LLM arah PLUS kekalkan lorong SmartTag, TNG

LLM arah PLUS kekalkan lorong SmartTag, TNG

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengarahkan PLUS Berhad untuk terus mengekalkan lorong SmarTag dan Touch ‘n Go di semua plaza tol kendaliannya. Arahan ini dikeluarkan selepas timbulnya pelbagai ‘isu panas’ mengenai sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sejak ia dilaksanakan secara menyeluruh pada 15 Januari lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, LLM berkata sebanyak 43 lorong SmartTag akan kembali dibuka secara berperingkat di 34 plaza tol untuk memastikan aliran trafik berjalan lebih lancar, laporan News Strait Times.

Dalam masa yang sama, PLUS juga telah diarahkan untuk menempatkan lebih ramai kakitangan bertugas di pondok tol dengan peranti pengimbas untuk membantu pemandu yang berhadapan dengan masalah melepasi palang tol lorong RFID.

LLM arah PLUS kekalkan lorong SmartTag, TNG

“PLUS digesa untuk memastikan prestasi sistem RFID dipertingkatkan bagi mengelakkan kesesakan trafik di plaza tol dan menambah lebih banyak pusat fitmen di sepanjang Lebuhraya PLUS. PLUS juga harus lebih banyak menyalurkan informasi sistem RFID menerusi saluran media untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran pengguna (terhadap sistem RFID),” kata kenyataan terbabit.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengguna perlu diberikan pilihan sama ada mereka mahu menggunakan sistem RFID berkenaan atau tidak. Beliau menyatakan bahawa mesyuarat Kabinet semalam telah membincangkan isu tersebut dan sepakat dengan ketetapan agar rakyat mesti diberikan pilihan.

Pada hari pertama sistem RFID dilaksanakan secara menyeluruh di Lebuhraya PLUS dari Juru (Pulau Pinang) hingga ke Skudai, Johor, pelbagai rungutan diterima dari pengguna lebuhraya berkenaan sistem RFID yang bermasalah. Malahan kesesakan teruk berlaku di beberapa plaza tol pada hari pertama pelaksanaannya yang berpunca apabila pengguna ‘tersangkut’ di hadapan palang tol di lorong RFID sehingga memaksa mereka untuk mengundurkan kenderaan dan menukar ke lorong TNG atau SmartTAG. Isu panas ini berterusan menerima kecaman pelbagai pihak khususnya netizen sehingga pihak PLUS terpaksa menutup ruangan komen di laman rasmi Facebook mereka.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required