Mazda CX-8 – SUV tiga baris tempat duduk akan diprebiu kepada awam di Malaysia Autoshow 2019

Mazda CX-8 – SUV tiga baris tempat duduk akan diprebiu kepada awam di Malaysia Autoshow 2019

Februari lalu, Bermaz telah mendedahkan kepada media SUV bersaiz besar Mazda iaitu CX-8. Nak tengok lebih dekat model yang belum lagi dilancarkan pada pasaran tempatan ini? Pada Malaysia Autoshow 2019 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang 11 hingga 14 April ini, SUV berkenaan akan dipamerkan kepada umum.

Menurut Bermaz, spesifikasi untuk pasaran tempatan mungkin sedikit berbeza dari model yang akan dipamerkan nanti, dan mereka bermurah hati untuk turut mendedahkan bahagian dalamannya pada masa-masa terpilih (11 pagi-12 petang, 1 petang-2 petang, 3 petang-4 petang, 5 petang hingga 7 petang) dari 12 hingga 14 April. Mereka yang berminat dengan CX-8 ini turut boleh mendaftarkan minat pada acara berkenaan.

Mazda CX-8 adalah SUV yang diletakkan lebih tinggi dari CX-5 kerana mempunyai tiga baris tempat duduk. Walau bagaimanapun, ia masih lagi berada satu anak tangga di bawah model SUV flagship mereka iaitu CX-9. Bermaz telah menyenaraikan empat varian bagi pasaran Malaysia semasa sesi perbiu SUV ini tempoh hari.

Mazda CX-8 – SUV tiga baris tempat duduk akan diprebiu kepada awam di Malaysia Autoshow 2019

Tiga varian di bawah akan dijana enjin 2.5 liter NA SkyActiv-G berkuasa 192 hp/257 Nm, dengan kotak gear automatik enam kelajuan memacu roda hadapan. Manakala versi tertinggi akan diberikan enjin turbodiesel 2.2 liter SkyActiv-D menjana 188 hp/450 Nm, dan satu-satunya varian ditawarkan dengan sistem AWD.

Jika dilihat dari penawaran antara varian, semua versi Mazda CX-8 ini adalah hampir sama antara satu sama lain – dibezakan oleh konfigurasi dan kapasiti tempat duduk serta material yang digunakan. Senarai ini bagaimanapun masih belum ditetapkan sepenuhnya dan boleh jadi akan diubah kelak.

Semua varian juga menerima rim aloi 19-inci, lampu hadapan LED automatik, lampu kabus LED, lampu belakang LED, sistem pintar tanpa kunci, kawalan pendingin hawa tiga-zon, kerusi pemandu larasan 10-cara, sistem infotainmen MZD Connect, enam beg udara, kawalan kestabilan dinamik, ABS dengan EBD dan bantuan brek, kawalan cengkaman dan bantuan mula mendaki.

Pakej keselamatan Mazda i-Activesense masih belum ditetapkan sebagai standard atau tidak, namun teknologi G-Vectoring Control dan sistem melahu i-Stop sudah disahkan akan diberikan pada CX-8 pasaran Malaysia.

Konfigurasi tempat duduk pula terbahagi kepada dua penawaran – tujuh-tempat duduk (2-3-2) dan enam-tempat duduk (2-2-2). Varian asas datang dengan tujuh-tempat duduk, diikuti oleh versi enam-tempat duduk, dengan captain seat untuk barisan tengah.

Dua varian teratas juga diberikan captain seat untuk bahagian tengah, bersama balutan kulit bagi tempat duduknya serta perehat lengan pada konsol tengah; bukan tempat duduk fabrik seperti varian yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, papan pemuka model ini nampaknya diambil terus dari CX-5.

Khabar yang kami terima, CX-8 ini akan dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia, dan Bermaz merancang untuk mengeksportnya ke pasaran lain di rantau ini. Tiada sebarang angka disebut untuk membayangkan harga jualannya kelak, namun kita mungkin boleh membuat jangkaan berdasarkan harga CX-5 di mana varian asas 2.0L 2WD dijual pada harga bermula RM132k, manakala varian tertinggi 2.2L turbodiesel AWD dijual dengan harga RM174k.

GALERI: Mazda CX-8 2.5L (tujuh-tempat duduk)

GALERI: Mazda CX-8 2.2D (enam-tempat duduk)

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required