Volvo XC60 generasi baharu kini tiba di Thailand – D4 Diesel dan T8 Twin Engine, harga bermula RM391k

Volvo XC60 generasi baharu kini tiba di Thailand – D4 Diesel dan T8 Twin Engine, harga bermula RM391k

SUV Volvo XC60 generasi baharu kini telahpun tiba di negara kedua pada rantau ASEAN iaitu Thailand, selepas Singapura sebelum ini. Untuk pasaran Thai, XC60 tampil dalam tiga varian iaitu D4 Diesel Momentum, T8 Twin Engine Momentum dan T8 Twin Engine R-Design.

XC60 generasi kedua ini dijual pada harga bermula 3,090,000 baht (RM391k) untuk model D4 Diesel, meningkat kepada 3,290,000 baht (RM416k) untuk T8 Twin Engine Momentum, manakala model tertinggi T8 Twin Engine R-Design pula dijual pada harga 3,590,000 baht (RM454k).

Pelanggan di Thailand yang menempah SUV ini sebelum 11 Disember pula bakal meneria Pakej Servis Premium Volvo secara percuma sebagai ganjaran untuk kempen promosi. Pakej berkenaan terdiri dari waranti selama lima-tahun/150,000 km, pakej Volvo Maintenance selama lima-tahun/150,000 km serta Volvo Assistance juga selama lima tahun.

Kesemua varian XC60 pasaran Thailand akan dipadankan dengan sistem pacuan semua roda dan kotak gear lapan-kelajuan automatik (AW TG-81SC untuk D4, AW TG-81SD untuk T8). Bagi varian D4, ia dijana enjin turbodiesel 2.0 liter empat silinder berkuasa 190 hp pada takat 4,250 rpm dan tork maksima antara 1,750 hingga 2,500 rpm. Pecutan 0-100 km/j pula dicatatkan pada 8.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 205 km/j. Penggunaan bahan api gabungan pula dicatatkan pada 5.1 liter untuk setiap 100 km.

Manakala untuk T8 Twin Engine pula, ia menggunakan unit yang sama dari XC90 dan sedan S90, menggabungkan enjin petrol 2.0 liter Drive dengan pengecas turbo dan supercharger, bersama motor elektrik pada gandar belakang. Secara keseluruhan ia menghasilkan kuasa 407 hp dan tork maksima 640 Nm membolehkan SUV ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.3 saat (XC90 mencatatkan 5.6 saat) dan kelajuan maksima 230 km/j. Penggunaan petrol gabungan pula direkodkan pada 2.1 liter untuk setiap 100 km/j.

Seperti juga model Volvo lain, XC60 diberikan sistem keselamatan yang cukup menyeluruh. Ia terdiri dari ABS, EBD, ESC, enam beg-udara, Pengesan Haiwan Besar, sistem pemanduan sendiri Pilot Assist (sehingga 130 km/j), Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation, City Safety dan Sistem Informasi Titik Buta.

Untuk pengetahuan anda, Volvo XC60 pada pasaran Thailand ini diimport bukan dari Sweden, sebaliknya dibuat di kilang Swedish Motor Assemblies (SMA) Shah Alam, Malaysia – sama seperti abangnya, XC90. Kilang berkenaan kini menjadi hab pemasangan Volvo untuk pasaran ASEAN, dan akan mengeksport sekitar 1,500 hingga 1,700 Volvo ke Thailand setiap tahun. Sehingga kini, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memasang model yang dilengkapi janakuasa hibrid T8 Twin Engine selain dari Sweden.

Bila pula XC60 akan dilancarkan pada pasaran tempatan? Masih belum jelas, namun pelancarannya mungkin semakin hampir setelah sebuah XC60 dengan trim R-Design dijumpai sedang di uji di Glenmarie baru-baru ini.

GALERI:Volvo XC60 generasi baharu

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required