Mitsubishi dedah rancangan perniagaan dalam masa tiga tahun – Triton baru pada 2022, Xpander hibrid

Mitsubishi dedah rancangan perniagaan dalam masa tiga tahun – Triton baru pada 2022, Xpander hibrid

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) telah mendedahkan rancangan perniagaan mereka bagi masa tiga tahun akan datang, yang disasarkan lebih kepada rasionalisasi kos serta peningkatan keuntungan bagi menjamin pertumbuhan yang kukuh pada masa hadapan.

“Kami akan menukar strategi daripada pengembangan menyeluruh kepada sesuatu yang terpilih dan tertumpu. Pertama sekali, kami akan melengkapkan penyusunan semula struktur serta menguatkan lagi bahagian yang kompetitif – akhirnya membina satu struktur korporat yang pasti dapat menjana keuntungan pada waktu ini,” kata wakil pegawai eksekutif dan CEO MMC, Takao Kato.

Rancangan ini bakal menyaksikan MMC menumpukan sumber mereka di rantau ASEAN, di mana mereka sangat kompetitif, melalui peningkatan kepada barisan produk dengan pelbagai teknologi termasuk plug-in hybrid, hibrid dan pacuan semua roda. Mereka juga mensasarkan peningkatan perkongsian pasaran dalam rantau ini sekurang-kurangnya 11% dan mengurangkan kos tetap sehingga 20% atau lebih.

Mitsubishi dedah rancangan perniagaan dalam masa tiga tahun – Triton baru pada 2022, Xpander hibrid

Kunci utama bagi mencapai matlamat ini adalah pengenalan produk baru, dan bagi rantau ASEAN ada beberapa yang diletakkan dalam perancangan. Menjelang tahun 2022 Mitsubishi akan memperkenalkan Triton baru dan kemudiannya ia akan diikuti oleh Xpander versi hibrid pada tahun 2023. Dalam tempoh itu juga versi naik taraf bagi Xpander dan Pajero Sport akan diperkenal, bersama dua lagi model serba baru yang masih belum diketahui.

Perincian berkenaan model-model akan datang ini sudah tentu belum lagi didedah tetapi Mitsubishi memberitahu ada di antaranya nanti akan menampilkan enjin diesel dan bantuan elektrik generasi seterusnya, bersama teknologi yang diperoleh hasil daripada pakatan dengan Nissan dan Renault.

Di luar kawasan ASEAN, Mitsubishi juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan Eclipse Cross versi plug-in hybrid dalam tahun 2020. Kemudiannya, seperti yang sudah diberitahu sebelum ini, Outlander baru akan tiba pada suku kedua tahun 2021 dan disertai oleh model elektrik yang dibangunkan bersama dengan GAC khas untuk China. Model lain yang berada dalam perancangan adalah Outlander versi PHEV dan kei car elektrik bersama Nissan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required