Honda Accord 2023 – lukisan paten terdedah; masih berbentuk fastback, rekaan lebih matang dan garang

Honda Accord 2023 – lukisan paten terdedah; masih berbentuk fastback, rekaan lebih matang dan garang

Pasaran sedan, terutamanya yang bersaiz besar semakin lama semakin pupus – kita boleh tengok bagaimana Ford Mondeo tidak lagi ditawarkan di Eropah, Toyota bakal menghentikan produksi Toyota Avalon, manakala Toyota Crown disambung hayatnya dengan ‘disumpah’ menjadi SUV.

Bagi sedan segmen-D, Hyundai Sonata hampir pasti akan dikuburkan, manakala Toyota Camry mungkin panjang lagi hayatnya. Honda Accord, walaupun sebelum ini jualannya agak merudum, ‘nyawa’ model ini mungkin masih lagi panjang untuk sekurang-kurangnya satu generasi lagi.

Ini kerana lukisan paten untuk model generasi ke-11 Accord sudahpun tertiris – masa yang agak tepat kerana model generasi ke-10 sedia ada sudahpun berada sekitar lima tahun dalam pasaran global. Menerusi imej yang dikesan dipatenkan di Brazil tersebut, dapat dilihat bahawa Accord masih akan diberikan bentuk badan fastback empat pintu, tetapi diberikan perincian yang membuatkan ia nampak lebih matang dan garang.

Honda Accord 2023 – lukisan paten terdedah; masih berbentuk fastback, rekaan lebih matang dan garang

Muka Accord generasi ke-11 ini menampilkan lampu hadapan yang lebih tirus dan bersegi, mengapit gril utama yang berbentuk trapezoid, tanpa sebarang bar Solid Wing seperti model sedia ada. Bampar hadapan juga kelihatan sangat ringkas, dengan hanya menampilkan gril bawah yang nipis tanpa liang udara sisi.

Tiada lagi ‘jendul’ pada bahagian muncung hadapan Accord generasi ke-11 ini, dan penutup bonet hadapan tidak langsung bersentuh dengan gril mahupun lampu hadapan. Manakala di belakang, lampu utamanya juga direka lebih ringkas dengan kluster nipis merentangi sepenuhnya penutup but, berbeza dengan rekaan seakan ‘stapler’ pada model generasi sedia.

Penutup but belakang juga direka dengan spoiler ekor itik yang terbina sekali, namun rekaan pada bampar belakangnya nampak tidak jauh beza dengan Accord generasi ke-10.

Accord generasi baharu ini mungkin akan menampilkan unit rangkaian kuasa yang sama seperti Honda CR-V 2023 yang baharu sahaja didedahkan minggu ini. CR-V berkenaan masih dijana oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo, dan juga pilihan hibrid e:HEV, menampilkan unit rangkaian kuasa i-MMD menggandingkan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson dan dua unit motor elektrik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required