Home / Bahasa Malaysia / Berita Tempatan (Page 859)
Search in Berita Tempatan:
-
Setelah turun hanya 1 sen minggu lalu, nampaknya untuk minggu ini harga untuk semua jenis petrol naik sebanyak 2 sen seliter dan diesel pula naik 3 sen seliter. Bermula tengah malam ini hingga 7 Februari […]
-
Vendor Proton perlu kurangkan harga sehingga 30% bagi membolehkan ia lebih berdaya saing – Menteri
Menurut menteri perdagangan antarabangsa dan industri kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan, vendor-vendor Proton perlu mengurangkan harga mereka sehingga 30%. Beliau menyatakan bahawa CEO Proton Dr Li Chunrong telah mengeluarkan kenyataan kepada pembekal-pembekal komponennnya berkenaan […]
-
Proton Preve 2018 akan ada lebih banyak peningkatan
Nampaknya dah sampai masa untuk Proton memperkenalkan model Preve yang diperbaharui tak lama lagi. Gambar rajah yang bocor ini menunjukkan beberapa penambahbaikan yang dilakukan terhadap sedan segmen C itu. Antara yang paling utama ialah untuk […]
-
Proton Saga Orion 1985 – Rocket Bunny dari Utagha
Jika kita memperkatakan berkenaan kereta ikonik, tentu ramai yang mengatakan Myvi merupakan model yang menerima gelaran berkenaan untuk mewakili Malaysia kerana hatchback tersebut membanjiri jalan raya tempatan dengan jualan paling laris selama sembilan tahun berturut-turut. […]
-
Toyota Vios 2018 mula dijual di Malaysia, dari RM75k-RM94k, diskaun RM2,512 dan ada ang pow CNY RM988
Toyota Vios versi tahun 2018 untuk pasaran tempatan yang diumumkan beberapa minggu lalu dan dibuka untuk tempahan kini sudah mula dijual secara rasmi. Lebih menarik, bermula dari sekarang hingga hujung Februari nanti, pelanggan yang membeli […]
-
Honda Malaysia sahkan inflator beg udara Takata pecah dalam kemalangan maut pada 1 Januari lalu
Selepas membuat semakan dengan PDRM, Honda Malaysia mengesahkan bahawa inflator beg udara Takata sebelah pemandu telah pecah di dalam satu kemalangan di Selangor pada 1 Januari 2018. Kemalangan itu melibatkan sebuah Honda City 2004, dan […]
-
GALERI: Subaru XV 2.0i-P 2018 vs XV STI 2015 lama
Bagi Subaru, model crossover dalam segmen B jenama itu, XV menjadi satu model yang sangat penting yang mengubah lanskap penerimaan dan angka jualannya di Malaysia. Ia juga menjadi pesaing rapat bagi model-model seperti Honda BR-V […]
-
DBKL umum pemisah lorong basikal yang lebih selamat akan dipasang dalam tempoh dua minggu
Selepas isu mengenai pemisah lorong basikal yang boleh mendatangkan risiko kemalangan terhadap penunggang motosikal di sekitar Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pihaknya akan mengaplikasikan material yang lebih selamat iaitu ‘flexi-post’ bagi menggantikan […]
-
Rapid KL umum waktu operasi LRT di stesen Gombak dilanjutkan pada 31 Januari ini sempena Thaipusam
Rapid KL menerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah memaklumkan waktu operasi bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Gombak akan dilanjutkan pada 31 Januari ini sempena sambutan Thaipusam. Di samping perkhidmatan LRT bagi laluan […]
-
Treeletrik T-MV7 – kenderaan utiliti pelbagai guna tiba di Malaysia, ideal untuk kegunaan perniagaan kecil
Sebelum ini, kami pernah laporkan berkaitan beberapa model motosikal yang dipamerkan oleh Treeletrik di Malaysia. Dan sekarang, ada satu lagi tambahan terbaru, sebuah kenderaan utiliti kompak pelbagai guna Treelektrik T-MV7. Dari maklumat yang diterima, model […]
-
Malaysia Speed Festival (MSF) Superbike Track Day dan Time Attack 2018 – 11 Februari di Litar Sepang
Kalendar sukan permotoran tempatan akan bermula dengan meriah 11 Februari ini di Litar Antarabangsa Sepang dengan penganjuran Malaysia Speed Festival (MSF) Superbike Trackday dan Time Attack. Acara pada hari tersebut akan dibahagikan kepada tiga segmen […]
-
Nombor plat ‘GG’ pula ditawarkan, bidaan mula 1 Feb
Agaknya memang ada permintaan yang menggalakkan bagi nombor plat khas atau istimewa, sebab itu banyak yang telah ditawarkan secara terbuka setakat ini. Ini ada satu lagi yang baru dibuka, oleh Yayasan Modal Insan Harta, malah […]
-
Surat terbuka kepada pengguna kereta PHEV – tempat mengecas bukan untuk letak kenderaan sesuka hati
Ke hadapan pengguna kenderaan plug-in hybrid, Kami rasa sudah sampai masanya untuk kita bercakap tentang etika dan pemikiran wajar, memandangkan kini suasana sudah berubah, melihat kepada jumlah stesen pengecas dan bagaimana ia digunakan, serta bagaimana […]
-
Honda City dalam imej dipinjam dari Insight Hybrid
Honda sebelum ini telah menampilkan model Honda Insight Prototype, yang dijangka akan ditawarkan sebagai Honda Insight 2019. Bakal memasuki pasaran AS tahun ini, nama Insight yang sebelum ini digunakan bagi model hatchback lima-pintu ala Prius […]
-
Beberapa jalan di KL ditutup sempena Thaipusam
Mulai 12.30 tengah malam Selasa ini, 30 Januari, sebanyak 10 jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat bagi memberikan laluan perarakan Pedati Perak sempena sambutan Thaipusam Rabu ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan […]