VIDEO: Honda Civic Type R FK8 2017 bersama ALPL Hideki Kakinuma tampil dalam bentuk anime Jepun

Jepun dengan animasinya (lebih dikenali sebagai anime) sememangnya tidak boleh dipisahkan. Dalam video promosi terbaharu Civic Type R FK8 dari Honda Malaysia, hot-hatch berkenaan tampil dalam imej anime, bersama Pembantu Besar Ketua Projeknya Hideki Kakinuma.

Dalam video yang berdurasi lebih dua minit ini, Kakinuma-san menerangkan tiga unsur dalam pembangunan Type R generasi baharu ini iaitu kelajuan, pengendalian dan keselesaan. Apa yang menarik, video ini turut menampilkan legasi Type R JDM terdahulu yang terdiri dari NSX Type R NA1, Integra Type R DC2, Civic Type R EK9 dan juga Civic Type R FD2.

Menurut Kakinuma-san, semua orang boleh membangunkan sebuah kereta yang laju, tetapi keistimewaan pada Type R FK8 ini adalah pemandu masih boleh mengendalikan kereta pada kelajuan tinggi dengan keadaan selesa.

Kakinuma turut menegaskan, tiada istilah ‘had kemampuan’ pada pasukannya. Bagi membezakannya dari model-model JDM sebelum ini (ingin ditekankan, FK2 bukan model JDM kerana ia dibina di Swindon, UK dan dipasarkan khas untuk Eropah. Hanya sebilangan kecil dihantar untuk dijual di Jepun), FK8 diberikan enjin VTEC Turbo 2.0 liter berkuasa 310 PS yang berupaya mencapai kelajuan maksima 272 km/j bersama tiga mod pemanduan.

Mod pemanduan tersebut membolehkan pemandu menyesuaikan talaan kereta ini sama ada berada pada persekitaran bandaraya mahupun di dalam litar. Selain itu Civic Type R turut diberikan rupa yang begitu unik yang berfungsi seperti kit aerodinamik yang membolehkan ia mencatat rekod sebagai kereta produksi pacuan hadapan terpantas dilitar Nürburgring dan juga tiga tip ekzos untuk mengurangkan bunyi berdengung.

Hideki Kakinuma yakin bahawa setiap pemilik Type R akan berseronok dengan jentera berkenaan dan ia tidak sama dengan model lain. Sehari sebelum Type R FK8 dilancarkan di Malaysia, kami berpeluang berjumpa sendiri dengan Hideki Kakinuma, dan beliau menyatakan bahawa beliau hanya akan menerima Type R miliknya yang berwarna hitam pada bulan ini setelah menempahnya pada hari pertama ia dilancarkan di Jepun.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required