4 Proton Iriz R5 akan berentap di West Cork Rally untuk pusingan kedua BRC 2020 hujung minggu ini

4 Proton Iriz R5 akan berentap di West Cork Rally untuk pusingan kedua BRC 2020 hujung minggu ini

Empat buah Proton Iriz R5 disahkan akan berentap di West Cork Rally untuk pusingan kedua Kejohanan Rali British (BRC) musim 2020 hujung minggu ini. Selepas rali di atas permukaan batu kerikil untuk pusingan pertama di Cambrian Rally bulan lalu, kini mereka beralih untuk bertarung pada laluan permukaan tar di rali yang diadakan di Ireland bermula 14 hingga 15 Mac ini.

Armada Iriz R5 ini akan diterajui oleh pasukan utama Mellors Elliot Motorsport (MEM) dengan pemandu rasmi mereka Oliver Mellors. Kali ini, Olie tidak lagi dibantu oleh Ian Windress, tetapi Max Freeman akan mengambil alih semula tempat duduk juru arah.

Olie masih belum mengecapi kedudukan podium dalam musim ini, namun dalam pusingan pertama tempoh hari, kemunculan semulanya dalam BRC setelah empat tahun menghilang dimulakan dengan menggondol tempat keempat bagi mengutip 14-mata. Sebelum bermulanya West Cork Rally ini, beliau terlebih dahulu mengambil bahagian dalam Birr Stage Rally hujung bulan lalu (berjaya menaiki podium), bukan sahaja untuk membiasakan diri kembali setelah empat tahun tidak mengambil bahagian dalam rali tarmac, malah untuk mendapatkan talaan terbaik untuk perlumbaan minggu ini.

4 Proton Iriz R5 akan berentap di West Cork Rally untuk pusingan kedua BRC 2020 hujung minggu ini

“Saya gembira dengan prestasi kereta ini pada jalan di Ireland dan ia merupakan shakedown yang sempurna dan persediaan untuk Cork, ia membolehkan kami mendapatkan talaan yang baik dan keyakinan terhadap kereta jadi adalah sangat penting untuk pergi dan melakukannya,” kata Olie.

“Ia adalah kali pertama saya memandu di atas permukaan tar dalam empat tahun dan adalah tidak patut jika saya ke West Cork tanpa melakukannya. Tetapi dengan saingan yang hebat pada hujung minggu ini, kami hanya mahu fokus untuk mendapatkan mata dan hanya lakukan kerja kami. Musim ini masih panjang dan kutipan mata adalah sangat berharga, walaupun pada peringkat ini,” tambahnya lagi.

Bakat muda yang juga pelajar Universiti Swansea dalam jurusan pengurusan sukan bermotor, James Williams terus diberi kepercayaan untuk memandu Iriz R5 ini setelah mencatatkan kedudukan kelima dan mengutip 10 mata di Cambrian Rally sebelum ini.

Juara siri Kejuaraan Rali Tarmac Ireland lima-kali dan juara kategori RC2 nasional di Cork 20 International Rally 2019, Eugene Donnelly turut menguatkan penampilan Proton Iriz R5 di West Cork Rally tahun ini. Manakala Iriz R5 keempat akan dipandu oleh juara Rali British Wanita untuk musim 2017 dan 2018, Nabila Tejpar.

Sekitar 30 jentera R5 termasuk Hyundai i20 R5, Ford Fiesta R5 dan Volkswagen Polo GTi R5 akan bertanding pada hujung minggu ini. Berbanding di Cambrian tempoh hari yang hanya menyediakan enam-SS, ujian di West Cork ini jauh lebih getir kerana kesemua peserta perlu menghabiskan 14-SS dengan jarak 220 kilometer yang diadakan dalam dua hari.

“Ini merupakan detik yang manis bagi pasukan untuk melihat empat Iriz R5 diparkir bersama. Kami tahu bahawa kereta ini lebih dari mampu di atas permukaan tar tetapi ini merupakan hujung minggu yang besar dan sebagai pasukan, kami perlu memikirkan kejuaraan dari sudut pandang Olie. Ia merupakan acara yang panjang, salah satu yang terpanjang dalam siri ini jadi ia sudah tentu merupakan ujian yang baik kereta dan pemandu kami”, kata pengarah urusan MEM, Chris Mellors.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required