Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Stellantis Malaysia mula operasi — Peugeot 408 dijangka suku kedua nanti, turut libatkan jenama lain

    Stellantis Malaysia mula operasi — Peugeot 408 dijangka suku kedua nanti, turut libatkan jenama lain

    Susulan kepada pengumuman Bermaz Auto Alliance (BAA) minggu lalu, pemegang francais Peugeot, Stellantis Malaysia kini telah memulakan operasi sejak Jumaat lalu, 1 Mac.

    Stellantis selaku syarikat induk pemilik Peugeot bersama dengan syarikat jualan nasional (NSC)-nya mengarahkan dan menguruskan aspek pemasaran, jualan, pengedaran dan lepas jualan di Malaysia memaklumkan penubuhannya adalah sebahagian daripada sasaran pertumbuhannya di ASEAN dan selari dengan rancangan elektrifikasi dan strategi glabal Dare Forward 2030 syarikat itu.

    “Stellantis Malaysia merupakan permulaan yang menarik buat kami di Malaysia,” ujar Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. “Ada empat teras yang menjadi keutamaan kami, iaitu mempercepat pertumbuhan pasaran, memperluas portfolio produk, mewujudkan peluang pengedaran baru seluruh negara dan memberikan khidmat pelanggan yang lebih baik.”

    Stellantis Malaysia mula operasi — Peugeot 408 dijangka suku kedua nanti, turut libatkan jenama lain

    Syarikat ini juga telah penganjuran hari bersama pelabur di kilang pemasanganya di Gurun, Kedah dengan membentangkan pelan berkaitan kenderaan yang bakal diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Ini termasuklah Peugeot 408, yang dijangka dilancarkan pada suku kedua tahun ini, serta trak pikap Landtrek pemasangan tempatan. Tiada e-2008, tetapi kelihatan adanya e-3008 generasi ketiga, yang diperkenalkan untuk global September tahun lalu.

    Lebih menarik, Stellantis Malaysia tidak hanya menunjukkan kenderaan Peugeot. Turut ada ialah model lain di bawah portfolio syarikat itu seperti Citroën C3 Aircross, Jeep Wrangler dan sedikit berbeza, Alfa Romeo Tonale.

    Mengukuhkan lagi petunjuk oleh syarikat berkenaan untuk membawa jenama lain ke sini adalah pelaburan lebih RM2 bilion untuk kilang Gurun berkenaan. Kemudahan itu, disifatkan sebagai hab pengeluaran serantau untuk pasaran Malaysia dan eksport ASEAN, mampu mengeluarkan kenderaan yang menggunakan platform modular STLA Medium untuk enjin konvensional, mild-hybrid dan kenderaan elektrik.

     
     
  • Lebuhraya Persisir Utara Sarawak: pembinaan bermula 2025, hubungkan Miri, Brunei, Limbang, Lawas

    Lebuhraya Persisir Utara Sarawak: pembinaan bermula 2025, hubungkan Miri, Brunei, Limbang, Lawas

    Selain Lebuhraya Pan Borneo, rakyat Sarawak bakal mendapat satu lagi lebuhraya yang diberi nama Lebuhraya Persisir Utara tidak lama lagi. Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, lebuhraya yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas dijangka akan mula dibina tahun hadapan, laporan Bernama.

    Tambahnya, projek lebuh raya melalui dana kerajaan Sarawak bernilai RM6.1 bilion itu akan dibina dengan empat lorong, dan ia amat penting untuk mewujudkan peluang ekonomi yang besar terutamanya di Limbang dan Lawas.

    “Lebuh raya itu diperlukan memandangkan projek pembangunan utama yang akan dilaksanakan di bahagian Limbang – meliputi daerah Limbang dan Lawas – mulai tahun depan hingga 2030, kata Abang Johari yang dilaporkan Malay Mail.

    “Sebagai contoh, Lapangan Terbang Limbang akan dinaiktaraf dan diperluaskan landasannya bagi membolehkan pesawat lebih besar untuk mendarat. Kedua, kita telah mengenal pasti tapak di Bandar Limbang, berhadapan dengan Teluk Brunei, sebagai kawasan peranginan dan rekreasi,” katanya sambil menambah tapak di Lawas telah dikenal pasti untuk dijadikan pelabuhan dan turut dibina lapangan terbang baharu.

     
     
  • Euro NCAP syaratkan perlu ada suis tradisional untuk lampu signal dll untuk dapat 5 bintang bermula 2026

    Euro NCAP syaratkan perlu ada suis tradisional untuk lampu signal dll untuk dapat 5 bintang bermula 2026

    Dalam era moden penuh dengan teknologi elektronik buat masa sekarang, pengeluar-pengeluar automotif nampaknya cenderung untuk menghasilkan ruang dalaman dengan rekaan minimalis yang mengurangkan banyak suis-suis fizikal dan menggantikannya dengan suis maya pada skrin sesentuh atau menggunakan bentuk suis lebih ringkas yang tidak sama seperti suis tradisional.

    Melihat kepada perkara ini yang mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari terutamanya bersangkut paut dengan keselamatan, Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) bakal menolak markah ujian keselamatannya untuk model-model yang tidak dilengkapi dengan suis kawalan fizikal bagi beberapa fungsi bermula Januari 2026.

    Menurut laporan Motor1 yang memetik berita dari The Times, Euro NCAP bercadang untuk menurunkan penarafan kenderaan yang tidak mempunyai suis fizikal, tuil atau dail untuk lampu isyarat membelok, lampu isyarat kecemasan, hon, pengelap cermin dan fungsi panggilan kecemasan yang akan menghubungi nombor kecemasan tempatan secara automatik sekiranya berlaku kemalangan serius.

    “Penggunaan skrin sesentuh secara berlebihan merupakan masalah besar dalam industri, dengan hampir kesemua pengeluar kenderaan mengalihkan kawalan penting kepada skrin sesentuh utama, memerlukan pemandu untuk mengalihkan pandangan mereka dari jalan raya dan meningkatkan risiko kemalangan kerana terganggu,” kata pengarah pembangunan strategik Euro NCAP Matthew Avery.

    Euro NCAP syaratkan perlu ada suis tradisional untuk lampu signal dll untuk dapat 5 bintang bermula 2026

    “Ujian Euro NCAP baharu yang bermula pada 2026 akan menggalakkan pengeluar untuk menggunakan kawalan fizikal berasingan untuk fungsi-fungsi asas dalam cara yang intuitif, mengekalkan mata pada jalan raya dan seterusnya menggalakkan pemanduan yang selamat,” tambahnya lagi.

    Antara contoh yang agak melampau berkenaan suis ini boleh dilihat menerusi Tesla Model 3 ‘Highland’ terbaharu, di mana tuil lampu isyarat membelok telah digantikan dengan suis sentuhan pada permukaan yang diletakkan pada roda stereng, manakala kawalan transmisinya pula diletak pada skrin sesentuh utama (butang transmisi fizikal sokongan pada bahagian hadapan siling).

    Namun sudah ada pengeluar yang mengambil inisiatif sendiri untuk ‘mengundur kebelakang’ selepas mendengar rungutan pengguna, seperti Volkswagen yang menampilkan semula suis kawalan fizikal pada roda stereng untuk model Golf facelift MK8.5, berbanding model MK8 yang menggunakan suis kawalan sesentuh pada bahagian berkenaan.

    Walau bagaimanapun, tindakan Euro NCAP ini hanya boleh ‘menggalakkan’ pengeluar untuk kembali menggunakan suis-suis tradisional. Ini kerana Euro NCAP hanya sebuah badan bebas yang menguji dan memberikan markah bagi panduan pengguna, bukan badan kawal selia yang boleh menggubal undang-undang bagi mewajibkan perkara tersebut seperti Kesatuan Eropah.

     
     
  • Wuling Bingo Plus diperkenal di China – EV dengan kuasa 102 PS, 180 Nm, jarak gerak sehingga 510 km

    Wuling Bingo Plus diperkenal di China – EV dengan kuasa 102 PS, 180 Nm, jarak gerak sehingga 510 km

    Wuling telah memperkenalkan Bingo Plus di China, sebagai satu pilihan bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih daripada Bingo biasa. Harganya bermula 89,800 yuan (RM59,012) untuk varian permulaan dengan jarak gerak 401 km (CLTC) dan pergi sehingga 98,800 yuan (RM64,926) untuk varian yang mempunyai jarak gerak 510 km.

    Pengeluar China ini bagaimanapun tidak menyiarkan perincian sepenuhnya, dan varian jarak gerak jauh hanya dinyatakan mendapat bateri berkapasiti 50.6 kWh, iaitu jauh lebih besar berbanding Bingo biasa (paling besar 37.9 kWh).

    Bingo Plus juga mempunyai motor elektrik hadapan yang lebih berkuasa, dengan kemampuan 102 PS (101 hp atau 75 kW) dan tork 180 Nm, sementara Bingo biasa cuma 68 PS (67 hp atau 50 kW) dan 125 Nm. Wuling menyatakan, Bingo Plus boleh melakukan pecutan 0-50 km/j dalam masa 3.7 saat, manakala pengecasan pantas DC boleh menaikkan kadar bateri dari 30-80% dalam masa 30 ke 35 minit.

    Berkenaan saiz, Bingo Plus mencatat ukuran panjang 4,090 mm, lebar 1,720 mm dan tinggi 1,575 mm. Ia juga mempunyai jarak roda 50 mm lebih panjang berbanding Bingo biasa, iaitu 2,610 mm, tetapi masih dalam lingkungan yang hampir dengan pesaing terdekatnya di China, iaitu BYD Dolphin.

    Rekaannya sama sahaja seperti Bingo biasa, tetapi ditambah dengan DRL LED pada lampu utamanya dan bukaan udara menegak di bahagian bucu bampar. Garis tingkap juga dilihat naik sedikit di bahagian belakang, manakala warna badan yang disediakan adalah Storm Gray, Aurora Green dan Quantum Black.

    Bahagian dalam Bingo Plus dijadikan berbeza dengan Bingo biasa, dengan mendapat susun atur papan pemuka yang lebih ringkas dan dua skrin yang ada, iaitu panel instrumen 8.8 inci dan skrin sesentuh 10.1 inci untuk sistem infotainmen diasingkan (pada Bingo ia bersambung).

    Wuling juga menyatakan badan Bingo Plus ini dibesarkan untuk memberi lebih ruang, termasuk 912 mm untuk kaki penumpang belakang, dan jarak lutut ke lutur 89 mm. Apabila tempat duduk belakang dilipat, ruang simpanannya menjadi 1,450 liter, jauh lebih tinggi berbanding Bingo yang cuma mencatat 790 liter. Sistem keselamatan yang disediakan pada Bingo Plus adalah termasuk empat beg udara, ESC, ABS, parkir automatik dan Hill Start Assist.

     
     
  • LPT3: Kerajaan sedang teliti cadangan projek, bakal guna pembiayaan kaedah BOT – Ahmad Maslan

    LPT3: Kerajaan sedang teliti cadangan projek, bakal guna pembiayaan kaedah BOT – Ahmad Maslan

    Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan kerajaan menerusi Jawatankuasa Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri sedang meneliti cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3).

    Beliau berkata demikian bagi menjawab Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) yang ingin mengetahui status terkini pembinaan LPT3 dalam sesi soal jawab diDewan Rakyat semalam. Ahmad Samsuri juga ingin mengetahui bentuk model pembiayaan dan model operasi yang dicadang untuk pembinaan LPT3 bagi memastikan pulangan pelaburan kepada pihak terbabit.

    Menurut Ahmad Maslan, projek pembinaan LPT3 akan menggunakan model pembiayaan Bina, Kendali dan Pindah (BOT). Katanya, menerusi kaedah BOT, syarikat pemaju akan membuat pembiayaan pembinaan LPT3 melalui bank serta mendapatkan pulangan keuntungan melalui kutipan bayaran tol dan apabila selesai dalam suatu tempoh, projek dikembalikan kepada kerajaan.

    LPT3: Kerajaan sedang teliti cadangan projek, bakal guna pembiayaan kaedah BOT – Ahmad Maslan

    “Kita ada projek ECRL (Laluan Rel Pantai Timur), kita ada CSR (Lingkaran Tengah Utama), jadi kementerian berpandangan model pembiayaan bagi cadangan LPT ini pula akan menggunakan model BOT.

    “LPT3 adalah lebuh raya antara bandar, kebiasaannya hanya kerap dilalui pengguna pada hujung minggu berbeza dengan lebuh raya dalam bandar yang banyak digunakan dalam lima hari seminggu. Jadi model pembiayaan ini perlu diteliti sebaiknya supaya menguntungkan semua pihak,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

    LPT3 dicadangkan bermula dari Kampung Gemuroh di Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan melibatkan jajaran sejauh 122 kilometer.

    Pada tahun 2020, kerajaan terdahulu pimpinan Pakatan Nasional telah meluluskan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta bagi projek LPT3 ini. Di mana ketika itu, menteri yang bertanggungjawab berkata kerja awalan projek tersebut telah bermula pada Ogos 2020 dan dijangka siap April 2022.

     
     
  • Goodyear bakal tutup kilangnya di Shah Alam Jun tahun ini, 550 pekerjanya di Malaysia akan terjejas

    Goodyear bakal tutup kilangnya di Shah Alam Jun tahun ini, 550 pekerjanya di Malaysia akan terjejas

    Menerusi satu kenyataan yang dibuat untuk kegunaan dalaman, presiden Goodyear Asia Pasifik Nathaniel Madarang mengumumkan bahawa syarikat berkenaan bakal menghentikan operasi kilang tayarnya di Seksyen 15, Shah Alam tahun ini. Secara spesifiknya, penutupan tersebut akan bermula 30 Jun 2024 dan penutupan sepenuhnya akan dibuat menjelang hujung tahun nanti.

    Menurut Madarang, penutupan ini adalah selari dengan program transformasi Goodyear Forward yang disasarkan untuk mengoptimakan saiz dan portfolio syarikat pengeluar tayar itu, seterusnya akan memberikan margin yang lebih besar serta mewujudkan nilai kepada pemegang saham.

    “Program ini merangkumi beberapa langkah spesifik bagi memberikan pengurangan kos tahunan sebanyak USD1 bilion (RM4.73 bilion) menjelang 2025, bagi memastikan kita kekal kompetitif dan diletakkan sebagai peneraju industri,” katanya dalam kenyataan tersebut.

    Beliau turut menyatakan penutupan kilang berkenaan walau bagaimanapun bakal menjejaskan seramai 550 pekerjanya di Malaysia. “Kami komited untuk melayan pekerja kami dengan secara terhormat dan telus dalam proses ini,” jelasnya dan menambah keputusan yang diambil ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi ia perlu dilakukan untuk jangka masa panjang perniagaan dan para pelanggannya.

    Goodyear telah memulakan perniagaannya di Malaysia sejak 1929, manakala kilangnya di Seksyen 15 tersebut merupakan antara kilang terawal yang dibina di Shah Alam, dirasmikan pada 18 Mei 1974 oleh Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Haji Abdul Razak. Kilang tersebut juga membekalkan tayar untuk kereta pertama Malaysia iaitu Proton Saga pada tahun 1985, dan turut menjadi kilang pertama Goodyear yang menerima pensijilan ISO 9002 pada 1992.

    Buat masa sekarang kilang Goodyear Shah Alam ini masih membekalkan tayar kepada Perodua, kerana pengeluar automotif nasional kedua itu mahu mengekalkan tahap kandungan tempatan yang tinggi, seterusnya menerima lebih potongan cukai bagi menjual kenderaannya dengan harga kompetitif. Dengan penutupan kilang ini mungkin kita akan melihat Perodua bakal menggunakan tayar Toyo atau Continental kerana hanya dua jenama ini masih mempunyai kilangnya di Malaysia?

     
     
  • Beralih kepada tenaga bersih dengan aplikasi Gentari Go — tersedia di Apple App Store, Google Play Store!

    Beralih kepada tenaga bersih dengan aplikasi Gentari Go — tersedia di Apple App Store, Google Play Store!

    Seperti yang mungkin anda sudah tahu, perubahan iklim adalah satu isu yang sangat menekan dunia sekarang dan penting untuk kita mengurangkan kesan karbon yang dikeluarkan. Memikirkan perkara ini, penyedia solusi tenaga bersih, Gentari telah melancarkan Gentari Go, iaitu satu aplikasi serba lengkap yang menggabungkan mobiliti mesra alam dengan solusi tenaga boleh diperbaharui, membantu anda menjalani gaya hidup mampan dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

    Gentari Go menggabungkan ekosistem tenaga bersih Gentari, termasuk rangkaian pengecas kenderaan elektrik meluas; hasil kerjasama denagn JomCharge dan ChargEV, dan memberikan akses kepada 70% pusat pengecas di Malaysia. Satu ciri baru dalam aplikasi ini adalah kemampuan memeriksa tahap pengecasan kenderaan anda, membantu memudahkan anda memerhati aliran tenaga semasa mengecas.

    Selain daripada itu, Gentari Go juga sekarang dapat membenarkan anda mengecas kenderaan melepasi sempadan negara, sekaligus meningkatkan keyakinan serta memudahkan rancangan perjalanan jauh bersama EV anda. Ini adalah hasil kerjasama dengan pengendali pusat mengecas (CPO) serantau seperti CDG Engie, City Energy Go dan EVolt, serta pengurus pusat mengecas dengan SOC2 & Virta dengan kelulusan ISO12700.

    Beralih kepada tenaga bersih dengan aplikasi Gentari Go — tersedia di Apple App Store, Google Play Store!

    Untuk masa ini, anda boleh mengakses sehingga 2,000 pusat mengecas di seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand. Tambah baik lagi, Gentari Go kini menawarkan diskaun 10% untuk sehingga 10 kali pengecasan* bagi setiap pengguna sehingga 31 Mei 2024.

    Jika di rumah, anda boleh menghubungkan pengecas EV Gentari dengan sistem kuasa solar, seterusnya menghapuskan terus pengeluaran karbon dengan menggunakan kitaran tenaga bersih dari bumbung kepada kenderaan. Anda boleh mengambil langkah pertama dengan membeli pengecas EV kegunaan rumah terus dari aplikasi tersebut, pada harga RM2,600.

    Beralih kepada tenaga bersih dengan aplikasi Gentari Go — tersedia di Apple App Store, Google Play Store!

    Servis Gentari Go akan berkembang mengikut masa kerana ia dapat membenarkan pengendali pusat mengecas lain serta pengeluar kenderaan untuk menyatukan rangkaian mengecas mereka. Turut ditawarkan adalah servis seperti pengecasan automatik.

    Jadi, apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi Gentari Go sekarang dan nikmati diskaun 10% untuk 10 transaksi mengecas anda yang seterusnya di semua pusat mengecas Gentari di seluruh Malaysia. Ia tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Layari laman web rasmi Gentari Go untuk maklumat lanjut.

    *Maksimum RM10 bagi setiap sesi

     
     
  • Kerajaan luluskan RM50 juta lanjutkan lorong bas khas dan beli van perantara Demand Response Transit

    Kerajaan luluskan RM50 juta lanjutkan lorong bas khas dan beli van perantara <em>Demand Response Transit</em>

    Kerajaan Malaysia telah melulus dan menyalurkan peruntukan RM50 juta untuk melanjutkan rangkaian lorong khusus bas, serta untuk pembelian 100 van perantara Demand Response Transit (DRT) untuk kegunaan di Lembah Klang bermula September ini. Perkara ini dikongsikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, seperti dilaporkan Bernama. Ketika ini, ada dua perkhidmatan DRT di Malaysia — Kumpool dan Trek.

    Kajian menunjukkan yang pelaksanaan lorong khusus untuk bas di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang sejak 3 Julai tahun lalu telah menunjukkan maklum balas positif terhadap penjimatan masa — ini dimaklumkan oleh Zahid sendiri yang turut bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Trafik Kabinet (JKMKJR).

    “Data menunjukkan ada penjimatan masa sehingga 18 minit bagi perjalanan bas di lokasi. Dan berdasarkan penjimatan itu, ada juga peningkatan pengguna harian sehingga 20% hingga 45%. Dengan keberkesanan pengurangan masa ini, berlaku juga peningkatan kekerapan bas dan penumpang harian. Untuk itu, JKMKJR mengambil keputusan untuk mengekalkan larong khas bas di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang tersebut,” ujar Zahid.

    Jawatankuasa itu juga bersetuju untuk melanjutkan lorong khas bas ini ke Jalan Klang Lama bermula Jun tahun ini, dan untuk menjalankan kajian lorong bas di sepanjang Jalan Cheras, dari Taman Connaught hingga Jalan Pudu serta Lebuhraya Persekutuan, dari pusat bandaraya Kuala Lumpur hingga Shah Alam.

    Selepas menerima maklumat daripada polis, DBKL dan JKR, jawatankuasa ini juga memutuskan untuk melaksana sistem penyuraian baru secara berperingkat untuk mengatasi masalah kesesakan di kawasan kritikal.

     
     
  • Sistem MySubsidi Diesel 2.0 mulai esok – tambah 9 jenis kenderaan pengangkutan darat, 5 stesen minyak

    Sistem MySubsidi Diesel 2.0 mulai esok – tambah 9 jenis kenderaan pengangkutan darat, 5 stesen minyak

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memutuskan untuk memperluaskan projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 kepada sembilan jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan dan lima syarikat minyak mulai esok, 7 Mac 2024.

    Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, sembilan jenis kenderaan itu membabitkan lori kargo am, lori minuman botol, lori sejuk beku, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel dan van jenis window, laporan Bernama.

    Jelasnya, menerusi pelaksanaan projek rintis fasa kedua itu, syarikat yang terbabit dalam sektor pengangkutan darat barangan, boleh membuat permohonan bermula jam 9 pagi esok melalui mysubsidi.kpdn.gov.my. Di mana terdapat dua peringkat permohonan iaitu dengan KPDN bagi tujuan kelulusan dan syarikat minyak untuk pengeluaran Fleet Card.

    “Sebaik sahaja kelulusan diberikan, mereka boleh memohon dengan lima syarikat minyak mengikut pilihan sama ada Petronas, Shell, Caltex, BHP atau Petron,” katanya sambil menambah tempoh kelulusan permohonan KPDN adalah antara satu dan dua hari, manakala proses pengeluaran Fleet Card oleh syarikat minyak dianggarkan dua hingga empat minggu.

    Sistem MySubsidi Diesel 2.0 mulai esok – tambah 9 jenis kenderaan pengangkutan darat, 5 stesen minyak

    “Kita harap kerjasama daripada semua syarikat untuk mula buat permohonan esok supaya kita dapat pastikan Fleet Card boleh digunakan pada 1 April ini,” katanya.

    Mengenai perancangan masa depan Projek Rintis SKDS 2.0, beliau berkata, KPDN dan Kementerian Kewangan (MoF) sedang meneliti keperluan bagi tujuan peluasan projek rintis itu ke Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) lain yang bersesuaian bagi menangani risiko ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap dan efektif.

    “Kaedah digital ini dapat membantu mengurangkan kos kawalan dan penguatkuasaan yang dibuat secara fizikal kerana kita sebelum ini guna tenaga fizikal iaitu dengan kira-kira 2,200 anggota penguat kuasa,” katanya.

    Pada 1 Februari lalu, Armizan memaklumkan projek rintis SKDS 2.0 bagi sektor pengangkutan darat (barangan) membabitkan enam syarikat perintis berjalan dalam tempoh dua bulan bertujuan menyediakan mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

     
     
  • Hot Wheels lancar siri animasi Let’s Race di Netflix – Bandar Hot Wheel Saiz Sebenar kini di IOI City Mall

    Hot Wheels lancar siri animasi Let’s Race di Netflix – Bandar Hot Wheel Saiz Sebenar kini di IOI City Mall

    Hot Wheels Malaysia hari ini melancarkan siri animasi Hot Wheels Let’s Race terbitan Mattel Television Studios yang kini sudah boleh distrim menerusi aplikasi Netflix. Serentak dengan pelancaran siri animasi itu, Hot Wheels Malaysia turut membuka satu “Bandar Hot Wheels saiz sebenar” di ruang legar IOI City Mall bermula 5 hingga 10 Mac 2023 yang menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh peminatnya.

    Acara perasmian tersebut dihadiri oleh tiga orang pempengaruh dari dunia automotif iaitu pelumba profesional Prince of Drift Tengku Djan Ley, pengasas acara gaya hidup Art of Speed Asep Ahmad, dan juga pelumba kart muda Katrina Ee.

    Hot Wheels Let’s Race ini merupakan animasi penuh komedi untuk kanak-kanak, mengisahkan sekumpulan pelumba generasi baharu yang menyertai kem perlumbaan. Dalam animasi tersebut, Hot Wheels bukan sahaja menampilkan kereta-kereta fantasi yang selama ini hanya wujud sebagai kereta mainan, malah ia turut beraksi di litar-litar yang diinspirasikan dari set-set permainan Hot Wheels.

    “Kami sentiasa berusaha untuk mendekati peminat-peminat kami dari pelbagai lapisan umur dengan cara yang menyeronokkan dengan harapan dapat menyemarakkan dan memupuk semangat bersaing yang terpendam dalam diri mereka dan membantu mereka mencapai potensi diri mereka yang sebenar,” kata Murat Ariksoy, pengurus besar Mattel Asia Selatan.

    “Kami berharap semua peminat ternanti-nanti akan kemunculan babak-babak yang penuh aksi dan perlumbaan yang mencemaskan menjadi kenyataan”, tambahnya lagi.

    Selain dari bermain di Bandar Hot Wheels yang disediakan, set-set permainan yang muncul dalam siri animasi tersebut turut dijual semasa acara ini diadakan. Antaranya seperti Hot Wheels Ultimate T-Rex Transporter, Hot Wheels Ultimate Garage, Hot Wheels City Downtown dan banyak lagi.

    Promosi hadiah-melalui-pembelian edisi terhad turut ditawarkan ketika acara ini berlangsung, yang menawarkan hadiah percuma seperti Hot Wheels Short Card Blister, Hot Wheels Limited Edition Carry Case, Hot Wheels Collector Nissan Silvia dan pelbagai lagi.

    Aktiviti-aktiviti yang disediakan turut menawarkan hadiah kepada mereka yang menyertainya dengan cara mengumpul cop pada setiap stesen aktiviti. Selain itu acara ini turut menjadi gelanggang kepada pusingan akhir Kejuaraan Perlumbaan Ultimate Hot Wheels.

    Peringkat kelayakan bagi perlumbaan ini sudahpun bermula 15 Februari hingga 3 Mac lalu di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara. Pertandingan akhir bagi kejuaraan ini akan berlangsung pada 9 Mac, manakala kejuaraan bagi kategori terbuka akan diadakan pada 10 Mac.

    Manakala untuk pengumpul Hot Wheels, anda mungkin boleh mencuba nasib untuk mendapatkan model-model mainline terbaharu menerusi sesi Hot Wheels Basic Unboxing yang diadakan setiap hari bermula 5 hingga 10 Mac. Beberapa set model pengumpul turut boleh dibeli ketika acara ini berlangsung.

     
     
  • Harga minyak 7-13 Mac 2024 — RON97 kekal RM3.47

    Harga minyak 7-13 Mac 2024 — RON97 kekal RM3.47

    Bagi minggu bertarikh 7 hingga 13 Mac 2024, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan tiada perubahan bagi harga runcit ketiga-tiga bahan api utama iaitu petrol RON 97, RON 95 dan diesel.

    Petrol premium RON 97 masih kekal dengan harga jualan runcit RM3.47 seliter, setelah mengalami kenaikan terakhir sebanyak 10 sen seliter pada 20 September 2023.

    Manakala harga jualan runcit bagi RON 95 masih dikekalkan pada harga siling di paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan di paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga 20 sen lebih mahal pada kadar RM2.35 seliter.

    Pada 2 Januari lalu, Pangkalan Data Utama (PADU) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di mana PADU akan digunakan sebagai komponen utama untuk kerajaan menyalurkan semula subsidi bersasar dan bantuan lain. Pengenalan ini membuka jalan kepada pengagihan subsidi bersasar RON 95, yang dijangka akan mula dilaksanakan pada separuh kedua 2024 ini.

     
     
  • Chery Omoda E5 dilancar di M’sia – 204 PS/340 Nm, bateri 61 kWj, jarak gerak 430 km; harga dari RM147k

    Chery Omoda E5 dilancar di M’sia – 204 PS/340 Nm, bateri 61 kWj, jarak gerak 430 km; harga dari RM147k

    Selepas beberapa kali membuat tontonan di khalayak ramai sejak November tahun lalu, akhirnya Chery Omoda E5 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. SUV elektrik penuh segmen-B ini ditawarkan pada harga atas jalan bermula RM146,800. Tempahannya juga telah dibuka dan sudah berada di bilik pameran sejak 24 Februari lalu.

    Menerusi majlis pelancarannya petang ini, Presiden Chery Malaysia, Leo Chen mengumumkan bahawa Omoda E5 akan menjadi kenderaan elektrik China pertama yang akan dipasang (CKD) di Malaysia dijangka bermula suku kedua tahun ini. Bermakna model import sepenuhnya (CBU) yang akan ditawarkan terlebih dahulu, sementara menanti ‘kelahiran’ versi CKD.

    Omoda E5 dijanakan oleh motor elektrik pemasangan hadapan dengan kuasa 204 PS (201 hp atau 150 kW) dan tork 340 Nm, yang didakwa mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 7.2 saat. Motor elektrik tersebut dijanakan oleh bateri lithium logam fosfat (LFP) berkapasiti 61 kWj. Ia membolehkan SUV EV ini bergerak sejauh 430 km mengikut kitaran ujian WLTP. Laju maksimumnya pula mencecah 172 km/j.

    Menurut Chery, penggunaan kuasanya sekitar 14.5 kWh bagi setiap 100 km. Selain itu, EV ini menyokong pengecasan AC maksimum 9.9 kW serta pengecas pantas DC sehingga 80 kW yang boleh mencapai tahap 30-80% dalam 28 minit. Ia juga boleh berfungsi sebagai “powerbank bergerak” untuk membolehkan pelbagai peralatan elektrik beroperasi menerusi sistem V2L 3.3 kW.

    Chery Omoda E5 dilancar di M’sia – 204 PS/340 Nm, bateri 61 kWj, jarak gerak 430 km; harga dari RM147k

    Dengan panjang 4,420 mm, lebar 1,830 mm, tinggi 1,588 mm dan jarak roda 2630mm, ia menyediakan ruang yang mencukupi untuk penumpang dan kargo. Kapasiti bagasi yang besar 483L memberikan banyak ruang penyimpanan barangan. Omoda E5 juga memiliki jarak kelegaan tanah mencecah 145 mm menjadikannya lebih praktikaliti.

    Untuk imejnya, Omoda E5 tidak diberikan gril utama ikonik seperti Omoda 5 kerana ia tidak memerlukan unit radiator, tetapi digantikan dengan satu bar hitam berkilat yang bersambung dengan kemasan lampu nyalaan siang LED. Bahagian hadapannya juga menempatkan soket plug untuk mengecas SUV EV ini, disorokkan dengan penutup pada bahagian tengah muka, selain lampu utama LED automatik berbentuk tirus dengan fungsi ‘Follow Me Home’.

    Namun ia juga masih diberikan liang udara dengan penutup aktif pada bahagian bampar yang tertutup dalam keadaan biasa bagi meminimakan kesan seretan udara, dan dibuka secara automatik bagi menyejukkan motor elektrik ketika ia dipandu laju. Omoda E5 ini juga diberikan rim aloi 18-inci dengan rekaan yang lebih tertutup dan aerodinamik serta rekaan diffuser bawah bampar belakang yang lebih ringkas tanpa perumah untuk tip ekzos.

    Berbanding Omoda E versi enjin pembakaran dalaman, Omoda EV tampil dengan rekaan kabin yang jelas berbeza pada bahagian konsol terowong. Di mana versi EV ini tidak menampilkan tombol gear konvensional, membolehkan bahagian tersebut diberikan ruang storan lebih banyak dan nampak lebih ringkas.

    Chery Omoda E5 dilancar di M’sia – 204 PS/340 Nm, bateri 61 kWj, jarak gerak 430 km; harga dari RM147k

    Manakala untuk memilih bergerak ke hadapan, mengundur atau parkir, pemandu disediakan dengan suis tangkai yang diletakkan pada konsol stereng ala-tuil gear Mercedes-Benz. Selain itu ia diberikan upholstery kulit dengan dua pilihan rona iaitu hitam dan kombinasi biru-beige, unit utama skrin 2K HD lengkung 24.6-inci dan menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

    Ia juga diberikan bumbung suria, dua zon bagi pendingin hawa dengan corong untuk tempat duduk belakang dan penapis udara PM 2.5, sistem bunyi premium Sony dengan lapan pembesar suara, roda stereng balutan kulit, pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan aktif yang berkesan mengurangkan suhu telefon semasa dalam proses pengecasan dan Qualcomm 8155 system on chip (SoC).

    Dan satu perincian yang agak menarik, Omoda E5 ini tidak diberikan butang pemula seperti butang penghidup enjin pada model Omoda 5 – pemandu hanya perlu meletakkan kunci dalan poket, tekan pedal brek dan SUV ini sudah boleh dipandu. Selesai memandu, pemandu hanya perlu meletakkan gear pada posisi ‘P’ dan terus keluar dari kenderaan.

    Bagi aspek bantuan pemandu dan keselamatan, ia dilengkapi dengan ADAS 2.5 yang terdiri daripada Front Collision Warning (FCW), Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Multi Collision Brake (MCB) dan Traffic Jam Assistant (TJA)

    Ia juga diberikan Door Open Warning (DOW), Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Integrated Cruise Assist (ICA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Rear Collision Warning (RCW), Lane Change Assist (LCA), Lane Departure Prevention (LDP), Driving Monitoring System (DMS), Blind-spot Detection (BSD), Emergency Lane Keeping (ELK) dan Departure Reminder.

    Selain itu, ia turut diberikan enam beg udara, ABS, EBD, sistem bantuan brek, program kestabilan elektronik, sistem kawalan cengkaman, kawalan bantuan mula mendaki, sistem pemantauan tekanan tayar, pengesan parkir belakang dan kamera panoramik HD.

    Omoda E5 ditawarkan dalam warna Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey, dan Dark Black. Pembelian SUV EV ini juga diberikan waranti kenderaan tujuh-tahun/150,000 km, waranti bateri lapan-tahun/160,000 km dan waranti unit pemanduan lapan-tahun/160,000 km yang meliputi Kuasa Motor (Power Motor), Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit), Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System) dan Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit).

    Chery Malaysia juga menawarkan pertukaran bateri satu-dengan-satu jika tahap kondisi bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan (tertaklum pada terma dan syarat). Untuk 2,000 unit tempahan pertama, pembeli akan menerima Wall box charger, V2L (Vehicle-to-Load) Charger dan kredit cas bernilai RM1,000 di rangkaian pengecas EVC.

     
     
  • Proton jual 13,602 unit pada Feb 2024 — perkongsian pasaran 20.5%, Saga terlaris, S70 naik tempat kedua

    Proton jual 13,602 unit pada Feb 2024 — perkongsian pasaran 20.5%, Saga terlaris, S70 naik tempat kedua

    Proton telah umumkan prestasi jualan bulan Februari 2024 syarikat itu yang mencatatkan angka 13,602 unit. Ini diterjemahkan kepada 5.6% peningkatan berbanding jualan bulan Januari lalu yang merekodkan sebanyak 12,882 unit. Untuk tempoh dua bulan pertama ini, Proton mencatatkan jualan 26,484 unit, 3% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Bagi perkongsian pasaran, Proton menjangkakan akan mencapai 20.5% dan membolehkan syarikat itu mengekalkan kedudukan kedua bagi jualan keseluruhan. Kadar eksport Proton juga meningkat sebanyak 223% kepada 346 unit sepanjang Februari berbanding Januari, sementara jumlah pertumbuhan semasa tahunan ialah 50.5%, dengan 453 unit terjual di pasaran luar.

    Bagi pecahan mengikut model pula, Saga terus menjadi penyumbang terbesar, dengan jualan 6,212 unit sepanjang bulan lalu, menjadikannya lima bulan berturut-turut mencatatkan jualan melebihi 6,000 unit. Dengan jualan sebanyak 12,341 unit bagi dua bulan pertama 2024, jualan semasa tahunan Saga kini 10.9% lebih tinggi bagi tempoh sama tahun lalu.

    Proton jual 13,602 unit pada Feb 2024 — perkongsian pasaran 20.5%, Saga terlaris, S70 naik tempat kedua

    Di tempat kedua ialah sedan S70, dengan 2,314 unit terjual bulan lalu, mencatatkan peningkatan 60.5% daripada 1,442 unit terjual bagi Januari 2024. Dengan jumlah pengeluaran model ini dijangka terus meningkat dalam bulan-bulan ke depan, jualannya juga dijangka akan mengikut corak sama.

    Model ketiga terlaris Proton bagi Februari 2024 pula ialah Persona, dengan 1,859 unit terjual. Jualan Iriz pula meningkat sebanyak 3.8% kepada 543 unit, sementara X70 juga mencatatkan jualan lebih baik berbanding Januari dengan 445 unit terjual bulan lalu.

    Bagi X90, 374 unit diserahkan bulan lalu, sementara Exora yang kini tidak lagi dikeluarkan dan hanya bergantung kepada stok sedia ada terjual sebanyak 39 unit.

    “Proton meneruskan peningkatan positif bagi bulan kedua tahun ini, dengan jualan yang dipacu oleh pasaran domestik dan eksport. Pasaran eksport Proton akan menjadi pertumbuhan penting pada 2024 dan kami juga menjangkakan S70 akan mendominasi segmennya dengan serahan yang terus meningkat dalam bulan mendatang,” jelas CEO Proton Edar, Roslan Abdullah.

     
     
  • Proton S70 sedan segmen-C paling laris di Malaysia untuk bulan Februari 2024, terjual sebanyak 2,314 unit

    Proton S70 sedan segmen-C paling laris di Malaysia untuk bulan Februari 2024, terjual sebanyak 2,314 unit

    Proton mengumumkan bahawa sedan segmen-C Proton S70 telah pun berjaya dijual sebanyak 2,314 unit sepanjang bulan Februari 2024. Ini membolehkan model berkenaan menjadi sedan segmen-C paling laris dalam kelasnya bulan lalu.

    Rekod berkenaan jelas 60.5% lebih banyak dari jualan pada Januari lalu di mana sebanyak 1,442 unit S70 berjaya diserahkan kepada pelanggan pada bulan tersebut. Menurut Proton peningkatan jualan S70 pada bulan lalu adalah selaras dengan peningkatan produksi model berkenaan di kilangnya.

    Proton S70 dilancarkan secara rasmi pada hujung November 2023, namun menurut timbalan CEO Proton Roslan Abdullah dalam laporan sebelum ini, penghantaran model tersebut kepada pelanggan tertangguh kerana dua perkara – pertama adalah demi memastikan kualitinya, sementara kedua adalah untuk mendaftarkannya pada tahun 2024 atas sebab nilai jualan balik (RV).

    Proton S70 sedan segmen-C paling laris di Malaysia untuk bulan Februari 2024, terjual sebanyak 2,314 unit

    Proton S70 merupakan sedan yang diasaskan dari platform B-segment Modular Achitecture (BMA) yang sama seperti SUV Proton X50. Walaupun dari bahagian luaran ia nampak sama seperti Geely Emgrand untuk pasaran China, Filipina dan beberapa negara Timur Tengah, S70 sebenarnya dibangunkan semula oleh Proton dengan pelbagai perubahan drastik.

    Antaranya enjin 1.5L NA dan kotak gear CVT yang digantikan dengan enjin 1.5L tiga-silinder turbo yang lebih berkuasa dan transmisi klac berkembar automatik tujuh-kelajuan yang lebih responsif, ruang kabin yang lebih sesuai untuk pasaran Malaysia, talaan suspensi “Proton Ride Handling”, kelengkapan keselamatan lebih canggih dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dan pelbagai lagi.

    Untuk perincian lebih lengkap anda bolah baca laporan pelancaran Proton S70 ini pada PAUTAN INI. Kami turut sudah menguji sedan ini di litar ujian Proton tiga minggu sebelum pelancarannya, di mana ulasannya boleh anda baca pada PAUTAN INI.

    Proton S70 2024 Executive

    Proton S70 2024 Premium

    Proton S70 2024 Flagship X

     
     
  • Togg T10F 2025 diperkenal – sedan EV dari Turki dengan jarak gerak sehingga 600 km, kuasa 435 PS

    Togg T10F 2025 diperkenal – sedan EV dari Turki dengan jarak gerak sehingga 600 km, kuasa 435 PS

    Jenama Togg mungkin tidak ramai yang kenal, tapi ia sebenarnya adalah pengeluar kenderaan elektrik nasional pertama dari Turki. Ditubuhkan pada tahun 2018, syarikat itu menunjukkan EV pertama mereka, SUV T10X pada tahun 2019 dan kemudiannya pengeluaran bermula pada tahun 2022. Tahun ini, Togg menunjukkan pula model kedua mereka, iaitu sebuah sedan fastback yang dipanggil sebagai T10F, dan akan dijual bermula tahun 2025.

    Mempunyai ukuran panjang 4,830, lebar 1,881, tinggi 1,560 mm dan jarak roda 2,890 mm, T10F terletak dalam kategori sedan segmen C. Rekaannya mengingatkan kita kepada Skoda Octavia, dan datang dengan gril tertutup penuh, lampu tajam serta DRL berbentuk L di bahagian bucu bampar.

    Pada bahagian belakang terdapat rekaan seakan BYD Seal, dengan lampu belakang yang bersambung di bahagian tengah serta kemasan hujung bampar bentuk sama seperti DRL hadapan. Perincian lain yang boleh dilihat adalah termasuk kamera yang menggantikan cermin sisi, pembuka pintu sama rata dengan badan, bumbung hitam serta cermin panoramik besar.

    Di dalam, T10F menampilkan pelbagai teknologi, bermula dengan panel instrumen 12.3 inci, skrin sesentuh 29 inci untuk infotainmen serta skrin sesentuh lapan inci bertentangan penumpang hadapan. Ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon, yang juga memberikan sambungan internet pantas, Wi-Fi hotspot dan telematik melalui aplikasi Trumore.

    Varian asas T10F dipacu oleh motor elektrik 218 PS (215 hp atau 160 kW) dan tork 350 Nm, yang terletak di belakang, sementara varian lebih berkuasa datang dengan pacuan semua roda serta motor elektrik tambahan di hadapan, menghasilkan kuasa keseluruhan 435 PS (429 hp atau 320 kW) dan tork 700 Nm.

    Varian asas boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.2 saat manakala varian AWD cuma memerlukan masa 4.6 saat. Perincian lain masih tidak banyak disiarkan, tetapi Togg mendakwa T10F boleh pergi sehingga 600 km (WLTP) dengan bateri berkapasiti 88.5 kWh. Bateri 52.4 kWh yang lebih kecil boleh memberikan jarak gerak 350 km. Turut termasuk dalam senarai kelengkapan T10F adalah pengecasan pantas DC 180 kW yang membolehkan bateri naik daripada 10% ke 80% dalam masa 28 minit.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025