Toyota GR Supra A90 mendarat di Filipina, RM402k

Toyota GR Supra A90 mendarat di Filipina,  RM402k

Mungkin disebabkan menggunakan sistem pemanduan sebelah kiri, Filipina kerap kali menerima kereta berprestasi tinggi baharu lebih awal dari dari negara-negara lain dalam Asia Tenggara. Honda Civic Type R FK8 misalnya, ia terlebih dahulu mendarat di Filipina pada 2017, lebih awal dari pasaran Indonesia dan juga Thailand.

Kini, negara berkenaan sudahpun menerima Toyota Supra generasi kelima, dilancarkan di Makati City 12 Julai lalu. Pelancaran ini juga menyaksikan buat pertama kali Supra ditawarkan secara rasmi oleh pengedar sah Toyota di sana, dijual menerusi jaringan pengedar berprestasi tinggi, GR Performance.

Seperti Supra A90 di pasaran lain, ia hadir dengan enjin enam-silinder sebaris 3.0 liter turbo berkuasa 340 PS dan tork maksima 500 Nm. Ia digandingkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan dari ZF untuk mengalirkan kuasa sepenuhnya ke gandar belakang yang lengkap dengan LSD.

Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat. Walau bagaimanapun, tidak jelas adakah Supra akan ditawarkan dalam varian janakuasa lebih rendah di Filipina iaitu enjin empat silider 2.0 liter turbo yang di tala dalam dua versi, 197 PS/320 Nm dan 258 PS/400 Nm.

Lapan warna diboleh dipilih oleh pelanggan di Filipina iaitu Prominence Red, Lightning Yellow, Deep Blue Metallic, White Metallic, Silver Metallic, Ice Gray Metallic, Black Metallic dan Matte Storm Gray. Namun untuk kabin, ia hanya ditawarkan dalam warna hitam dengan kemasan-kemasan gentian karbon. Supra ini dijual dengan harga bermula P4,990,000 atau sekitar RM402k.

Mac lalu, Toyota Thailand telah mempamerkan Toyota GR Supra A90 ini di Bangkok International Motor Show (BIMS) 2019 dan mengesahkan ia akan dilancarkan di negara berkenaan tahun ini. Begitu juga dengan Malaysia, kita turut akan menerima Supra generasi kelima ini setelah UMW Toyota mengesahkan bahawa ia akan dilancarkan juga pada tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required