Nissan 400Z 2022 dilihat dengan kemasan kabin biru

Nissan 400Z 2022 dilihat dengan kemasan kabin biru

Bulan lalu telah tular imej dan video kereta sport Z Nissan generasi baharu yang dijangka akan digelar sebagai 400Z. Sekali lagi, tular gambar intipan model berkenaan dan kali ini mendedahkan bahawa ia bakal menerima pilihan kemasan dalaman berwarna biru!

Gambar ini disiarkan dalam forum Nissan Z Club, dan pilihan berkenaan dilihat agak sesuai – Nissan 400Z ini sememangnya dihasilkan dengan inspirasi dari model asas Datsun Fairlady 240Z dari era 70’an dan model klasik berkenaan turut pernah ditawarkan dengan kemasan dalam kabin berwarna biru.

Menerusi gambar yang tular bulan lalu, bahagian dalaman Nissan 400Z produksi ini juga tampil dengan rekaan sama seperti versi prototaip, Z Proto yang didedahkan pada September tahun lalu termasuk papan pemuka, meter ‘tiga beradik’ di tengah (juga diinspirasi dari 240Z), panel paparan instrumen digital, roda stereng tiga jejari dengan logo Z dan juga skrin infotainmen pada konsol tengah.

Menerusi pelbagai laporan media sebelum ini, 400Z akan dihasilkan menggunakan platform FM (asas yang sama seperti Infiniti Q60 Coupé) yang diolah semula, dan oleh itu ia mungkin akan dijana oleh enjin VR30DDTT 3.0 liter V6 turbo. Manakala dalam permainan video simulator pemanduan Project Cars 3, spesifikasi Nissan Z Proto tersebut mencatatkan bahawa enjin berkenaan menghasilkan kuasa 450 PS, dengan berat badan hanya 1,475 kg.

GALERI: Nissan Z Proto

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required