Iklan Toyota Yaris di Australia diharamkan hanya kerana aksi lasak tak sampai 2 saat oleh GR Yaris

Ingat lagi bagaimana iklan Ford Ranger Raptor dan Volkswagen Amarok yang diharamkan di Australia kerana menyajikan aksi lasak seperti melompat dan sebagainya yang didakwa “mempromosikan pemanduan tidak selamat”? Kini satu lagi iklan di negara Kanggaru tersebut menerima nasib yang sama iaitu iklan barisan model Toyota Yaris, menampilkan hot-hatch GR Yaris.

Seperti yang boleh anda tonton dalam video di atas, GR Yaris tersebut hanya memaparkan aksi lasak tak sampai 2 saat dalam babak di mana tuannya tergesa-gesa keluar dari garaj dan meninggalkan Toyota Celica GT-Four yang sedang diperbaiki kerana terlambat untuk meraikan ulangtahun perkahwinan ibu bapanya.

Menurut laporan portal CarExpert, iklan Toyota ini didakwa “mempromosikan pemanduan kelajuan tinggi dan boleh mempengaruhi orang untuk memandu laju yang sememangnya sangat bahaya,” dan ia melanggar kod Pengiklanan Kenderaan Bermotor Persekutuan Industri Automotif dalam dua aspek; pemanduan tidak selamat dan memandu melebihi had laju.

Iklan Toyota Yaris di Australia diharamkan hanya kerana aksi lasak tak sampai 2 saat oleh GR Yaris

Biro Standard Pengiklanan Australia pula menyatakan iklan Toyota ini tidak mempromosikan kelajuan yang tidak selamat, namun cara GR Yaris keluar dari garaj secara laju berkenaan boleh disifatkan sebagai “pemanduan tidak selamat”.

“Toyota akan mengambil pendapat dan aduan ini secara sangat serius. Walau bagaimanapun, kami percaya iklan berkenaan tidak bertentangan dengan kod FCAI atau standard undang-undang dan regulasi yang digunakan oleh komuniti jalan dan pemanduan,” kata Toyota dalam kenyataan yang dikeluarkan berhubung perkara ini.

Namun Toyota tetap akan mengubahsuai iklan Yaris berkenaan sebelum ia ditayangkan semula. Iklan tersebut memaparkan semua versi Yaris yang ditawarkan di Australia iaitu Yaris standard, SUV Yaris Cross dan juga jentera rali jalan raya GR Yaris.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required