Perodua jangka Ativa ganggu 5% jualan Aruz dan Myvi

Perodua jangka Ativa ganggu 5% jualan Aruz dan Myvi

Perodua Ativa bakal menjadi pilihan popular bagi ramai pengguna. Disebabkan itu, mungkin juga ada yang tertanya-tanya sejauh mana model ini akan mengganggu atau memberi kesan terhadap jualan model lain yang ada dalam barisan kenderaan Perodua.

Pertanyaan ini masuk akal kerana kalau dilihat kepada harga Ativa antara RM61,500 hingga RM72,000, itu meletakkannya bertindan dengan harga Aruz, yang dijual antara RM68,526 hingga RM73,226. Harga permulaan bagi varian paling rendah Ativa juga mungkin akan menarik perhatian pemebeli yang mengintai Myvi untuk beralih terus ke SUV kompak berkenaan.

Dalam sidang media sebelum pelancaran, Perodua menyatakan bahawa penawaran terbaru ini akan mengganggu atau memberi kesan terhadap jualan segmen sedia ada syarikat itu. Walaupun begitu, ia mungkin tidak akan melibatkan jumlah yang banyak. Perodua menjelaskan, setiap model mempunyai profil pelanggan yang agak berbeza.

Perodua jangka Ativa ganggu 5% jualan Aruz dan Myvi

Berdasarkan kajiselidik dengan pelanggan, Perodua mendapati mereka yang inginkan Aruz lebih berminat dengan jumlah tempat duduk yang lebih banyak yang tidak ditawarkan oleh model lain Perodua. Dengan kelebihan dua tempat duduk tambahan berbanding Ativa, itu menggurangkan lagi kecenderungan pembeli untuk Ativa.

Bagi Myvi pula, syarikat itu menjelaskan kereta hatchback berkenaan lebih tertumpu kepada pelanggan yang mementingkan keluarga, sementara Ativa pula akan menarik minat lebih ramai orang muda dengan gaya hidup aktif yang inginkan sesuatu lebih ranggi dari segi rekaan.

Bagi Axia dan Bezza pula, kedua-duanya tidak dilihat akan memberi masalah yang sama, memandangkan julat harganya sangat jauh berbeza. Alza pula sudah terlalu lama dalam pasaran, dan lebih menarik perhatian mereka yang sukakan gaya MPV. Jadi, Ativa tidak dilihat sebagai pesaing.

Perodua jangka Ativa ganggu 5% jualan Aruz dan Myvi

Dari segi peratusan, Perodua menjangkakan Ativa akan memberi kesan ke atas masing-masing sekitar 5% jualan bagi Myvi dan Aruz. Bagi pengeluar seperti Perodua — yang dalam tahun sukar pun masih boleh menjual sekitar 200,000 — itu akan memberi penurunan yang banyak juga. Cuma, ia bukan masalah kerana Ativa diyakini akan mencatatkan jualan yang lebih tinggi selepas ini.

Ativa dikeluarkan dari kilang Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB) di Rawang, Selangor, yang turut mengeluarkan Axia dan Bezza. Dari sudut pengeluaran pula, Ativa tidak akan memberi kesan kepada jumlah pengeluaran Axia dan Bezza, walaupun semua model itu datang dari kilang yang sama.

Liputan menyeluruh kami berkaitan Perodua Ativa boleh dirujuk di sini:

Perodua Ativa 1.0L Turbo AV 2021

Perodua Ativa 1.0L Turbo H 2021

Perodua Ativa 1.0L Turbo X 2021

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required