Genesis G70 bakal beri saingan terus kepada 3 Series

Genesis G70 bakal beri saingan terus kepada 3 Series

Hyundai menunjukkan cabaran sengit kepada kenderaan Jerman melalui jenama mewah Genesis mereka. Ini boleh dilihat dengan jelas melalui model G70 yang dihasilkan untuk bersaing terus dengan BMW 3 Series, dengan kekuatan tersendiri.

Genesis G70 berukuran 4,685 mm panjang, 1,850 mm lebar dan 1,400 mm tinggi, menjadikan ia 61 mm lebih panjang, 39 mm lebih lebar dan 29 mm lebih rendah berbanding sedan 3 Series F30; jarak 2,835 mm kereta ini juga menunjukkan ia 25 mm lebih panjang berbanding model BMW tersebut. Sama seperti kebanyakan pesaingnya, Genesis menggunakan pacuan dua roda belakang (pacuan empat roda disediakan sebagai pilihan).

Konsep rekaan yang digunakan pada G70 adalah sama seperti yang boleh dilihat pada G90 dan G80 yang lebih besar, dengan terdapat gril enam bucu di hadapan dan tengah, diapit lampu utama berbentuk trapezoid dengan dua lampu siang LED. Hyundai juga menyatakan ini adalah bayangan kepada lampu yang akan menjadi tanda unik mereka pada masa hadapan.

Garis tepi yang lebar pada kenderaan ini menghasilkan rupa yang tegap, dan terdapat bentuk C-pillar yang menyerupai model BMW. Rekaan lain yang boleh dilihat menghampiri model dari Jerman itu adalah bukaan udara pada bahagian fender, berhampiran roda hadapan dan lampu belakang berbentuk L seperti 2 Series Coupe.

Genesis G70 bakal beri saingan terus kepada 3 Series

Sekiranya bahagian luar banyak menyerupai model BMW, pada bahagian dalam pula ia membawa banyak gambaran Lexus RX, dengan adanya rekaan papan pemuka yang mengelilingi konsol tengah. Perincian lain termasuk roda stereng tiga cabang, tombol gear yang gemuk, balutan kulit Nappa dan pemegang pintu aluminium.

G70 juga menampilkan penggunaan sistem kawalan pergerakan pintar seperti G90, yang dapat melaras kedudukan tempat duduk, stereng, cermin sisi dan head-up display mengikut badan pemandu. Sistem informasi dan hiburan mempunyai skrin sesentuh lapan inci dengan sambungan MirrorLink, Apple CarPlay dan Android Auto, 15 pembesar suara dan kawalan suara Kakao I.

Bagi aspek keselamatan, G70 dilengkapi dengan sembilan beg udara dan bonet hadapan yang boleh terangkat sekiranya berlanggar. Ia juga datang dengan Genesis Active Safety Control, yang termasuk Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Highway Driving Assist (HDA), Blind spot Collision Warning (BCW) dan Driver Awareness Warning (DAW).

Genesis G70 bakal beri saingan terus kepada 3 Series

Semasa pelancaran, G70 ditawarkan dalam tiga pilihan enjin, dengan jumlah paling banyak dijangka untuk model 2.0 liter Theta II turbo dan enjin petrol empat silinder direct injection yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 252 PS (255 PS dengan Sports Package) dan 353 Nm tork. Ia juga ditawarkan dengan enjin diesel turbo 2.2 liter R VGT yang berkuasa 202 PS dan 441 Nm tork.

Varian paling tinggi adalah G70 Sport yang menggunakan enjin V6 twin turbo 3.3 liter Lambda yang diambil daripada Kia Stinger, dengan kuasa 370 PS dan 510 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa 4.7 saat dan ia boleh mencecah kelajuan maksimum 270 km/j. Genesis tidak mendedahkan pilihan transmisi tetapi ia dijangka ditawarkan dengan padanan kotak gear automatik lapan kelajuan, seperti Stinger.

Pada bahagian casis, ia cukup menarik bagi mereka yang memandang kepada prestasi – terdapat suspensi belakang multi-link, dynamic torque vectoring, mechanical limited-slip differential, launch control, stereng nisbah boleh ubah dan suspensi adaptif untuk G70 Sport.

Genesis G70 akan mula dijual di Korea pada 20 Spetember, dan spesifikasi produk untuk pasaran luar daripada negara itu seperti Amerika Utara, Rusia dan Timur Tengah akan diumumkan pada awal tahun hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required