Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Polis tawar 50% diskaun saman pada 7-8 Mac 2024 sempena Temasya Sukan Piala KPN 2024 di JB

    Polis tawar 50% diskaun saman pada 7-8 Mac 2024 sempena Temasya Sukan Piala KPN 2024 di JB

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50% pada 7 hingga 8 Mac 2024. Ia adalah susulan penganjuran Program PDRM Bersama Masyarakat sempena Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2024 anjuran Majlis Sukan PDRM dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. Di mana kaunter saman trafik berkenaan dibuka di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada tarikh berkenaan.

    Walau bagaimana pun, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar

    Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.

    Jadi, jika anda berada di Johor Bahru atau kawasan sekitarnya pada tarikh berkenaan, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Selain itu banyak acara menarik turut diadakan khas untuk para pengunjung termasuk cabutan bertuah, pameran Jabatan PDRM dan agensi kerajaan, jualan produk dan pemeriksaan kesihatan.

    Program PDRM Bersama Masyarakat sempena Temasya Sukan Piala KPN 2024 ini diadakan bermula 4 hingga 8 Mac 2024, dengan lokasi utamanya di stadium hoki berkenaan. Namun terdapat beberapa acara perlawanan sukan turut diadakan di beberapa lokasi berbeza, semak jadualnya menerusi foto di atas. Pengunjung boleh hadir memberi sorakan kepada enam acara sukan PDRM yang dipertandingkan iaitu ragbi, hoki, bola sepak, basikal, tarik tali dan olahraga di lokasi yang dinyatakan.

     
     
  • Gelombang haba landa M’sia – KL dan Petaling dalam senarai, periksa dahulu kenderaan sebelum turun

    Gelombang haba landa M’sia – KL dan Petaling dalam senarai, periksa dahulu kenderaan sebelum turun

    Sejak baru-baru ini cuaca agak panas dan kadar yang dicapai cukup untuk ia dipanggil sebagai satu gelombang haba. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sehingga petang semalam, Pokok Sena, Kedah mencatat amaran gelombang haba Tahap 2.

    Secara keseluruhannya 23 tempat di Malaysia diletakkan di bawah amaran gelombang haba Tahap 1, dan ini termasuk keseluruhan Perlis, hampir semua tempat di Kedah, bahagian utara dan tengah Seberang Perai, bahagian Timur Laut Pulau Pinang, Larut Matang, Kinta, Manjung, Kampar, Batang Padang, Kuala Kangsar, Beaufort, Sabah dan Limbang, Sarawak. Selangor, Sepang, Petaling dan Kuala Lumpur pula berada di Tahap 1.

    MetMalaysia menyatakan lagi, amaran Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu pada sesuatu lokasi mencatat antara 35°C dan 37°C dalam masa tiga hari berturut-turut, manakala Tahap 2 apabila suhu harian mencecah antara 37°C dan 40°C dalam masa tiga hari berturut-turut.

    Gelombang haba landa M’sia – KL dan Petaling dalam senarai, periksa dahulu kenderaan sebelum turun

    Menurut MetMalaysia lagi, gelombang haba boleh membawa kepada insiden seperti jerebu, kemarau, pengurangan tahap air di empangan, menjejaskan kesihatan (seperti strok haba) dan kebakaran hutan. Jabatan itu membuat saranan supaya orang ramai meminum air secukupnya, hadkan aktiviti luar, pakai pakaian yang selesa, elakkan pembakaran terbuka serta simpan bekalan air yang cukup di rumah.

    Bagi pengguna kenderaan, anda diingatkan supaya periksa kenderaan beberapa kali sebelum meninggalkannya. Baru bulan lepas, seorang kanak-kanak berumur lima tahun terkorban selepas ditinggalkan dalam kereta yang diletakkan di kawasan parkir Hospital Shah Alam sendirian, dalam keadaan kereta tidak hidup dan terutup rapat.

    Kes seperti ini semakin kerap berlaku, mungkin kerana lupa, terlalu sibuk atau berada dalam keadaan tertekan. Satu cara supaya anda tidak lupa ada anak di belakang adalah dengan meletakkan barang penting di bahagian belakang, jadi apabila mahu turun, anda mesti akan pergi ke belakang terlebih dahulu.

    Contoh bahaya gelombang haba boleh dilihat melalui satu video yang muat naik oleh PETA, dengan demonstrasi yang meletakkan atlet NFL dalam kenderaan di bawah panas terik, dan mencatat suhu dalam kabin sehingga 48.9°C. Beliau cuma dapat bertahan selama lapan minit.

    Suhu badan kanak-kanak pula boleh naik lebih cepat berbanding orang dewasa. Ini bermakna, mereka lebih terdedah kepada bahaya strok haba dan boleh menyebabkan kecederaan dalaman dan meragut nyawa. Selain daripada itu, pastikan juga anda tidak meninggalkan powerbank di dalam kereta, kerana ia boleh menjadi panas, meletup dan menyebabkan kebakaran.

     
     
  • Toyota Hiace Panel Van 3.0L turbodiesel sudah boleh ditempah di Malaysia – RM123k, 136 PS/300Nm, Euro 4

    Toyota Hiace Panel Van 3.0L turbodiesel sudah boleh ditempah di Malaysia – RM123k, 136 PS/300Nm, Euro 4

    UMW Toyota Motor hari ini membuat pengumuman bahawa tempahan bagi model Toyota Hiace Panel Van 3.0L sudahpun boleh dibuat. Menurut syarikat itu, penawaran baharu ini akan memberikan prestasi dan kadar efisien yang lebih baik serta lebih mesra alam berbanding model 2.5L sedia ada.

    Ia menampilkan enjin 1KD-FTV turbodiesel 3.0 liter 16 injap DOHC dengan unit intercooler menghasilkan 136 PS pada takat 3,400 rpm dan tork maksima 300 Nm bermula 1,200 rpm hingga 2,400 rpm, serta disahkan patuh undang-undang Euro 4. Sebagai perbandingan, model terdahulu dilengkapi dengan enjin turbodiesel 2.5 liter yang hanya menghasilkan 102 PS/260 Nm.

    Walau bagaimanapun, enjin berkenaan masih hanya ditawarkan dalam versi kotak gear manual lima-kelajuan, tanpa pilihan transmisi automatik. Panel Van ini juga hanya dibekalkan dengan dua tempat duduk di bahagian hadapan, manakala bahagian kabin belakang menyediakan ruang storan sepanjang 2,930 mm. Radius pusingan pula adalah lima meter.

    Klik untuk besarkan

    Antara kit standard yang dilengkapkan pada kenderaan komersil ini termasuk cermin tingkap berkuasa elektrik, pemain CD dengan port USB dan sambungan Bluetooth dihubungkan kepada dua pembesar suara dan penderia undur. Ia juga ditawarkan dengan pilihan tag RFID, skrin sesentuh 7.0-inci dengan paparan kamera undur, kamera perakam digital, sistem telematik kenderaan dan pam tayar mudah alih.

    Untuk keselamatan, Panel Van ini dilengkapi dengan dua-beg udara dan sistem brek ABS. UMW Toyota juga mengumumkan bahawa Toyota Hiace Panel Van 3.0L ini akan dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM123,000.

     
     
  • Pusat 3S Mitsubishi di Kuching oleh EON Auto Mart berpindah lokasi — identiti jenama, kemudahan baru

    Pusat 3S Mitsubishi di Kuching oleh EON Auto Mart berpindah lokasi — identiti jenama, kemudahan baru

    Pusat 3S Mitsubishi Motors di Kuching kendalian EON Auto Mart kini telah berpindah lokasi. Kini terletak di Lot 852, Seksyen 64, Bandaraya Kuching, kemudahan baru ini merupakan bilik pameran yang terbesar dimiliki jenama terbabit di ibu negeri Sarawak ini.

    Dibina di atas tanah berkeluasan 18,000 kaki persegi, pusat 3S baru ini diberikan imej baru identiti jenama Mitsubishi Motors dengan slogan globalnya “Drive Your Ambition”. Pusat 3S ini mempunyai sembilan ruang servis, selain ruang menunggu dengan WiFi dan sudut kanak-kanak.

    “Langkah strategik ini diambil untuk memberikan layanan lebih baik kepada pelanggan kami. Kami juga melihat pertumbuhan yang lebih rancak di Sarawak, terutama untuk trak pikap Triton dan juga crossober Xpander yang semakin diterima ramai. MMM juga terus menyokong perluasan rangkaian pengedar sebagai persediaan untuk memperkenal model baru Mitsubishi di Malaysia,” ujar CEO MMM, Shinya Ikeda.

    “EON Auto Mart tidak asing lagi dalam keluarga besar Mitsubishi, dan telah menjadi rakan niaga MMM sejak dua dekad lalu. Syarikat ini mempunyai lapan bilik pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara, dan cawangannya merupakan antara penyumbang utama yang membantu pencapaian MMM menjadikan Xpander sebagai MPV bukan nasional No. 1. Kami yakin EON Auto Mart akan terus memberikan pengalaman pemilikan yang menyenangkan untuk pelanggan Mitsubishi,” tambahnya.

    Pusat 3S Mitsubishi terbaru di Kuching ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 7 malam; Sabtu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan Ahad dari 8.30 pagi hingga 5 petang.

     
     
  • Stellantis Malaysia buka pusat panggilan untuk pemilik Peugeot, DS dan Citroen — bantuan tepi jalan 24 jam

    Stellantis Malaysia buka pusat panggilan untuk pemilik Peugeot, DS dan Citroen — bantuan tepi jalan 24 jam

    Stellantis Malaysia kini mengambil alih jenama Peugeot, DS dan Citroen di Malaysia, dan telah membuka sebuah pusat panggilan untuk pelanggan kenderaann dari semua jenama berkenaan, dan mula beroperasi hari ini (1 Mac 2024). Ini juga bermaksud, Bermaz Auto Alliance kini bukan lagi pengendali bagi jenama Peugeot untuk pasaran tempatan.

    “Langkah ini adalah sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menubuhkan Stellantis Malaysia sebagai sebuah entiti yang menguruskan pengedaran jualan dan pengalaman pemilikan pelanggan bagi jenama terlibat. Ini juga mencerminkan kesungguhan kami untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan dan pemilik sedia ada,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu.

    Pusat panggilan bagi Peugeot, DS dan Citroen akan memberikan sokongan pelanggan berpusat untuk jualan dan juga lepas jualan berkaitan sebarang pertanyaan atau bantuan yang diperlukan, begitu juga dengan sebarang aduan, jika ada. Talian bebas tol berkenaan adalah melalui nombor 1800-18-STLA (7852), manakala alamat emel untuk dihubungi pula ialah [email protected].

    Waktu operasi bagi pusat panggilan ini ialah dari Isnin hingga Ahad, 8:45 pagi hingga 5:45 petang. Stellantis Malaysia juga akan menyediakan sokongan 24 jam bagi kes kerosakan dan kemalangan bagi memastikan bantuan berterusan diberikan kepada pelanggan yang memerlukan.

    November tahun lalu, Stellantis mengumumkan yang syarikat itu akan mengambil alih jualan dan pengedaran kenderaan Peugeot di Malaysia daripada Bermaz. Stellantis akan menubuhkan syarikat jualan kebangsaan (NSC) di Malaysia pada suku pertama tahun ini, dan NSC berkenaan akan menjadi entiti rasmi Stellantis untuk menguruskan jualan dan pengedaran kenderaan jenama di bawahnya di Malaysia.

     
     
  • Proton jamin ketersediaan alat ganti pembaikan kemalangan dan servis untuk setiap model baharu

    Proton jamin ketersediaan alat ganti pembaikan kemalangan dan servis untuk setiap model baharu

    Selepas Proton menjalin kerjasama dengan Geely sejak 2017, ramai yang sangsi dengan kemampanan jenama automotif nasional tersebut selepas itu. Maklumlah, Proton lahir dari kerjasama dengan Mitsubishi yang berasal dari Jepun, tiba-tiba bergandingan pula dengan entiti yang berasal dari China. Walaupun nama Geely itu sudah kuat sebagai gergasi automotif yang memiliki Volvo, masih ramai lagi yang ragu-ragu kerana imej ‘made in China‘ dari perspektif pasaran tempatan yang menandakan ia adalah sesuatu yang negatif.

    Tambah parah, apabila produk pertama Proton-Geely iaitu Proton X70 sudah mula dijual dalam pasaran tempatan, SUV tersebut menghadapi masalah bekalan alat ganti yang tidak cukup, khususnya untuk pembaikkan kerosakan kemalangan. Tular pelbagai berita banyak X70 yang tersadai kerana bekalan alat ganti yang tidak cukup, seterusnya seakan mengiyakan tanggapan awal masyarakat di sini, dan mengaitkan masalah sama seperti beberapa jenama dari China yang masuk ke Malaysia kemudian menemui kegagalan atas masalah yang hampir sama.

    Namun Proton tidak berdiam diri untuk terus dikaitkan dengan masalah tersebut, dan pelbagai usaha yang dilakukan untuk memperbaiki kelemahan itu. Antaranya Proton telah melancarkan program Proton Operational Excellence (POE) yang bukan sahaja untuk mengatasi masalah ketersediaan alat ganti, malah untuk memperbaiki keseluruhan operasi servis selepas jualannya. Menerusi program tersebut, Proton kini telah memperluaskan rangkaian dan lokasi gudang dan stok alat gantinya di seluruh negara.

    Pagi ini Proton telahpun menjemput sekumpulan media untuk melawat salah satu gudang komponen alat gantinya dalam negara, iaitu Proton Parts Center Sdn Bhd (PPCSB) yang terletak di Glenmerie, Shah Alam. PPCSB bukan sahaja merupakan gudang alat ganti pertamanya yang beroperasi sejak 1992, malah ia juga kini merupakan pusat operasi yang menghubungkan gudang-gudangnya yang lain di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, serta beberapa gudang lain terletak di luar negara.

    Kesempatan ini digunakan oleh paultan.org bagi mengetahui tahap ketersediaan alat ganti Proton, khususnya untuk model-model baharu yang sudah dan bakal dilancarkan pada masa hadapan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah yang turut hadir dalam lawatan pagi tadi, masalah tersebut kini tidak berlaku lagi.

    Roslan menyatakan selepas X70, setiap model baharu yang mahu dilancarkan, Proton akan membuat sekali perancangan pengedaran alat ganti sejurus model-model berkenaan mula dijual dalam pasaran. Jadi sebaik sahaja model-model tersebut dilancarkan, Proton akan memastikan bukan sahaja alat ganti untuk servis penyelenggaraan sudah berada di pusat-pusat servis, malah komponen-komponen yang biasa rosak sekiranya terlibat dalam kemalangan seperti semua komponen pada bahagian hadapan dan belakang sudah bersedia di jaringan pusat-pusat pembaikan badan dan cat.

    Menurut Roslan lagi, Proton mengambil serius tentang isu ini dan pasukan yang memastikan ketersediaan alat-alat ganti itu dipengerusikan sendiri olehnya. Beliau turut menambah, bukan hanya kuantiti bekalan alat ganti itu sahaja di ambil berat, malah beliau turut akan memastikan komponen-komponen tersebut sudahpun berada di gudang-gudang alat ganti Proton di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sebaik sahaja model baharu itu dilancarkan.

    Bagi membuktikan apa yang didakwa ini benar, Pengarah PPCSB, Encik Sam Zhang Lixin mengambil contoh sebuah Proton S70 yang tular baru-baru ini kerana terlibat dalam kemalangan menyebabkan bahagian belakangnya remuk teruk. Model yang baru sahaja dilancarkan pada November tahun lalu itu tidak menghadapi sebarang bekalan alat ganti di mana pembaikan kemalangan tersebut berjaya disiapkan sepenuhnya hanya dalam masa dua minggu.

     
     
  • BMW iX xDrive50 Sport 2024 di M’sia — pengecas AC 22 kW; tiada bumbung kaca, Laserlight; murah RM62k

    BMW iX xDrive50 Sport 2024 di M’sia — pengecas AC 22 kW; tiada bumbung kaca, Laserlight; murah RM62k

    BMW iX xDrive50 Sport 2024 yang diumumkan dua minggu lalu kini sedang dipamerkan di acara BMW Premium Selection Showcase 2024 di Stadium Bukit Jalil. Dengan varian peringkat kemasukan xDrive40 bagi model berkenaan kini tidak lagi ditawarkan, varian ini diberi kemaskini spesifikasi agar lebih mampu milik.

    Model xDrive50 Sport kini RM62,630 lebih murah, dengan harga jualanny bermula RM465,800 atas jalan tidak termasuk insurans. Ini bersekali dengan jaminan dua-tahun standard, tanpa had perbatuan. Untuk menjadikannya jaminan lima-tahun dengan pakej servis selama enam-tahun, harganya akan menjadi RM499,000. Berbanding dengan xDrive40 Sport yang telah digugurkan dari pasaran, varian ini kini masih RM36,370 lebih mahal.

    Untuk menurunkan harganya, BMW Malaysia telah menggugurkan beberapa kelengkapan, sebagai contoh lampu utama Laserlight (diganti dengan LED biasa), bumbung kaca panoramik Sky Lounge, suis kawasan kristal Clear & Bold dan kemasan kayu di konsol tengah, kawalan gerakan dan kemasan luaran Titanium Bronze M (kini hanya dengan kemasan Shadowline berkilat biasa).

    BMW iX xDrive50 Sport 2024 di M’sia — pengecas AC 22 kW; tiada bumbung kaca, Laserlight; murah RM62k

    Namun, ada juga diberikan beberapa penigkatan. Ini termasuk pengecas dalaman AC 22 kW tiga-fasa, yang memendekkan tempoh pengecasan hingga separuh jika menggunakan wallbox yang serasi, menjadikannya lima jam 30 minit. Sama seperti model iX lain, xDrive50 ini masih menyokong pengecasan pantas DC hingga 195 kW, yang hanya memerlukan 35 minit untuk mengecas bateri 111.5 kWj yang digunakan dari 0-80%.

    Selebihnya, xDrive50 kini datang dengan ciri Digital Key Plus, membolehkan penggunaan ultra-wideband (UWB) telefon yang serasi (iPhone dan beberapa peranti Samsung dan Google) untuk membuka kunci dan menghidupkan kereta. Kini juga ada suspensi udara dan Parking Assist Professional yang sebelum ini hanya ada untuk varian paling tinggi M60.

    Spesifikasi selebihnya pula kekal sama seperti penawaran sebelum ini. xDrive50 dilengkapi dengan dua motor elektrik yang menghasilkan 523 PS (385 kW) dan 765 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.6 saat. Jarak perjalanan yang disediakan ialah 630 km (kitaran WLTP).

    BMW iX xDrive50 Sport 2024 di M’sia — pengecas AC 22 kW; tiada bumbung kaca, Laserlight; murah RM62k

    Kelengkapan standard termasuk rim 22-inci Style 1021, sistem tanpa kunci, rekaan dalaman Atelier dengan kemasan Gold Bronze, papan pemuka balutan kulit buatan Sensatec, sistem pendingin empat-zon, pengecas tanpa wayar Qi dan pintu ruang barangan belakang bebas kendalian tangan.

    Di dalam, turut tersedia ialah BMW Live Cockpit Professional, dengan paparan digital 12.3-inci untuk kluster meter dan skrin sentih 14.9-inci. Ia menggunakan perisian BMW Operating System 8.5 serta sistem bunyi Harman Kardon 655-watt.

    xDrive50 2024 juga datang dengan Driving Assistant Professional, yang terdiri daripada ciri AEB, kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go, bantuan ke tengah lorong, pengesan papan tanda trafik, peninjau titik buta, lampu tinggi adaptif dan penggera lintasan trafik depan dan belakang.

    Pilihan warna yang tersedia ialah Mineral White, Phytonic Blue, Sophisto Grey, Black Sapphire dan Blue Ridge Mountain, yang digandingkan dengan balutan dalaman kulit hitam atai Mocha Sensatec. Warna BMW Individual Aventurine Red atau Storm Bay boleh didapati dengan tambahan RM6,200, serta balutan kulit dalaman Interior Design Suite Amido (hitam) atau Castanea (merah) dengan tambahan RM17,300.

     
     
  • BRT Laluan Sunway lanjut waktu operasi hingga 1.30 pagi pada 2 Mac sempena konsert di Sunway Lagoon

    BRT Laluan Sunway lanjut waktu operasi hingga 1.30 pagi pada 2 Mac sempena konsert di Sunway Lagoon

    Rapid KL telah mengumumkan sempena dengan konsert underground di Sunway Lagoon, waktu operasi perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan dilanjutkan sehingga jam 1.30 pagi pada 2 Mac ini. Walau bagaimana pun, ia melibatkan beberapa stesen terpilih sahaja iaitu Stesen BRT Sunway Lagoon, Stesen BRT SunMed, Stesen BRT SunU-Monash dan Stesen BRT South Quay sahaja.

    Manakala waktu operasi bagi stesen BRT yang lain akan ditamatkan seperti biasa. “Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan mempunyai baki yang mencukupi bag memudahkan perjalanan,” ujar Rapid KL menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

     
     
  • JPJ eBid: JWX dan SD-W bersedia untuk dibida

    Bagi yang bakal menerima kenderaan baharu yang ditempah, bolehlah mencari siri nombor pendaftaran menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Ini ada lagi dua pilihan siri yang telah diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Ia melibatkan penawaran siri baharu dari Johor iaitu JWX dan SD-W pula dari Sabah yang kedua-duanya boleh dibida mulai esok, 2 Mac 2024. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 6 Mac ini. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 7 Mac 2024. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

    Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor pendaftaram yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • EON & Sahabat Autofest 2024 sedang berlangsung di EON Glenmarie hingga 3 Mac; 10 pagi-6 petang

    EON & Sahabat Autofest 2024 sedang berlangsung di EON Glenmarie hingga 3 Mac; 10 pagi-6 petang

    Anda mahu memiliki kereta atau motosikal baharu dalam tempoh masa yang pantas? Kiranya macam konsep pilih kereta idaman, pandu uji, mohon pembiayaan kewangan dari bank yang mengambil bahagian dan sekiranya berkelayakan, maka anda dapat pandu pulang jentera idaman pada hari yang sama!

    Jika mempunyai waktu terluang hujung minggu ini, jangan lupa berkunjung ke EON & Sahabat Autofest 2024 yang dianjurkan oleh EON Berhad (EON) anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad sempena menyambut Ulang Tahun ke-40 mereka. Bermula hari ini hingga Ahad (3 Mac 2024), EON & Sahabat Autofest 2024 diadakan di Ibu Pejabat EON Glenmarie, Shah Alam, dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

    Acara ini menampilkan pelbagai pilihan kereta pelbagai jenama yang menakjubkan, serta motosikal dan perkhidmatan yang berkaitan kepada bakal pembeli di bawah satu bumbung. Jenama automotif yang berada di bawah payung besar DRB Hicom iaitu Proton, Honda, smart, Mitsubishi, Isuzu, Volkswagen, Audi, Daihatsu, Modenas, dan Kawasaki mempamerkan dan menjual barisan model kenderaan terbaharu mereka.

    Pengerusi EON, Tan Sri Syed Faisal Albar, telah berbesar hati merasmikan acara tersebut dalam majlis yang dihadiri lebih daripada 150 pelanggan, rakan niaga dan tetamu lain pada pagi ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial serta pihak pengurusan EON dan DRB-HICOM Berhad.

    Dalam ucapan perasmiannya, Akkbar berkata acara tahun ini adalah istimewa kerana ia meraikan 40 tahun EON sebagai penyedia kepada penyelesaian mobiliti masyarakat Malaysia.

    “EON telah menjual kereta kepada rakyat Malaysia sejak empat dekad lalu. Selama bertahun-tahun, kami telah berkembang daripada menjadi pengedar eksklusif untuk PROTON kepada apa yang anda lihat pada hari ini – pengedar kereta pelbagai jenama terbesar di Malaysia, semuanya di bawah satu bumbung. EON & Sahabat Autofest 2024 menawarkan pelbagai pakej dan diskaun yang menarik, dan inilah cara kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan penyokong kami,” katanya yang menyasarkan tempahan sebanyak 500 unit kenderaan sepanjang tiga hari penganjuran acara ini.

    Akkbar turut menekankan fokus EON pada inovasi digital, dengan memperkenalkan platform pembiayaan kereta digital bersepadu baharu pada acara ini. Diterajui oleh EON Capital Sdn. Bhd. yang merupakan cabang pembiayaan kereta syarikat tersebut, platform ini membolehkan proses kelulusan hampir serta-merta untuk permohonan pembiayaan dan pengeluaran dana melalui kerjasama dengan pihak bank dan pihak berkaitan yang lain.

    “Membeli kereta tidak pernah semudah, secepat dan selamat daripada ini. Bermula di sini, pelanggan EON & Sahabat Autofest 2024 boleh memilih kereta yang mereka inginkan, memohon pembiayaan secara dalam talian, dan apabila semua keperluan dipenuhi, maka mereka berpotensi untuk memandu pulang kerata idaman pada hari yang sama,” tambahnya.

    Menerusi acara ini, pelanggan yang membuat tempahan dan pemohonan pembiayaan kereta baharu melalui platform pembiayaan kereta digital baharu EON dalam tempoh tiga hari ini berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai RM100,000 serta hadiah utama Proton S70 serba baharu.

    Jenama-jenama lain termasuk AVIS Car Rental, PUSPAKOM, Pos Malaysia, dan Petromin Express, iaitu sebuah pusat servis kereta pantas, turut serta pada acara tersebut. Di samping itu, kakitangan DRB-HICOM Universiti turut bersama bagi membimbing bakal pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi berkaitan dengan industri automotif dan lain-lain.

    Bazar Raya juga dianjurkan sebagai tarikan tambahan di EON & Sahabat Autofest 2024 bagi menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal tiba. Pelbagai vendor berkaitan fesyen, hiasan, makanan dan lain-lain tawaran turut menanti para pelanggan bersama-sama pelbagai aktiviti seperti karnival yang menyeronokkan iaitu trak makanan, penampilan selebriti dan zon khas kanak-kanak.

     
     
  • SST 8% bermula hari ini — kos selenggara, insurans kenderaan dan cas EV di rumah antara yang naik

    SST 8% bermula hari ini — kos selenggara, insurans kenderaan dan cas EV di rumah antara yang naik

    Bermula hari ini, 1 Mac 2024, cukai perkhidmatan (SST) mula dikenakan pada kadar 8% berbanding 6% sebelum ini. Ia selari dengan perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober tahun lalu. Ada banyak kategori perkhidmatan yang terkecuali daripada pelaksanaan ini — termasuk F&B, telekomunikasi, air dan parkir kenderaan. Namun secara umumnya, pengguna akan membayar lebih tinggi disebabkan kenaikan ini.

    Penyelenggaraan kenderaan — servis dan baik pulih akan dikenakan kadar baru 8% SST

    Bagi sektor berkaitan automotif, servis dan baik pulih kenderaan akan terkesan dengan kenaikan ini. Maka, pengguna akan dikenakan bayaran yang sedikit lebih tinggi bermula hari ini — walaupun dalam kes ini cukai perkhidmatan ini dikenakan hanya untuk upah pekerja dan bukannya alat ganti.

    SST 8% bermula hari ini — kos selenggara, insurans kenderaan dan cas EV di rumah antara yang naik

    Insurans kenderaan — SST naik kepada 8%

    Satu lagi kenaikan harga adalah untuk mereka yang memperbaharui insurans kenderaan — termasuk insurans lainnya seperti takaful, tetapi yang dikecualikan ialah insurans/takaful kesihatan — semuanya dikenakan kadar baru 8% SST.

    Sebelum ini, ada penyedia insurans yang mendakwa cukai ini turut akan dikenakan secara sebahagian mengikut tempoh matang polisi yang ada, yang mungkin merentang dalam tarikh 1 Mac ini, misalnya bagi tempoh pelindungan Julai 2023 hingga Jun 2024 (kerana ketika diperbaharui tahun lalu, ia masih dikenakan SST kadar lama 6%).

    Namun, berdasarkan maklumat terkini, itu tidak akan berlaku. Insurans kenderaan yang dibayar penuh bagi tempoh itu mengikut tempoh polisi kadar lama 6%, tidak akan dikenakan penilaian semula untuk sebahagian yang mungkin terlibat dengan kadar baru tersebut. Hanya polisi insurans yang diperbaharui bermula hari ini akan dikenakan kadar baru 8%, yang dikenakan ke atas premium yang dibayar, iaitu selepas ditolak NCD (jika ada).

    SST 8% bermula hari ini — kos selenggara, insurans kenderaan dan cas EV di rumah antara yang naik

    Sewaan kereta dikenakan kadar SST baru, cas EV di rumah akan lebih mahal

    Selain itu, sewaan kereta dan pemandu juga akan dikenakan kenaikan SST 8% ini. Begitu juga dengan mereka yang menggunakan EV, kadar baru ini turut terpakai untuk tenaga elektrik bagi segmen penggunaan yang melebihi 600 kWj. Ini bermakna, mereka yang ketika ini membayar bil elektrik melebihi RM232 sebulan boleh jangkakan akan ada peningkatan terhadap bil mereka bermula bulan ini.

    Bagi pengguna EV yang mengecas di rumah, ini kemungkinan besar situasi yang akan dihadapi, terutama jika dengan mengecas kenderaan akan meningkatkan kadar penggunaan anda melebihi 600 kWj. Namun, peningkatan ini tidaklah ketara atau melibatkan jumlah yang terlalu besar.

    SST 8% ini menurut kerajaan akan menjana sebanyak RM3 bilion pendapatan tambahan untuk negara, yang merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan cukai untuk memperkukuh kewangan negara.

     
     
  • BMW R18 Roctane dipertonton untuk pasaran Malaysia – penampilan lebih gelap, harga jangkaan RM160k

    BMW R18 Roctane dipertonton untuk pasaran Malaysia – penampilan lebih gelap, harga jangkaan RM160k

    BMW Motorrad Malaysia hari ini mengadakan pra tonton awal untuk varian kelima R18, iaitu R18 Roctane. Ia bakal tiba ke pasaran dalam pilihan dua warna, iaitu Mineral Grey Metallic dan Manhattan Metallic Matt, dan akan dijual pada harga sekitar RM160,000 tidak termasuk insurans.

    Membezakan R18 Roctane dengan R18 yang lain adalah penggunaan pemegang yang lebih tinggi, bahagian enjin yang digelapkan serta ekzos di kiri dan kanan badan yang menggunakan kemasan krom gelap. Ia boleh dinaiki oleh dua orang dan menggunakan tempat duduk yang bertingkat.

    Selain daripada itu, beg barangan tepi berkapasiti 27 liter setiap satu, yang datang secara standard dengan motosikal ini juga datang dengan warna sama seperti badan. Turut diperbaharui adalah pemijak kaki dan pedal penukar gear.

    R18 Octane digerakkan oleh enjin boxer paling besar daripada pengeluar Jerman ini, iaitu unit 1,802 cc penyejukan udara, yang mampu menghasilkan kuasa 91 hp pada 4,750 rpm dan tork maksimum 150 Nm. Kuasa ini disampaikan kepada roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan dan sistem syaf terbuka.

    Tiada teknologi moden pada suspensi R18 ini, dan ia disambungkan kepada rim 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang. Tugas penghentian dijalankan oleh tetapan cakera berkembar di hadapan dan cakera tunggal di belakang.

    Ciri lain yang disediakan pada R18 Octane adalah seperti tiga mod tunggangan, Automatic Stability Control (ASC) dan sistem Keyless Ride. Aksesori lain dijual sebagai pilihan tambahan, seperti Hill Start Control, Headlight Pro, Reverse Gear Aid, Daytime Riding Light, Cruise Control dan lampu hadapan adaptif.

     
     
  • PLUS umum penutupan lorong tengah dan kanan di KM8.0-KM7.0 arah Perai pada 2-3 Mac, 10 malam-9 pagi

    PLUS umum penutupan lorong tengah dan kanan di KM8.0-KM7.0 arah Perai pada 2-3 Mac, 10 malam-9 pagi

    Ini ada makluman buat pengguna yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk ke Perai. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa pihaknya bakal menutup lorong tengah dan lorong kanan di antara KM8.0 hingga KM7.0 (Arah ke Perai) pada 2 hinggga 3 Mac 2024, 10 malam hingga 9 pagi.

    Ia adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan penyambung Jambatan Pulau Pinang dapat dilaksanakan dengan lancar. Sepanjang penutupan lorong terbabit, PLUS turut mengaktifkan lencongan di laluan terbabit.

    Justeru, pengguna lebuh raya menghala ke Perai dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini sepanjang tempoh tersebut.

    Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit.

     
     
  • Mazda 2 langgar beberapa buah kereta di kawasan parkir di Kapar; angkara undur secara laju- Polis

    Mazda 2 langgar beberapa buah kereta di kawasan parkir di Kapar; angkara undur secara laju- Polis

    Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kejadian seorang pemandu merempuh beberapa buah kereta di Jalan Padang dari arah Jalan Bukit Kapar 1 menghala ke Jalan Kapar, yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam semalam, 28 Februari.

    Menurut S. Vijaya Rao, pihaknya juga telah mengesan sebuah video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di laman TikTok yang memaparkan kejadian kemalangan itu.

    “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila seorang perempuan Cina telah tertekan pedal minyak ketika hendak keluar daripada kotak parkir sebelum melanggar sebuah kereta yang berada di hadapannya. Beliau yang dalam keadaan cemas serta terkejut telah menukar gear undur lalu mengundur secara laju sebelum melanggar dua buah kereta lagi yang diparkir di tepi jalan.

    “Tiada kemalangan jiwa serta kecederaan dilaporkan dan kesemua pihak yang terlibat telah membuat laporan pada hari yang sama,” katanya sambil menambah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Low Wee Hong di talian 017- 674 7946 bagi membantu siasatan. Orang ramai juga dinasihatkan sepaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya lagi.

     
     
  • Honda CR-V e:FCEV diperkenal – SUV fuel-cell hidrogen dengan plug-in charging, pertama dari Jepun

    Honda CR-V e:FCEV diperkenal – SUV fuel-cell hidrogen dengan plug-in charging, pertama dari Jepun

    Ini ada satu berita penting dalam dunia kenderaan fuel cell. Honda CR-V e:FCEV yang baru diperkenalkan semalam waktu Ekspo Hidrogen & Fuel Cell Antarabangsa di Tokyo menjadi model FCEV jepun pertama yang mempunyai fungsi pengecas plug-in. Ini bermakna, jika kenderaan kehabisan hidrogen dan tidak dapat diisi, ia boleh bergerak menggunakan bateri, yang dicas di rumah ataupun pengecas EV awam.

    Menurut Honda, kelebihan FCEV – seperti pemanduan jarak jauh dan tempoh isian yang pendek (cuma tiga minit untuk kenderaan ini) – masih ada pada CR-V e:FCEV, tetapi kemudahannya ditambah lagi dengan ciri plug-in untuk mengecas bateri. Konsep ini dipanggil oleh Honda sebagai ‘E-Life Generator’.

    CR-V e:FCEV dijangka dapat memberikan jarak gerak lebih 600 km dengan isian penuh tangki hidrogennya, sementara apabila menggunakan kuasa elektrik bateri, ia dapat memberi jarak 60 km (WLTP). Jarak gerak EV ini tidaklah begitu tinggi, cuma 10% daripada jarak gerak hidrogennya, tetapi masih dapat mengelakkan pengguna daripada tersadai di tepi jalan. Jumlah 60 km ini juga mungkin sesuai untuk kegunaan harian ringkas.

    Honda CR-V e:FCEV diperkenal – SUV fuel-cell hidrogen dengan plug-in charging, pertama dari Jepun

    Kuasa elektrik daripada CR-V e:FCEV ini juga boleh digunakan untuk peralatan lain (V2L), dengan Honda telah menyediakan soket output khas yang boleh dimasukkan kepada tempat mengecas kenderaan. Kuasa maksimum yang mampu diberikan adalah sehingga 1500W.

    CR-V dikenali kerana ruang luas serta ciri praktikalitinya, dan pada model e:FCEV ini ia tidak berbeza. Untuk ruang kargo, Honda menyesuaikan bentuk tangki hidrogen yang menonjol dengan membuat ruang simpanan dua tingkat menggunakan papan fleksibel.

    Untuk reka bentuk, CR-V generasi keenam ini mendapat muka khas untuk versi e:FCEV. Saiz gril hadapannya telah dijadikan terbalik dengan yang di atas lebih nipis manakala yang di bawah lebih besar. Pada bahagian belakang, terdapat kemasan hitam berkilat di bahagian tengah. Tempat duduk dibalut kulit sintetik berasaskan bio.

    Honda CR-V e:FCEV diperkenal – SUV fuel-cell hidrogen dengan plug-in charging, pertama dari Jepun

    Sistem fuel-cell yang digunakan pada SUV ini dibangunkan bersama oleh Honda dengan GM, dan ia dikeluarkan oleh syarikat perkongsian mereka di Michigan, Amerika Syarikat. Kereta itu pula akan dikeluarkan di kilang di Ohio dan dieksport ke Jepun. Selepas Jepun, ia akan dijual di Amerika Syarikat dalam tahun ini juga.

    Honda memberitahu, sistem fuel-cell baru mereka ini adalah lebih baik berbanding usaha sebelum ini pada Clarity Fuel Cell. Kos keseluruhan telah berkurang 2/3 melalui pengurangan jumlah platinum yang digunakan, dan jumlah sel, serta kesan positif peningkatan pengeluaran. Ketahanan sistem juga berganda, manakala rintangan suhu bertambah banyak berbanding sistem sebelum ini.

    Selain daripada itu, komponen unit kuasa juga telah disepadukan, untuk mendapatkan pakej kompak dan ringan, yang juga menyumbang ke arah pengurangan kos dan peningkatan prestasi keselamatan pasif dengan membolehkan penggunaan tapak enjin sama dengan CR-V enjin biasa.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025