurkan beberapa ciri sedia ada.

    Pertama, berkenaan dengan harganya, i5 kini lebih mahal, sekitar RM300, dijual pada harga atas jalan RM399,800 tanpa insurans. Ia diberikan waranti standard dua-tahun, perbatuan tanpa had, atau pun jika pembeli memilih waranti lima-tahun dan pakej selenggara enam-tahun, harganya melonjak ke RM420,100.

    Bagi satu pertambahan baharu yangb dimaksudkan, pengecas AC onboard tiga-fasa bagi i5 kini telah dipertingkatkan dari 11 kW menjadi 22 kW, mengambil masa untuk pengecasan penuh dari 8 jam 15 minit ke 4 jam 15 minit. Apa pun, model ini masih menerima pengecas pantas DC hingga 205 kW, dengan bateri 83.9 kWh yang membolehkannya mencapai status sifar ke 80% dalam 34 minit.

    BMW i5 eDrive40 M Sport 2024 kini di M’sia – pengecas AC 22 kW, roda lebih kecil, tiada bumbung kaca

    Manakala bagi ciri kelengkapan yang digugurkan melibatkan roda aloi dwi-tona BMW Individual Style 954M 21-inci yang kini digantikan dengan unit Style 939M yang lebih kecil bersaiz 20-inci. Selain itu, tiada lagi bumbung kaca panoramik, tempat duduk ventilasi dan juga tombol kawalan kristal (yang kini digantikan dengan pemilih rotari iDrive).

    Lain-lain ciri kelengkapannya masih dikekalkan dan ini termasuklah lampu utama LED adaptif, gril ‘kidney’ iluminasi Iconic Glow, kemasukan tanpa kunci dengan BMW Digital Key Plus, butang penghidup enjin dan BMW Live Cockpit Professional dengan paparan instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh tengah 14.9-inci dan paparan utama, sokongan Apple CarPlay dan Android tanpa wayar serta pengecas Qi tanpa wayar.

    Selain itu, ia masih mengekalkan tempat duduk sport larasan kuasa dengan sokongan lumbar dan fungsi memori untuk bahagian pemandu, kawalan suhu empat-zon, tirai suria belakang, adaptive damper, stereng roda belakang, 18-pembesar suara, sistem bunyi Bowers and Wilkins 655-wat, sistem kamera 360-darjah dengan pandangan 3D dan kamera “selfie” dalaman serta pintu but bukaan bebas tangan.

    Roda 21-inci, bumbung kaca panoramik, tempat duduk ventilasi dan tombol kawalan kristal kini digugurkan

    Bagi bantuan pemandu, i5 masih dilengkapi dengan pakej Driving Assistant Professional. Ini termasuklah brek kecemasan sendiri, kawalan kelajuan adaptif dengan stop and go, bantuan pemusatan lorong, amaran pelanggaran belakang, pemantauan titik buta, kepekaan trafik lintasan belakang dan hadapan, pengesan isyarat trafik dan amaran membuka pintu.

    Bahagian mekanikal juga tidak berubah, eDrive40 masih dikuasai motor belakang tunggal yang mampu menghamburkan 340 PS dan tork 430 Nm, membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 6 saat. Kelajuan maksimum boleh dicapai pada 193 km/j, sementara mengikut kitaran WLTP, ia mampu mencapai jarak gerak hingga 582 km.

    Untuk pilihan warnanya, BMW Malaysia telah menawarkan lebih banyak rona, dengan Sophisto Grey Metallic, Oxide Grey Metallic, Cape York Green Metallic dan Fire Red Metallic kini menyertai warna sedia ada termasuk Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Brooklyn Grey Metallic dan Phytonic Blue Metallic. Di dalamnya, boleh pilih sama ada kulit Merino dalam rona putih Silverstone, hitam atau pun Copper Brown.

    GALERI: BMW i5 eDrive40 M Sport 2023 spesifikasi-pelancaran di Malaysia

     
     
  • PLUS umum penutupan lorong tengah dan kanan di KM8.0-KM7.0 pada 16-17 Mac, 10 malam-9 pagi

    PLUS umum penutupan lorong tengah dan kanan di KM8.0-KM7.0 pada 16-17 Mac, 10 malam-9 pagi

    Ini ada makluman buat pengguna yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk ke Perai. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa pihaknya bakal menutup lorong tengah dan lorong kanan di antara KM8.0 hingga KM7.0 (arah ke Perai) pada 16 hinggga 17 Mac 2024, 10 malam hingga 9 pagi.

    Ia adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan pembaikan Jambatan Pulau Pinang dapat dilaksanakan dengan lancar. Sepanjang penutupan lorong terbabit, PLUS turut mengaktifkan lencongan di laluan terbabit.

    Justeru, pengguna lebuh raya menghala ke Perai dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini sepanjang tempoh tersebut.

    Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit.

     
     
  • Harga minyak 14-20 Mac – Semuanya masih kekal

    Harga minyak 14-20 Mac – Semuanya masih kekal

    Bagi minggu bertarikh 14 hingga 20 Mac 2024, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan bahawa tiada perubahan bagi harga runcit ketiga-tiga bahan api utama iaitu petrol RON 97, RON 95 dan diesel.

    Di mana petrol RON 97 masih dikekalkan pada harga runcit RM3.47 seliter, setelah mengalami kenaikan terakhir (setakat ini) sebanyak 10 sen seliter pada 20 September 2023.

    Manakala harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter.

    Pada 2 Januari lalu, Pangkalan Data Utama (PADU) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di mana PADU akan digunakan sebagai komponen utama untuk kerajaan menyalurkan semula subsidi bersasar dan bantuan lain. Pengenalan ini membuka jalan kepada pengagihan subsidi bersasar RON 95, yang dijangka akan mula dilaksanakan pada separuh kedua 2024 ini.

     
     
  • Pembekal-pembekal komponen Proton dakwa terjejas kerana Proton ambil bekalan komponen dari China

    Pembekal-pembekal komponen Proton dakwa terjejas kerana Proton ambil bekalan komponen dari China

    Lebih dari 100 vendor komponen automotif Malaysia yang membekalkan komponen kepada jenama automotif nasional, Proton dilaporkan kini mengalami masalah kewangan yang teruk akibat perbelanjaan operasi yang semakin meningkat disebabkan tempahan yang semakin berkurangan, lapor New Straits Times.

    Situasi itu telah mendorong Persatuan Vendor Proton (PVA) untuk bertemu dengan Proton dan meminta bantuan bagi menangani masalah yang menghimpit vendor-vendor terjejas. Namun menurut presiden Dewan Perniagaan Besar Fujian Malaysia Datuk Liu Guoquan, Proton tidak menunjukkan kesediaan untuk menangani isu tersebut.

    Menurutnya banyak pembekal dan vendor sedang bergelut dengan masalah kewangan, terutamanya disebabkan oleh tempahan yang semakin berkurangan baru-baru ini. Beliau mengaitkan punca isu itu adalah kegagalan Proton memenuhi kuantiti pesanan alat ganti yang dijanjikan untuk model X50, X70 dan X90, yang telah mengakibatkan pengurangan 30% hingga 50% dalam kuantiti pengeluaran alat ganti.

    Pembekal-pembekal komponen Proton dakwa terjejas kerana Proton ambil bekalan komponen dari China

    Turut menyuarakan perkara yang sama adalah pembekal yang tidak mahu didedahkan namanya yang mendedahkan bahawa walaupun kontrak asal daripada Proton berjanji untuk mendapatkan bekalan alat ganti untuk 1,500 unit X90 sebulan, jumlah pesanan bulanan sebenar hanya antara 200 dan 300 unit.

    Akibat kekurangan ini, Liu berkata banyak vendor mengalami masalah kewangan, memaksa sesetengah vendor terpaksa menghentikan terus operasi mereka. Tambahnya, jika keadaan itu berterusan, ia boleh menyebabkan kejatuhan banyak pembekal, menjejaskan kira-kira 50,000 pekerja di seluruh rantaian industri automotif.

    Beliau mengkritik keputusan Proton kerana tidak memilih untuk menggunakan alat ganti pemasangan tempatan (CKD) berharga kompetitif dan sebaliknya mendapatkannya dari China, dengan alasan pembekal dari Malaysia enggan menurunkan harga. Liu menegaskan tindakan sedemikian telah merenggangkan lagi hubungan antara Proton dan persatuan vendor.

    Bagi menjawab dakwaan dari laporan ini, Proton baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasminya seperti berikut:

    KENYATAAN RASMI PROTON

    Proton ingin memberikan respon terhadap laporan media baru-baru ini yang mengketengahkan cabaran yang dihadapi oleh vendor berkaitan dengan syarikat.

    Di Proton, kami mewujudkan persekitaran perniagaan yang saksama dan saling hormat menghormati antara rakan kongsi kami yang dibina di atas komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap urusan perniagaan yang adil dan teguh.

    Untuk mencapai matlamat ini, kami bekerjasama rapat dengan Persatuan Vendor Proton (PVA), wakil rasmi untuk semua 116 vendor Proton, yang kerap mengadakan perbincangan dan inisiatif bersama yang saling memberikan manfaat.

    Kami faham terdapat kesukaran yang dihadapi oleh sesetengah vendor dan pintu kami sentiasa terbuka untuk terlibat dalam perbincangan yang saksama dengan semua ahli PVA, kecuali mereka yang tidak dapat memberikan bukti yang jelas mengenai isu yang dihadapi.

    Adalah penting untuk menunjukkan Proton mempunyai sejarah dialog terbuka dan membina, dan kami tetap berdedikasi untuk meneruskan pendekatan ini untuk jangka masa panjang.

    Kami menyedari kepentingan menyelesaikan perkara ini dengan cepat dengan bekerjasama rapat dengan semua pihak yang terlibat dan menjemput penglibatan melalui saluran rasmi untuk menyelesaikannya pada masa yang sesuai.

     
     
  • Beli kereta Carro Certified berharga RM1? Ini caranya

    Beli kereta Carro Certified berharga RM1? Ini caranya

    Carro Malaysia sedang meraikan pertukaran nama dari myTukar dengan menawarkan promosi yang membolehkan anda untuk membeli kereta Carro Certified dengan hanya RM1! Ya, betul — satu ringgit sahaja.

    Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli sebuah kereta Carro Certified bermula dari sekarang hingga 17 Mac 2024, dan anda secara automatik akan layak. Jika anda pemenang bertuah itu, kereta yang anda beli akan dijadikan nilai pembelian kepada RM1 tersebut!

    Klik sini untuk stok Carro Certified.

    Apa itu Carro Certified?

    Kereta Carro Certified didatangkan dengan pemeriksaan 160-poin, jaminan lima-hari pulangan semula wang dan jaminan enjin dan kotak gear selama 12-bulan. Ini bermakna semua kereta Carro Certified adalah Sebaik Kereta Baharu.

    Juga, semua kereta Carro Certified tidak diubah meter perbatuannya, dan tidak pernah terlibat dalam kemalangan teruk, atau mengalami kerosakan akibat terbakar mahupun banjir.

    Semua terma dan syarat kempen berkenaan ada di sini.

     

    Comments are Disabled | Leave a comment?

     
  • Proton sasar jadi tiga jenama automotif paling laris di Bangladesh selepas tiga tahun operasi CKD bermula

    Proton sasar jadi tiga jenama automotif paling laris di Bangladesh selepas tiga tahun operasi CKD bermula

    Proton mensasarkan untuk menjadi tiga automotif paling laris di Bangladesh dalam masa tiga tahun selepas operasi pemasangan tempatannya (CKD) di negara berkenaan bermula pada hujung tahun ini. Perkara ini disebut oleh CEO syarikat itu, Dr Li Chunrong ketika pelancaran Proton X90 di pasaran Bangladesh 29 Februari lalu.

    Di Bangladesh, hak pengedaran kenderaan jenama Proton diberikan kepada Rancon Holdings Berhad. Selain dari X90, Rancon turut telah melancarkan X70 pada pasaran tersebut. Bukan hanya rangkaian pengedar dan pusat servis, kilang pemasangan Proton di Bangladesh ini kelak turut akan diuruskan oleh Rancon.

    “Proton yakin Rancon Holdings adalah rakan kongsi yang sempurna untuk Proton berjaya di Bangladesh. Mereka sudah pun menubuhkan rangkaian jualan dan selepas jualan dan akan melabur untuk membina barisan pembuatan untuk memasang kenderaan Proton secara tempatan pada masa hadapan. Dengan lebih banyak tawaran dalam perancangan, serta komitmen kami untuk menyokong semua aspek perkongsian, kami menyasarkan untuk menjadi jenama 3 teratas di Bangladesh dalam tempoh tiga tahun,” kata Dr Li.

    Operasi pemasangan tempatan di Bangladesh tersebut akan dimulakan dengan pemasangan X90 yang dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo bersama sistem hibrid ringkas 48-Volt. Sebelum kilang tersebut beroperasi, Proton menyatakan bahawa ia yakin dengan status kenderaan tenaga baharu (NEV) pada X90 dapat mewujudkan niche pasaran di negara berkenaan.

    Proton sasar jadi tiga jenama automotif paling laris di Bangladesh selepas tiga tahun operasi CKD bermula

    Menurut Proton lagi, sasaran untuk menjadi tiga pengeluar teratas di Bangladesh akan dipacu oleh kewujudan kilang pemasangannya di negara itu. Ini kerana dengan adanya kilang berkenaan membolehkan Proton menjual produknya dengan harga yang lebih kompetitif kerana menerima kadar cukai yang lebih rendah.

    Selain itu, kilang baharu itu juga “akan menggalakkan pembangunan pekerja tempatan mahir sambil membangkitkan ekosistem vendor melalui pemindahan teknologi, dengan piawaian pengeluaran yang ketat dikuatkuasakan bagi memastikan output sepadan dengan kualiti kenderaan yang dibina di Tanjung Malim,” kata Proton.

    “Untuk memastikan kualiti produk di pasaran eksport yang dipasang secara tempatan adalah setara dengan kenderaan yang dibina di Malaysia, Proton bersandar pada pengalamannya manggunakan Volvo Global Quality Standard, yang telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti produk kami. Kami sedar bahawa terdapat banyak cabaran di hadapan kami untuk mencapai tahap ini dan untuk perkongsian ini mencapai matlamatnya, tetapi kami yakin bahawa bersama rakan kongsi kami, jenama Proton boleh menjadi lekapan utamadi Bangladesh,” tambah Dr Li.

    Pelancaran Proton X90 di Bangladesh ini telah disempurnakan oleh Haznah Md. Hashim iaitu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Rakyat Bangladesh. Di sana, Proton X90 ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium tujuh-tempat duduk dan juga Flagship enam-tempat duduk. Menurut laporan BNN, model ini dijual pada harga bermula 4,590,000 taka (RM198k) sehingga 4,990,000 Taka (RM215k). Proton turut mengesahkan X90 mendapat sambutan yang baik di mana 25 unit telah didaftarkan dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas pelancarannya.

     
     
  • Mitsubishi Triton AT Premium 2024 edisi terhad — aksesori RM10,800, duit raya RM2k hingga 31 Mac

    Mitsubishi Triton AT Premium 2024 edisi terhad — aksesori RM10,800, duit raya RM2k hingga 31 Mac

    Musim Raya akan tiba tidak lama lagi, dan seperti biasa pengeluar kenderaan akan memberikan promosi khas yang sukar diabaikan. Tidak ketinggalan ialah tawaran istimewa daripada Mitsubsihi Motors Malaysia (MMM) ini, yang memberikan duit raya RM2,000 — dalam bentuk rebat — bagi trak pikap Triton, bermula sekarang hingga 31 Mac nanti. Varian yang sah untuk diskaun ini ialah AT Premium (dan versi edisi terhadnya) dan juga Athlete.

    Pakej aksesori yang diberikan untuk Triton AT Premium edisi terhad juga dinyatakan nilainya RM10,800 (ia dijual pada harga yang sama dengan AT Premium biasa, RM135,900). Trak pikap yang diberi kemasan khas itu hanya ditawarkan dengan warna White Diamond dengan pelekat tema RalliArt.

    Selain itu, ada juga tambahan kelengkapan seperti skid plate merah-hitam di depan, lengkung tayar hitam berkilat, visor pintu dan sports bar hitam kesat — seperti yang ada untuk versi Phantom Plus tahun 2022. Rim pula bersaiz 18-inci dengan tayar Yokohama Geolandar, dengan bahagian dalam turut diberikan kemasan hitam merah.

    Mitsubishi Triton AT Premium 2024 edisi terhad — aksesori RM10,800, duit raya RM2k hingga 31 Mac

    Selebihnya, kelengkapannya sama dengan AT Prmeium biasa; menggunakan enjin 2.4-liter MIVEC empat-silinder turbodiesel yang menghasilkan 181 PS dan 430 Nm tork. Ini digandingkan pula dengan transmisi autimatik enam-kelajuan dan sistem pacuan empat roda separuh masa Easy Select 4WD.

    Kelengkapan yang ada termasuklah lampu utama projektor halogen, lampu kabus depan dan belakang, sistem tanpa kunci, butang Push Start, head unit dengan skrin sentuh dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, enam pembesar suara, kawalan pendingin automatik, kawalan melayar, balutan kulit buatan, dash cam, kamera undur, dua beg udara dan kawalan kestabilan.

     
     
  • Hong Leong Yamaha Motor panggil balik NVX, R15M

    Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengeluarkan satu notis panggilan balik untuk pemilik motosikal model NVX dan R15M yang dikeluarkan dari tahun 2021 hingga 2023 di Malaysia. Ia adalah bagi melakukan program penukaran dan naik taraf alat ganti yang dipanggil sebagai Communication Control Unit (CCU).

    Unit yang terkesan dengan panggilan balik ini boleh diketahui melalui nombor casis, iaitu bagi NVX ia adalah antara PMYSG7410L0000011 – P0039700 ke PMYSG7420L0000011 – P0026367, manakala untuk R15M adalah bagi unit antara PMYRG7910N0000011 – N0002990 ke PMYRG7910P0002991 – P0005190 dan PMYRG7910P0004991.

    HLYM juga menyatakan bahawa mereka tidak akan menghantar sebarang surat kepada pemilik, tetapi jika mereka mendapati motosikal mereka terlibat dengan panggilan balik ini, mereka boleh terus pergi ke pengedar rasmi motosikal Yamaha atau buat temu janji dengan mendaftar di laman ini.

    Sementara menunggu tiba waktu temu janji yang telah ditetapkan, pemilik dikatakan masih boleh terus menggunakan motosikal mereka, dan melakukan selenggara mengikut arahan yang tertulis dalam buku panduan pemilik.

     
     
  • Kerajaan akan fokus kepada pembangunan rangkaian pengecas EV, proses akan dipercepat – menteri MITI

    Kerajaan akan fokus kepada pembangunan rangkaian pengecas EV, proses akan dipercepat – menteri MITI

    Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, kerajaan dikatakan akan memberi fokus kepada pembangunan pusat pengecas pantas DC untuk mengurangkan kerisauan pengguna kenderaan elektrik (EV) apabila melakukan perjalanan jarah jauh.

    Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Liew Chin Tong, kementerian kini bersama dengan Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) kini sedang meneliti dan memperhalusi kajian untuk meningkatkan sasaran pengecas DC.

    Bercakap di dalam Dewan Rakyat, beliau berkata, hasil kajian ini akan dibentangkan semasa perjumpaan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) pada suku kedua tahun ini.

    Kerajaan akan fokus kepada pembangunan rangkaian pengecas EV, proses akan dipercepat – menteri MITI

    Demi membantu mencapai sasaran tempat mengecas EV yang ditetapkan oleh kerajaan, Liew berkata, syarikat konsesi akan bekerjasama dengan Tenaga Nasional untuk memastikan kuasa cukup bagi keperluan stesen pengecas EV jenis DC. Beliau menambah, Lembaga Lebuhraya Malaysia juga akan membantu syarikat konsesi serta pengendali pusat pengecas (CPO) EV untuk mempercepatkan proses kelulusan.

    Bulan lalu kementerian tersebut mengumumkan bahawa PLUS dan LLM telah bersetuju untuk memudahkan proses pembangunan dan meningkatkan jumlah stesen pengecas EV di sepanjang lebuh raya PLUS. Kedua-dua pihak akan mengenal pasti lokasi strategik untuk stesen pengecas baru di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian di sepanjang lebuh raya itu, sementara pembangunan substesen di lokasi yang diperlukan juga sedang diperhati.

    Tahun lepas kerajaan mengeluarkan meletakkan sasaran untuk mempunyai tambahan 100 lagi tempat mengecas EV di kawasan lebuh raya bertol menjelang tahun 2025. Pada masa ini, terdapat 60 pusat mengecas EV di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur, yang diletakkan di R&R serta stesen minyak.

     
     
  • Pengembara berkereta keluar masuk S’pura melalui Woodlands, Tuas boleh guna kod QR mulai 19 Mac

    Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memaklumkan mulai 19 Mac 2024, pengembara yang tiba dan keluar dari Singapura dengan kereta melalui tempat pemeriksaan Woodlands dan Tuas boleh menggunakan kod kod QR bagi menggantikan pasport untuk pelepasan imigresen lebih cepat dan mudah.

    Menurut ICA, pengembara berkenaan hanya perlu mengimbas satu kod QR yang dikeluarkan sebelum tiba di pusat pemeriksaan, berbanding menghantar pasport mereka kepada pegawai ICA di kaunter kereta seperti yang dipraktikkan sebelum ini, laporan Bernama.

    Bagi menggunakan Kod QR untuk pelepasan imigresen, pengembara perlu memuat turun aplikasi MyICA untuk peranti mudah alih mereka dan memasukkan butiran pasport dalam aplikasi itu untuk menghasilkan kod QR yang unik. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma sama ada menerusi App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).

    Pihak penguasa berkenaan turut berkata, warga Singapura boleh memasukkan secara automatik butiran pasport mereka menerusi SingPass apabila mengakses aplikasi MyICA atau menggunakan fungsi kamera terbina dalam aplikasi mudah alih untuk mengimbas Zon Boleh Dibaca Mesin (MRZ) pada muka surat biodata mereka di dalam pasport.

    “Pelawat asing yang mengunjungi Singapura sebelum ini boleh menggunakan kamera terbina dalam aplikasi MyICA untuk mengimbas MRZ muka surat biodata mereka dalam pasport untuk memasukkan maklumat pasport mereka,” kata ICA. MRZ adalah dua atau tiga baris aksara pada bahagian bawah muka surat biodata pasport mereka.

    Walau bagaimana pun, pelawat kali pertama dan mereka yang memasuki Singapura menggunakan pasport berbeza daripada kunjungan terakhir, perlu menyerahkan pasport mereka untuk pelepasan imigresen dan hanya boleh menggunakan kod QR untuk pelepasan imigresen pada perjalanan seterusnya.

    ICA berkata, pengembara dalam kereta sama boleh memasukkan butiran pasport mereka dan menghasilkan kod QR untuk satu kumpulan bagi pelepasan imigresen. Inisaitif kod QR ini membolehkan pengembara menikmati pengalaman lebih pantas dan mudah dengan anggaran penjimatan masa kira-kira 20 saat untuk kereta dengan empat pengembara kepada hampir seminit untuk kenderaan dengan 10 pengembara.

    Tambahnyam, pelepasan menggunakan kod QR bakal diperluaskan secara progresif ke zon pelepasan lain di pusat pemeriksaan darat dan ini akan membolehkan pengembara dalam kenderaan lain juga menikmati pelepasan imigresen yang pantas dan mudah.

     
     
  • Volkswagen Golf Mk8.5 facelift 2024 bakal dilancar di Malaysia tahun ini; ada edisi khas “GTI 50 Edition”?

    Volkswagen Golf Mk8.5 facelift 2024 bakal dilancar di Malaysia tahun ini; ada edisi khas “GTI 50 Edition”?

    Dalam ucapannya ketika majlis pelancaran SUV Flagship Volkswagen Touareg petang semalam, Pengarah Urusan VPCM Denyu Bostandzhiev turut membentangkan beberapa perancangan syarikatnya tahun ini, dan antara yang menarik perhatian adalah apabila beliau memberikan gambaran bahawa model kemaskini Volkswagen Golf generasi kelapan iaitu versi Mk8.5 facelift 2024 bakal dilancarkan di sini tak lama lagi.

    Bayangan pelancaran tersebut diberikan apabila Bostandzhiev menyatakan bahawa VPCM bakal menyambut ulangtahun ke-50 VW Golf di mana model generasi pertamanya telah diperkenalkan sejak 1974. Sambutan 50 tahun Golf ini juga sedang disambut oleh Volkswagen secara global, dan ia dimulakan dengan pengenalan Golf Mk8.5 facelift pada Januari lalu.

    Model kemaskini berkenaan menampilkan perubahan paling ketara pada bahagian lampu hadapan yang direka lebih nipis dan mempunyai lampu nyalaan siang bersegi di bahagian tepi. Lampu utama ini datang dalam tiga jenis, iaitu LED standard, diikuti pilihan prestasi yang datang dengan lencana menyala dan jalur LED di tengah, serta IQ.Light LED matrix. Lampu belakang juga mendapat rekaan pencahayaan baru dan mempunyai kesan 3D apabila mengambil pilihan IQ.Light.

    Volkswagen Golf Mk8.5 facelift 2024 bakal dilancar di Malaysia tahun ini; ada edisi khas “GTI 50 Edition”?

    Pada bahagian kabin, Golf facelift ini telah menggunakan kembali butang biasa pada stereng menggantikan panel sesentuh. Ia kini turut ditawarkan dengan sistem infotainmen modular generasi keempat (MIB4) Volkswagen yang antaranya menawarkan skrin Discover 12.9 inci, bersama fungsi kawalan suara IDA yang disepadukan dengan ChatGPT.

    Secara global, pelbagai pilihan enjin ditawarkan pada Golf Mk8.5 ini meliputi empat enjin petrol turbo, dua enjin turbodiesel, dua enjin petrol dengan sistem hibrid ringkas 48-volt dan dua varian menggunakan unit rangkaian kuasa plug-in hybrid.

    Bagi Golf GTI Mk8.5, enjin 2.0 liter turbo sedia ada kini ditala bagi menghasilkan 261 hp, atau 20 hp lebih berkuasa dari sebelum ini, dan ia masih digandingkan dengan kotak gear klac berkembar DSG tujuh kelajuan yang menggunakan klac basah.

    Buat masa sekarang, VPCM hanya menawarkan versi prestasi untuk Golf pada pasaran Malaysia iaitu Golf GTI dan Golf R selepas jualan bagi model varian asas R-Line 1.4 TSI di sini telah dihentikan pada Mac tahun lalu. Manakala untuk Golf GTI, ia kini telah dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang. Versi CKD untuk Golf R juga telah didedahkan namun ia masih belum dilancarkan secara rasmi.

    Berbanding dengan kemasukan model pre-facelift Mk8 yang lambat sekitar dua tahun untuk tiba ke pasaran tempatan, versi facelift Mk8.5 ini pula nampaknya jauh lebih cepat diperkenalkan di sini. Ini mungkin kerana fasiliti pemasangan di Pekan sudah sedia memasang versi sebelumnya, dan tidak banyak perubahan diperlukan bagi memasang versi kemaskini ini.

    Malah dalam ucapan Bostandzhiev semalam, beliau turut memberikan teaser bagi model istimewa Golf 50 Edition yang nampaknya turut akan diperkenalkan pada pasaran tempatan. Ketika didedahkan bulan lalu, Golf 50 Edition tersebut merupakan model yang diasaskan dari varian yang dijana oleh enjin 1.5 TSI dan diberikan beberapa perician unik seperti logo ’50’ yang letakkan pada tiang-B dan roda stereng.

    Jadi dengan pengenalan Golf Edition kelak, ini mungkin menandakan VPCM akan menawarkan semula Golf bukan prestasi dengan enjin 1.5 TSI atau mungkin Malaysia bakal menjadi negara pertama dalam dunia menerima Golf 50 Edition yang diasaskan dari Golf GTI?

     
     
  • BYD Atto 3 EV 2024 dikemaskini di Thai – skrin 15.6″, kabin hitam, penghidup enjin pintar, 18% lebih murah

    BYD Atto 3 EV 2024 dikemaskini di Thai – skrin 15.6″, kabin hitam, penghidup enjin pintar, 18% lebih murah

    BYD Atto 3 telah dikemaskini untuk model tahun 2024 di Thailand, di mana EV kelahiran China ini menerima kapasiti bateri yang lebih besar dan kelengkapan yang dipertingkatkan. Bagi versi Standard Range untuk Atto 3 2024 di Thailand ini, ia menawarkan dua kemasan iaitu Dynamic berharga 899,900 baht (RM118,531), dan Premium, berharga 949,900 baht (RM125,116), ternyata harganya lebih murah berbanding kadar semasa pada 1,099,900 baht (RM144,090) untuk Standard range.

    Unit yang ditempah oleh pelanggan dijangka tiba pada Mei, manakala versi Extended Range yang dipertingkatkan untuk Atto 3 2024 pula direncana akan dilancarkan tahun ini, laporan Headlight Magazine.

    Pek bateri lebih besar berkapasiti 50.25 kWh diberikan untuk Atto 3 2024 di Thailand, dan mengikut ujian NEDC, ia boleh mencapai jarak gerak hingga 410 km, dan ia diberikan untuk kedua-dua kemasan Dynamic dan Premium.

    Kelengkapan yang dipertingkatkan untuk Atto 3 2024 ini termasuklah perubahan pada bahagian luaran dan dalamannya. Bermula dengan kemasan luaran tiang-D yang kini ditampilkan dengan warna hitam, lebih kurang sama dengan yang diperoleh versi Edisi Terhad Ulangtahun di Malaysia.

    BYD Atto 3 EV 2024 dikemaskini di Thai – skrin 15.6″, kabin hitam, penghidup enjin pintar, 18% lebih murah

    BYD Atto 3 Edisi Terhad Ulangtahun 2023 di Malaysia

    Varian kemasan Dynamic menerika roda yang lebih besar, kini dengan unit 18-inci bersama rekaan baharu, sementara bahagian belakangnya kini ditampilkan dengan skrip jenama ‘BYD’, tidak ada lagi ‘Build Your Dreams’ seperti sebelum ini. Pembeli di Thailand juga menerima lampu nyalaan siang yang boleh dimatikan apabila memilih mod ‘Park’ pada transmisi kenderaan.

    Selain itu, fungsi penghidup kenderaan pintar juga diberikan, di mana kenderaan boleh dihidupkan debgan hanya memijak pedal brek berbanding menekan butang penghidup.

    Di dalamnya, skrin infotainmen boleh berpusing kini dipertingkatkan saiznya menjadi 15.6-inci (berbanding 12.8-inci pada model sebelumnya), dan infotainmen kini didatangkan dengan fungsi karaoke, sementara mikrofon tambahan turut diberikan secara pilihan dengan kos berasingan. Upholstery dalaman kini diberikan skim warna kombinasi biru-kelabu, atau padanan biru-hitam.

    Kelengkapan standard untuk Atto 3 Standard Range Dynamic 2024 bagi pasaran Thailand termasuklah lampu utama LED, lampu tinggi automatik dengan fungsi follow-me-home, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED dengan lampu isyarat berjujukan, bumbung suria panoramik, dan cermin sisi dengan fungsi anti-kabus.

    BYD Atto 3 EV 2024 dikemaskini di Thai – skrin 15.6″, kabin hitam, penghidup enjin pintar, 18% lebih murah

    BYD Atto 3 Edisi Terhad Ulangtahun 2023 di Malaysia

    Penjana kuasa untuk Atto 3 2024 masih menggunakan unit terdahulu, dengan motornya boleh menghasilkan 204 PS dan 310 Nm yang memacukan kuasa ke roda hadapan, membolehkan EV ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.3 saat.

    Di Malaysia, BYD Atto 3 telah menerima model Edisi Terhad Ulangtahun pada Disember tahun lalu, di mana EV ini menerima pakej penggayaan baharu, berasaskan varian Extended Range yang dilengkapi bateri 60.48 kWh yang memberikan jarak hingga 480 km mengikut ujian NEDC (420 km jika ikut WLTP).

    Ditawarkan dengan warna badan Boulder Grey atau Ski White, model edisi terhad itu diberikan dengan lip bampar depan baharu, panel bampar depan, perumah cermin sisi hitam, spoiler belakang, panel pemijak sisi serta diffuser belakang. Selain itu bingkai tingkap sisi juga diberikan kemasan hitam, begitu juga dengan bahagian panel tiang C.

    GALERI: BYD Atto 3 Edisi Terhad Ulangtahun di Malaysia

     
     
  • JPJ eBid: Siri PRF dan VMG bakal dibuka bidaan

    Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Siri plat nombor dari Pulau Pinang iaitu PRF dan VMG pula dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka bidaan mulai esok, 14 Mac 2024. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 18 Mac ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 19 Mac 2024. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

    Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • Tesla Model Y 2024 terima peningkatan di Malaysia — HW4, cermin berganda dan kaca privasi gelap

    Tesla Model Y 2024 terima peningkatan di Malaysia — HW4, cermin berganda dan kaca privasi gelap

    Tesla Malaysia telah memulakan serahan bagi Tesla Model Y, dengan lebih 70 pelanggan terawalnya sudah mula menerima kereta mereka di ibupejabat Tesla di Cyberjaya, hari ini.

    Untuk pasaran tempatan, semua varian bagi model terbabit — yang terdiri daripada Standard RWD, Long Range AWD dan Performance AWD — menampilkan kemaskini terbaru yang diperkenalkan untuk kereta itu di pasaran China pada November tahun lalu. Ini yang menjadi sebab kepada kelewatan serahan terbabit, yang sepatutnya mula dilakukan pada awal tahun ini.

    Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Model Y di Malaysia antara lain menampilkan kamera terkini “Hardware 4” untuk ciri pemanduan Autopilot semi-autonomous, yang boleh dilihat daripada modul kamera yang sedikit lebih besar di bahagian fender depan.

    Tesla Model Y 2024 terima peningkatan di Malaysia — HW4, cermin berganda dan kaca privasi gelap

    Lagi ciri baru yang diterima ialah tingkap sisi berganda saiz penuh yang pertama kali diperkenalkan untuk Model 3 “Highland” facelift tahun lalu, kaca penebat akustik itu turut mengurangkan bunyi angin. Selain itu, cermin tingkap belakang dan cermin belakang kini menggunakan pelbagai kaca privasi.

    Terakhir, tiada lagi bahagian tonneau cover yang menghalang penglihatan orang ke bahagian barangan. Menurut Tesla, penggunaan kaca privasi tersebut sudah cukup gelap dan tidak membolehkan orang melihat ke bahagian barangan tersebut.

    Lagi kemaskini untuk pasaran Malaysia bagi model ini ialah pilihan warna luaran, dengan dua warna baru menggantikan yang ditawarkan ketika pelancarannya. Warna merah multi-coat digantikan dengan warna Ultra Red, dan bagi pelanggan yang memesan warna merah yang lama, tiada sebarang kos tambahan akan dikenakan. Satu lagi warna baru ialah Stealth Grey, yang menggantikan warna Midnight Silver Metallic.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025